
Ini antara masak lemak paling senang nak buat. Tapi hasilnya punyalah sedap. Labu masak lemak ini tak boleh banyak lauk, gabung dengan ikan goreng dah mantap.
Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resepi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.
Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah
Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangn kedekut santan).
Cara membuat:
- Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya
2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.
Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Teknik Angkat Barang Berat Waktu Kemas Rumah. Kena Ikut Supaya Tulang Belakang Tak Sakit Atau Cedera

Isi Kandungan
ToggleSelalunya bila kemas rumah kita akan angkat barang termasuk yang berat tanpa memikirkan risikonya. Angkat sofa, meja, kotak berat, almari, tong gas dan sebagainya.
Kalau tiada yang bantu kita terus angkat sendiri tanpa memikirkan kesan pada tulang belakang terutama jika diangkat dengan cara yang salah.
Memang kita berupaya angkat tapi ingat ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang dan memberi kesan pada jangka masa panjang.
Mengangkat barang atau beban dengan cara yang salah bukan saja menyebabkan sakit belakang tapi juga boleh mengakibatkan masalah Muskuloskeletal disease disorders (MSDs).
Cara salah, angkat sambil bongkok
Mengangkat barang berat sambil membongkok atau bahagian belakang melengkung. Cara inilah yang boleh menyebabkan menjejaskan bahagian belakang.
3 cara betul angkat barang berat
1. Lurus belakang angkat
Rapatkan tubuh dengan barang berat sedekat. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.Angkat barang sambil meluruskan bahagian belakang. Cara ini beban barang turut disokong oleh tangan.
2. Cangkung, lurus angkat
Teknik ini sama seperti senaman squad. Pastikan barang yang berat perlu diangkat dekat dengan badan. Duduk mengcangkung kemudian angkat sambil meluruskan bahagian belakang.
3. Bengkok lutut, belakang lurus
Bengkokkan satu lutut mencecah lantai, dan satu lagi dibengkokkan 90 darjah. Angkat barang dengan bahagian belakang diluruskan. Teknik ini sesuai untuk barang yang tidak berapa berat (rujuk video).
Perkara penting yang perlu diingat ketika mengangkat barang berat adalah memastikan bahagian belakang lurus bukan melengkung atau membongkok.
Menetap Di Tanah Suci, Wanita Ini Kongsi 6 Jenis Scammer Jadikan Jemaah Malaysia Sebagai Sasaran

