Teringin nak makan nasi ayam tapi bila ingat nak kena masak banyak step terus tak jadi. Kalau macam tu perasaannya boleh ikut cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah one pot nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap! Nak cuba? Ini caranya.
Cara buat one pot nasi ayam
Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama sama ada order saja atau kedua, buat sendiri nasi ayam ‘bodo’ yang super sedap.
Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat. Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar tu boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
Ads
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
Ads
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Kalau tak suka ayam putih moist begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Ads
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
Hampir hari-hari kita masak menggunakan telur. Jika sebelum ini kulitnya dibuang, kali ini boleh simpan untuk buat tempat semai biji benih sawi atau sayur lain.
Caranya dikongsi oleh Hadijah Abu Bakar. Menurut beliau cara semai ini juga lebih mudah.
1. Kalau berhajat semai benih guna kulit telur ini, pecahkan bahagian atas supaya ada ruang untuk masukkan tanah. Pecahkan juga sedikit di bahagian bawah.
2. Basuh dulu kulit telur sebelum letak tanah di dalamnya untuk elak semut atau tikus. Kemudian bolehlah masukkan tanah, boleh gunakan tanah hitam atau tanah sawit.
3. Masukkan 3 biji benih dalam satu telur kemudian letak di tempat redup.
4. Apabila sudah naik 3 daun bolehlah dialihkan ke tanah.
5. Cara alih, pecahkan telur supaya akar dapat merebak dan terus semai dalam bekas atau batas.
Selain sawi, biji benih sayur lain juga boleh disemai menggunakan kulit telur juga.
Nak buang rasa sayang, nak makan pula rasa takut. Tak usah pening kepala fikir hal ni. Kalau ada kentang macam tu, lebih baik buang sahaja!
Tapi, kenapa kena buang?
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.
Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:
Permukaan licin
Tidak berwarna hijau
Tidak mempunyai tunas
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BKKM, JKN Kedah & Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...