2. Dah garing bahan tadi angkat dan sejukkan. Dah sejuk, kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal kisar sekali dengan gula tapi saya guna gula pasir yang halus jadi saya asingkan. Kemudian terus gaul dengan dengan bahan dikisar tadi.
Tip ekstra
Tambah garam kalau tak cukup masin
Boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yang lebih
Paling penting pastikan bahan-bahan sangai tadi sejuk dahulu baru kisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Ramai yang suka bercucuk tanam sekitar rumah dengan cara paling mudah. Beli saja anak pokok kemudian tanam di rumah.
Tapi sebelum tanam atau alihkan ke pasu kena tahu cara yang betul untuk melakukannya supaya anak pokok yang dibeli tak mati. Bukan boleh terus letak dalam pasu dan kambus dengan tanah ya.
Tip alihkan pokok yang baru beli
Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoy yang kerap berkongsi tip penanaman di media sosial miliknya.
Tip mudah tanam pokok yang baru dibeli, tak kisahlah beli secara online ataupun offline. Atau nak pindahkan pokok ke bekas yang lebih besar.
1. Pastikan pokok dalam keadaan sihat, segar, daun tidak layu dan tidak dalam keadaan baru keluar tunas/pucuk (muda).
2. Kalau beli pokok online, biasanya daun-daun akan ada yang layu. Dalam situasi ini tak boleh terus pindah bekas. Wajib dikuarantin dulu sampai daun-daun kembali fresh. Letak di tempat teduh untuk menghilangkan stres pokok.
3. Kalau dah cukup semua syarat di atas bolehlah tanam. Mula-mula sediakan medium/tanah yang gembur atau poros. Saya guna campuran topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat & sekam bakar.
4. Isi pasu dengan sedikit styrofoam (polisterin) tujuannya supaya akar dapat lebih banyak oksigen, air lebihan siraman mudah mengalir keluar & media terhalang dari keluar ikut lubang pasu. Boleh ganti polisterin dengan batu-batu kecil, pecahan bata, pecahan genting atau lain-lain.
5. Isi sedikit media untuk tutup pecahan styrofoam. Tabur sedikit sahaja baja subur (saya guna Novatec Supreme) dan timbus lagi dengan media sampai separuh penuh pasu. Ikut keadaan saiz media pokok ya, agak-agak sendiri biar ngam dengan pasu.
6. Letak pokok betul-betul di tengah pasu. Kena hati-hati waktu buka polibeg atau cabut keluar dari pasu. Jangan sampai media pecah berterabur atau akar banyak sangat yg putus (sikit-sikit ok).
7. Kambus lagi sampai tertutup semua media asal. Jangan sampai penuh pasu sangat ya, sisakan 2-3 inci.
8. Siram dan letak tempat teduh dulu sampai pokok betul-betul dah stabil, baru boleh ubah letak tempat kena hujan panas. Kali pertama siram selepas letak dalam pasu siram sampai lencun kemudian jangan siram 2-3 hari. Bila media dah kering sangat baru siram macam biasa.
Hidangan oden memang sudah diterima kalangan masyarakat kita. Kalau nak sedap, selalunya kita beli di rangkaian Family Mart. Bila teringin nak makan, sinilah yang kita tuju.
Tapi kalau nak makan sekeluarga rasanya elok kita buat sendiri. Hidangan oden ini pun sebenarnya mudah saja, yang penting kuahnya. Bagi memastikan kuah atau supnya sedap boleh cuba resipi dari Cik Puan Akma. Katanya kuah oden ini sedap kalah Family Mart.
Cara nak buat pun senang, semuanya pakai perencah segera.
Resipi kuah oden sedap kalah Family Mart
2 paket perencah tomyam Adabi
2 paket perencah sup siam Adabi
1 paket perencah asam pedas Adabi
2 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 1 sudu
Cara membuat:
1. Masuk semua perencah biar mendididih. Kemudian masuk semua bahan steamboat.
2. Boleh juga letak sawi Cina, enoki, cendawan tiram.
Ok dah siap! Masanya masam-masam manis dan pedas. Makan waktu panas.
Ramai yang tanam sayur bayam ini di halaman rumah tapi mungkin tak ramai yang tahu cara untuk dapatkan bayam yang manis.
Bagi mendapatkan sayur bayam yang manis kita sebenarnya hanya perlu menjaga pencahayaan saja. Dikongsi oleh Harun Arun berdasarkan pengalaman beliau menanam bayam, ini tip yang dikongsi dan boleh kita praktikkan.
Tip dapatkan bayam yang manis
Ini bayam yang saya tanam. Bayam ada separuh merah, benih sama, usia sama (22 hari) tapi warna berbeza.
-Yang kurang merah dapat cahaya dalam 2-3 jam sehari, tanam depan rumah.
-Yang menonjol merah dapat cahaya penuh dari pagi hingga petang, tanam tepi padang.
-Yang dapat cahaya penuh lebih cepat matang berbanding yang kurang dapat cahaya.
-Dari segi rasa sudah semestinya yang kurang dapat cahaya lebih sedap, lembut & manis.
Jadi tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.
Bayam yang kurang merah macam ni, lebih manis, lembut dan sedap
Tip ekstra, cara mudah tanam bayam
Nak tanam bayam boleh tabur saja terus benih atas batas. Tak perlu nak alih-alih. Gaul biji benih dengan pasir supaya senang nak tabur.
Biarkan anak pokok bayam tumbuh rapat supaya bila spray atau siram pokok tak tumbang sangat ada tempat bersandar sesama sendiri.
Sebaiknya bila anak pokok bayam kecil, jangan siram. Gunakan spray saja, cuma spray lama sikit dan elakkan kena hujan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...