Karipap frozen antara yang wajib ada dalam peti sejuk kita. Senang, boleh makan bila-bila waktu. Anak-anak pun suka. Lagi sedap kalau dapat kulitnya yang rangup dan flawles bila digoreng.
Jika selama ini selalu beli karipap frozen apa kata kita buat sendiri pula. Boleh ikut resipi dikongsi oleh Azam Abd Wahab yang menjual karipap frozen.
Turut disertakan tip untuk dapat kulit karipap yang rangup dan cantik waktu digoreng. Jika mahu buat untuk jualan pun boleh.
Resipi kulit karipap rangup
Bahan-bahan:
1 kg (satu bungkus) tepung gandum (saya guna tepung MFM Cap Ros) 3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak 1 sudu makan marjerin (jenama apa pun boleh, saya guna Planta) 350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak/mineral/drinking water/dari penapis 1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja * Saya tak letak garam, boleh saja kalau nak letak, ikut cita rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan marjerin. Biarkan suam-suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
Ads
2. Gaul rata minyak dan tepung menjadi seperti serbuk roti atau breadcrumb.
3. Campurkan air kapur dan air yg 350ml tadi.
4. Setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik, keras sampai boleh uli dan tidak melekat.
5. Uli tepung sehingga sebati menjadi doh.
6. Untuk proses karipap menjadi senang. Rehatkan/biarkan doh dalam 45 minit-1 jam.
Ads
Kalau nak cepat boleh tutupkan doh yang diletakkan dalam bekas dan wrap dgn cling film. Dalam 15 minit dah boleh proses buat karipap.
Cara saya untuk no.6, setelah menjadi doh agak-agak tepung tidak melekat( jika melekat atau lembik letakkan sikit tepung. Jika keras tambahkan air).
Lalu dengan secepat kilat jadikan doh kepada bulat-bulat kecil ( selalunya untuk 1kg tepung/ 1 bungkus saya dapat dlm 100-115 biji bebola kecil).
Setelah dibulatkan kecil saya rehatkan dalam 15 minit guna cling bagi kedap udara dan doh cepat lembut dan senang untuk dibentuk. Selepas 15 minit boleh start buat karipap.
Tip buat karipap frozen
Ads
Untuk buat jualan frozen ada 2 cara bagi karipap tahan lama. Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan.
1. Goreng separuh masak, sejukkan dan frozen. Karipap tak melekat. 2. Bakar guna oven api atas bawah. Suhu 150 C selama 15minit, ikut oven masing-masing. Dah sejuk frozenkan.
Untuk bekalan travel, saya goreng separuh masak tidak sesuai dibakar kerana karipap akan melt/ melekat dan rupa akan herot petot bila nak menggoreng..
Cara goreng karipap untuk dapat kulit flawless & mengerutu
Untuk karipap frozen flawless gebu gebas. Senang saja, keluarkan karipap frozen terus letak dalam minyak atas kuali buka api kecil sederhana.
JANGAN tunggu minyak panas atau defroshkan karipap. Terus letak karipap frozen yg keras tu dalam minyak yg belum dibuka api atau dipanaskan. Itu saja. karipap tak gelembung atau terbelah di tengah. Insyaallah cantik kejadiannya.
Jika nak kulit karipap mengerutu sebab ada yang suka katanya rangup dan sedap.
Selepas siap karipap boleh terus goreng dengan api yang sederhana besar. Gerutu akan terhasil tapi hanya diguna pakai untuk karipap yang sedia untuk digoreng terus. Untuk karipap frozen defrost dulu barulah digoreng.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Kalau suka makan ulam elok sangat cuba tanam salad kerinting ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu dan cara penanamannya juga ringkas. Paling best lebih kurang sebulan kita dah boleh makan hasil salad yang ditanam sendiri.
Bila tengok, pokok salad kerinting ini naik segar memang seronok dan puas hati. Bagi korang yang nak cuba tanam sendiri, boleh guna panduan yang dikongsi oleh Syed Petani Muda.
Menurut beliau sebaiknya jika mahu tanam salad ini cari biji benih yang berkuali tinggi kerana lebih cepat bercambah.
Cara semai biji benih salad kerinting dan penjagaannya
1. Cari biji benih berkualiti tinggi. Biji benih begini dalam 2 hari dah pecah mata (bercambah).
2. Sediakan medium cocopet/sabut hancur.
3. Tabur biji benih atas sahaja dan tutup dengan cocopeat tipis-tipis.
4. Pastikan cocopet sentiasa berada dalam keadaan lembap selalu.
5. Siram dengan air kosong sahaja. Jika nak baja sedikit pastikan dos yang rendah.
6. Bila dah ada lebih kurang 3-4 helai daun boleh pindah anak pokok dalam bekas yang lebih besar sedikit.
7. Sebaiknya untuk satu pasu tanam 1-2 pokok salad saja.
8. Boleh gunakan tanam yang dicampur dengan baja organik.
9. Siram setiap hari
10. Salad ini sudah boleh dituai dalam masa lebih kurang satu bulan. Caranya sama ada dengan kaedah cabut semua atau potong beberapa helai, dan daun salad akan tumbuh semula.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil, botol susu berkerak memang jadi masalah kerana ia sukar ditanggalkan.
Kadang-kadang botol baru lagi tapi dah melekat kerak susu. Bukan saja pada botol, masalah sama terjadi puting botol susu.
Ada yang terus membuangnya kerana geram sebab sukar dihilangkan. Nak cuci banyak kali guna sabun risau juga sebab ada kandungan bahan kimia.
Bagi ibu-ibu yang ada masalah ini mungkin boleh mencuba cara mencuci kerak susu pada botol susu cara semula jadi ini.
Guna 3 bahan ini saja
Ia dikongsi oleh PuanFitriah Azman. Menggunakan beras, garam dan air panas, botol susu bersih macam baru. Begitu juga puting susu bebas dari kerak menggunakan petua yang sama. Caranya adalah seperti berikut:
Bahan-bahan:
Garam dan beras
Gunakan air panas untuk hasil yang pantas
Cara-cara:
1. Masukkan beras ke dalam botol
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.
3. Tutup botol dengan penutup
4. Goncang dengan penuh kasih sayang
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal
7. Bilas dengan air bersih
Ulang step yang sama untuk garam. Boleh gunakan berus botol untuk kesan yang lebih cepat.
Cara bersihkan puting
Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras (rujuk video).
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...