Antara hidangan menggunakan taucu yang sedap adalah ikan masak taucu. Paduan rasa masin, manis dan pedas boleh buat kita terus makan sampai lupa tentang diet. Lauk ini kena ada kuah lebih sikit baru terasa keenakannya.
Satu lagi jika nak ikan masak taucu ini jadi lebih sedap ada satu lagi bahan yang kena letak iaitu sos ikan. Tip ini diturunkan oleh Nana Sabrina Sarsan dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.
Cara buat ikan masak taucu jadi lebih sedap
Ini cara saya buat ikan masak taucu. Saya tambah 1 bahan ni agar ikan taucu jadi lagi sedap, aroma memikat hingga lupa diet.
Ads
Bahan-bahan
-Ikan perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng bagi garing, ketepikan.
-Bawang merah, bawang putih & halia -dikisar
-Air asam jawa
-Air secukupnya
-Sos ikan (ini bahan penyedap ikan masak taucu)
-Garam, gula dan serbuk perasa
-Kicap lemak manis (sedikit saja)
-Taucu (basuh dahulu supaya tak terlalu masin)
Bahan hiasan
-Bawang holand, cili merah dan hijau, serta daun bawang yang dihiris.
Ads
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan taucu.
2. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jika suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan.
Ads
3. Kemudian masukkan sos ikan (sedikit sahaja), garam, gula dan serbuk perasa dan kicap. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati dan akhir sekali masukkan ikan, biar sebati dengan kuah seketika kemudian boleh tutup api. Siap!
Selain lauk pauk, hidangan air waktu berbuka memang jadi tumpuan. Dapat pula air yang macam ni, lain sikit memang teruja nak merasa.
Bagi yang nak cuba air vanilla blue with ice cream ini boleh ikut perkongsian Nordiana Ab Kadil.
Cara buat air vanilla blue with ice cream
Bahan-bahan
3 cawan air masak
5 esen vanila (saya guna penutup botol esen)
Setengah tin susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji
1 pewarna biru (guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila (kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna)
Cara membuat
1. Satukan air masak bersama susu pekat, susu sejat, pewarna biru. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan ais secukupnya, diikuti dengan aiskrim vanila.
3. Untuk rasa lebih enak sempurna, kacau rata aiskrim.
Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.
Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!
Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.
Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap
Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis?
Sis nk share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.
Bahan-bahan:
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)
Penyediaan
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.
Ruang tamu menjadi tempat paling selesa untuk berehat setelah penat seharian bekerja di pejabat.
Namun yang sering menjadi masalah apabila ‘remote control’ atau alat kawalan jauh yang kadang-kadang tidak ditemui. Hilang sama ada dimain oleh anak-anak atau terlupa letak di mana.
Perkongsian di laman sosial Facebook oleh Lidia Rahza melalui page Kelab Kaki D.I.Y memberitahu cara untuk menghasilkan sendiri rak alat kawalan jauh menggunakan lebihan ‘casing’ aircond’.
Ada gunanya lebihan ‘casing aircond’.
Menurutnya dia sering mengalami masalah alat kawan jauh yang hilang tanpa dikesan.
Akhirnya mendapat idea melakukan DIY tempat meletak alat kawalan jauh ini dengan bajet menjimatkan.
DIY rak ‘remote control’ guna ‘casing aircond’
Langkah-langkah
1. Kumpul dan mula agak-agak jarak alat kawalan jauh.
2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.
3. Ukur saiz setiap dan ambil saiz ‘remote control’ jauh paling besar supaya yang lain boleh muat.
4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang ‘remote’.
5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti tidaklah terlalu besar atau tidak muat. Apabila saiznya bertepatan, barulah nampak kemas sikit.
6. Plotkan pada ‘casing’.
7. Siap lukis dan plot. Apabila sudah puas hati, teruskan untuk ukuran lain.
8. Potong lebihan tepi. Guna apa-apa peralatan yang ada. Asalkan boleh memotongnya.
9. Untuk lubang tengah dicadangkan guna gerudi. Guna ‘steel bit’. Tebuk tepi supaya senang untuk potong dengan pisau nanti.
10. Ini lepas potong dan kemaskan menggunakan pisau. Perlukan ‘steady hand’, untuk elak cedera atau terpotong bekas PVC. Jadi perlu berhati-hati.
11. Seterusnya buat cubaan terlebih dahulu. Jika semuanya ok, boleh teruskan langkah berikutnya.
12. Untuk letak di dinding gunakan ‘double tape’ saja. Mudah dan tak perlu tebuk lubang. Tetapi jika tidak yakin, boleh tebuk.
13. Jika perasan ada lekuk pada bibir PVC menghalang alat kawalan jauh menggelongsor dari kedudukannya.
14. Inilah hasilnya dan boleh letak seberapa banyak ‘remote control’ dimahukan.
Nota: Untuk yang hilang ‘remote control, boleh cari di sini
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...