Isi Kandungan
ToggleSejak Makkah kembali dibuka dan pandemik semakin reda ramai jemaah dari Malaysia membanjiri tanah suci. Bagi bakal jemaah yang ingin ke sini selain ingatan tentang ibadah seringkali juga mereka turut diingatkan tentang perihal scammer.
Tak dinafikan meski pun di berada di tanah suci, scammer atau kumpulan penipu ini tetap ada. Paling membimbangkan jemaah Malaysia selalu menjadi sasaran mereka.
Supaya tidak menjadi mangsa, perkongsian daripada Puan Masnira Ramli, warga Malaysia yang menetap di Arab Saudi ini boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi tentang ciri-ciri scammer yang selalu mendekati jemaah di Makkah supaya kita lebih berhati-hati.
Scammer alert di Makkah
Mutakhir ini jemaah umrah kembali memenuhi Makkah dan Madinah, maka muncullah kembali kumpulan penipu ataupun dipanggil scammer menggangu jemaah umrah terutama jemaah kita.
Kenapa mangsa ramai kalangan jemaah kita? Kerana orang kita biasanya sentiasa bersangka baik di dalam tanah haram, sentiasa menjaga akhlak dan juga sebolehnya tidak mahu sebarang perkara tidak baik berlaku. Itu lah beberapa sebab mengapa scammer sangat ‘gemar’dengan orang kita. Jadi hati-hatilah ya semua jemaah.
Ada yang berkata, “saya takut nak bersangka buruk. Risau malaikat yang sebenarnya menyamar dan mahu menguji kita di Makkah.” Di sini, saya cirikan beberapa jenis scammer yang muncul kebelakangan ini. Semoga dapat membantu semua supaya lebih berhati-hati.
1) Scammer Hajarul Aswad
Dulu hilang sekejap, kini dan keluar semula. baru-baru ini beberapa orang terkena! Modus operandi mereka, akan offer bantuan untuk bawa jemaah cium Hajarul Aswad. Ya, memang akan dapat dengan cara menolak orang lain dan bertempur. Selepas itu, mereka akan mengenakan bayaran yang tak masuk akal. Beribu riyal pun ada.
2) Scammer “can u speak english?”
Ini jenis akal panjang boleh buat batu cincin. Buat cerita sedih. Ada yang siap bawa isteri dan anak dalam stroller. Jalan cerita lebih kurang sama bertahun-tahun, tak ada duit nak beli tiket balik. Duit semua habis kena curi. Nak makan pun tak ada duit dan minta kita dermakan. Bagi sikit dia akan minta lebih.
3) Scammer “saya ambilkan gambar, anda bayar!”
Scammer ini akan offer jemaah service ambil gambar guna camera polaroid mereka. Siap costume serban diletakkan secara tiba-tiba atas kepala kita. Lepas tu ambil gambar kita dalam keadaan paksa rela! Minta kita bayar. Bukan sikit ya tapi ratus-ratus. Entah muka kita jadi macam mana diambil. Ya lah, paksa rela kan. Entah-entah bibir muncung sedepa. Lagi nak suruh bayar! Kita selfie sendiri lagi cantik.
4) Scammer teksi
Tak semua tapi ramai saja yang kena. Pastikan jumlah berapa yang dipersetujui sebelum anda menaiki teksi. Kalau driver minta lebih, tegaskan jumlah yang dipersetujui sahaja.
5) Scammer pelajar Makkah dan minta duit
Ini yang terbaru saya baru dengar dari beberapa orang jemaah. Ada 2,3 orang approach dengan cerita yang sama. Katanya mereka adalah pelajar di Makkah, tunjuk wallet kosong dan minta kita berikan duit. Macam biasa, tidak mahu jumlah yang sedikit. Ada yang memaksa sehingga mengikut pergi ke ATM.
6) Scammer pengusaha Pusat Tahfiz di Makkah
Minta jemaah berhati-hati juga dengan scammer yang datang tegur di dalam masjid, memberitahu bahawa dia adalah seorang pengusaha sekolah tahfiz dan minta sedekah dengan kadar yang banyak! Khabarnya mereka sangat agresif sehingga memaksa ke ATM dan keluarkan duit. Saya rasa scammer pelajar dan pengusaha tahfiz ni mungkin dari kelompok yang sama.
Apakah yang perlu anda lakukan jika perkara ini terjadi?
Tegas dan elak. Jangan takut dan memberikan ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Kalau mereka ikut, segera pergi ke polis atau guard yang terdekat. Mesti mereka akan lari dan tidak berani meneruskan penipuan. Sentiasalah berhati-hati ya!
Semoga bermanfaat
Sumber: Masnira Ramli
Nak Buat Nasi Ayam Penyet Punyalah Senang. Sekejap Dah Siap! Tak Payah Beli dah

Isi Kandungan
Toggle
Nasi ayam penyet, selalu kita beli walhal nak buat hidangan ini punyalah senang.
Tak percaya boleh ikut resipi dari Puan Jida Jat ini.
Ayam penyet ini yang penting sambalnya. Bahan yang lain-lain cuma digoreng.
Bahan-bahan untuk sambal:
Bawang Besar 1 Labu
Bawang Putih 3 Ulas
Cabai Merah 4 Biji
Cabai Melaka Hijau 20 Biji
Tomato 3 Biji
Belacan Sikit(guna ikan bilis pun boleh)
Cara membuat
1. Goreng bahan-bahan untuk sambal penyet macam dalam gambar. Bila dah layu.Toskan.
2. Kemudian kisar atau tumbuk. Masukkan perasa sesedap rasa.
Bahan Ayam Goreng & Tempe
Ayam
Tepung Gandum 4 Sudu
Tepung Jagung 4 Sudu
Sedikit Kunyit dan Rempah Kari Daging
Perasa
1. Gaul bahan-bahan dengan ayam dan goreng.
2. Goreng juga tempe dan hidang bersama ulam seperti kacang, timun atau daun salad. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Puan Jida Jat