Kita memang biasa buat sambal belacan di rumah tapi bila makan di kedai Siam atau restoren Thai rasa sambalnya lebih sedap. Cukup rasa pedas, masam dan manisnya.
Cuma bila kita buat di rumah rasanya tak sama. Bagi yang suka sangat dengan sambal di kedai Siam boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi dikongsi oleh Afy Al Habibi.
Cara buat sambal belacan kedai Siam
Sediakan bahan-bahan di bawah:
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
Ads
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
Secubit dua ajino
Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat) TIP: Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.
Ads
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Ads
INFO: Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan, tak bakar macam sebelum ini.
Antara hidangan yang selalu ada waktu pagi adalah bihun goreng Singapore. Nampak macam putih saja tapi rasanya memang sedap dan pedas.Nak lagi best makan dengan sambal kicap.
Walaupun nampak ringkas tapi sebenar ramai yang tak tahu cara masak bihun Singapore ini. Bagi yang gemar hidangan ini jom buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Habeebah Md Daud ini yang diajar oleh ibu mentuanya.
Katanya rahsia supaya bihun Singapore yang dimasak sedap adalah udang kering.
Bahan-bahan
Bihun 400gm(rendam dengan air panas 5 minit. Kemudian terus tos)
3-4 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam 2 sudu makan udang kering
2 inci halia
Udang (dibuang kulit)
Daun kucai -potong 4 cm
Lobak merah – hiris halus (jika suka)
Garam,gula, serbuk perasa -secukupnya
Bahan dikisar
Cara membuat:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering & halia. 2. Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown. 3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan udang.
5.Masukkan bihun yg dah ditoskan. Gaul sebati
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Menu nasi minyak yang sinonim dengan hidangan majlis kahwin selalu saja kita hidang untuk hidangan di rumah terutama untuk hari-hari istimewa.
Bagi penggemar nasi minyak boleh cuba kaedah memasak yang dikongsi oleh Hayati Sham.untuk hasil nasi yang bukan saja sedap tapi gebu dan lembut. Nasi menggunakan kaedah ini juga cepat masak, 15 minit dah siap.
Tip ini juga boleh digunakan untuk memasak nasi berperisa yang lain seperti nasi tomato, nasi ayam, beriani, hujan panas dan macam macam lagi.
Saya share tip masak nasi minyak atau apa-apa nasi berperisa supaya gebu, lembut dan sedap. Caranya seperti berikut;
Selepas tumis semua bahan menumis, masukkan susu atau air rebusan bagai biarkan hingga mendidih.
Kemudian barulah masukkan beras basmathi yang telah direndam, dibasuh dan ditoskan.
Dalam 10 hingga 15 minit, nasi akan siap masak dan hasilnya sangat gebu dan lembut.
Resipi nasi minyak gebu
Beliau turut memberikan resipi nasi minyak yang dimasak mengikut kaedah di atas.
Bahan-bahan
1kg beras basmathi
1400 ml air
200 ml susu cair
4 sekawan serba satu
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar 1 ibu jari
3 tbsp minyak sapi
1 tbsp minyak masak
2 helai daun pandan
Pewarna merah dan kuning sedikit
Cara membuat
1. Basuh beras dan rendam 30 minit dan tos
2. Tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hinga naik bau. Masukkan daun pandan kemudian tuangkan susu cair dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras. Tutup periuk.
4. Bila nasi hamper masak, titiskan pewarna.
Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...