Bagi yang suka makan nasi dengan kuah atau suka menyicah, gulai ini sesuai untuk korang. Kuah gulai kosong yang sedap dan boleh dimakan dengan apa saja.
Nak makan dengan nasi, roti canai, roti jala, roti keping, roti perata atau cucur pun boleh. Gulai kosong ini kalau dah ada memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dan boleh makan dengan nasi.
Cara buat gulai kosong yang sedap untuk menyicah atau makan dengan nasi
Bahan dimayang
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia
Bahan rempah
3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili
Bahan lain
1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa
Ads
Cara membuat
1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.
2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.
Ads
3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.
4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.
Ads
6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.
7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.
Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.
Tumpahan minyak, kicap atau sos di lantai antara kotoran yang paling leceh untuk dibersihkan.
Habis satu dapur perlu bersihkan kalau dibiarkan terutamanya minyak. Penat dan mood memasak pun boleh spoil. Ya lah paling tidak dua kali kena mop.
Tapi sebenarnya ramai suri rumah tak tahu ada cara yang mudah untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini.
Tak perlu ambil mop atau guna air dan sabun pun namun cukup berkesan untuk kembalikan kebersihan lantai.
Teknik bersih tumpahan guna tepung
Apa yang diperlukan cuma tepung gandum saja. Teknik ini dikongsi oleh Chef As – As Homemade. Caranya seperti berikut:
1. Sekiranya kicap, minyak, sos atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.
2. Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.
3. Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.
4. Selepas itu menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudahpun bergumpal dengan tepung.
5. Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.
6. Selepas itu boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, boleh lihat video perkongsian Chef As.
Siapa yang tak suka makan aiskrim, kalau beli memang tak pernah cukup. Bila makan sikit memang tak puas jadi penyelesaiannya buat sajalah sendiri. Boleh buat banyak mana nak, makan sampai puas.
Paling best buat aiskrim ini sebenarnya mudah saja. Tiga langkah saja dah siap, bahan pun tak banyak. Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Eyta Mazlie.
Pesanan: Sebaiknya buat waktu malam, supaya esok boleh terus makan dan anak tak asyik bukak tutup peti ais untuk tengok aiskrim dah keras atau tak!
Bahan-bahan :
1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tepung anak dibancuh dengan setin air masak) ¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan 1 penutup esen vanila 1 sb ovallet (saya lebihkan 2 sudu)
Cara membuat:
Mix semua bahan sampai gebu
Masuk dalam bekas
Bekukan dalam freezer
Nota:
Kalau nak buat banyak cuma gandakan bahan-bahan.
Ini base untuk aiskrim vanila. Kaalu suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yg anda suka.
Utk aiskrim ni saya warnakan utk nmpk lebih menarik.
Saya guna susu everyday, jadi org dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna bahan apa ada kat dapur saja.
Waktu PKP inilah kita boleh luangkan masa untuk bercucuk tanam. Tapi kalau tiada halaman atau tiada pengalaman bercucuk tanam boleh cuba tanam tauge dulu.
Sebab caranya mudah sangat. Sesuai jika untuk korang yang peminat tauge.
Cara nak tanam tauge ini dikongsi oleh Velvet Rossa
Bahan yg diperlukan
Kacang hijau 2/3 genggam
Tapis sayur
2 helai tuala kecik utk semaian taugeh
Plastik hitam
Baldi untuk letak tapis supaya air tak bertakung
Cara tanam
1. Rendam kacang hijau semalaman atau lapan jam. Alas tapis dengan kain atau tuala kecil kemudian tabur kacang di atasnya.
2. Tutup kacang dengan kain atau satu lagi tuala sebagai pemberat. Letak tapis atas baldi.
3. Masukkan dalam plastik hitam, kemudian simpan di tempat yg redup atau gelap.Contoh dalam kabinet bawah sinki. Jangan terdedah dgn cahaya nanti taugeh ‘melidi’.
4. Boleh juga semai 2/3 tingkat, jika nak banyak taugeh. Cuma semai di lapisan atas kain pemberat dan tutup lagi dengan kain. Langkah yang sama.
Dah boleh tuai
Cara siraman
Siram sehari 4 kali untuk dapat taugeh yg gemuk cukup air.
Waktu siram tak perlu angkat kain penutup, siram terus atas kain tapi pastikan air tidak bertakung supaya taugeh tak membusuk.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...