
Hidangan telur masin memang penambah selera dan ia juga antara yang boleh kita boleh buat sendiri. Kalau susah nak cari telur itik boleh saja gantikan dengan telur ayam biasa.
Rasanya tetap sedap, malah lebih jimat sebab telur ayam lagi murah dan senang diperoleh. Cara membuatnya dikongsi Are Peace. Boleh guna sepapan telur terus jika suka.
Telur masin homemade, buat guna telur ayam
Bahan-bahan
Telur ayam -30 biji
Garam kasar -1kg
Air secukupnya (agak-agak telur tenggelam)
Cara membuat:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk, masak atas api sehingga garam larut.
2. Sejukkan dulu baru masukkan telur ayam.
3. Rendam telur ini di tempat yang gelap selama 14 hari.
4. Cukup 14 hari, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru rebus.
PETUA: Agar telur kuning jadi warna oren, waktu peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur.
Selamat mencuba.
Sumber: Are Peace
Tip Susun Barang Dalam Peti Sejuk, Setiap Rak Ada Fungsinya! Baru Teratur & Bersih

Isi Kandungan
ToggleDisebabkan peti ais adalah tempat menyimpan barang yang bertutup, orang tak nampak maka ramai tak kisah tentang susun aturnya.
Tapi hakikatnya letak barang dalam peti ais ada cara susunannya. Sebab barang yang tersusun rapi akan memberi pengudaraan yang lebih baik malah beri banyak ruang dalam peti sejuk. Lebih dari itu peti sejuk akan nampak kemas dan bersih.
Kalau nak lebih sistematik boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hani Mynis.
Tip peti ais nampak kemas dan bersih
1. Pasang lapik
Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Wall paper pun boleh tapi Hani setia pakai placemats dari Mr. DIY je.
Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan utk cuci kalau placemats kotor (tak payah keluarkan tray). Lagi pulak hani suka tukar style kejap corak bunga kejap corak lain.
2. Cari warna terang
Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah2 dan area belakang2.
3. Bekas pilih satu atau dua warna tema
Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dari segi visual).
4. Setiap rak tentukan untuk letak apa
Buat pengkhususan setiap shelf utk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok). Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Shelf pertama (pes) – untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bwg putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
Shelf kedua (today) : ini bahagian utk letak protein yang akan dimasak utk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bhgn chiller dan Hani letak kat sini.
Shelf kedua (leftover) : ini bhgn utk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nnt senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bhgn chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari.
Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bhgn freezer.
Kalau hn teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hn just check semula dgn jadual menu mingguan hn bila hn masak lauk tu.
Shelf ketiga (dry foods) : ini bahagian utk letak makanan kering mcm hn simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
Shelf keempat (vegetables) : utk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)
Vegetables drawer : tempat letak sayur yang dimasukkn dlm ziplock bag. Pastikan sayur dlm ziplock bag tak dihempap dgn sayur lebih berat atau besar.
Bahagian pintu peti ais
Shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade
Shelf kedua : letak pes2 lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk .
Shelf ketiga : air minuman
Shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis.
Dah buat semua tip ni confirm peti ais akan kemas tip top.
Sumber:Hani Mynis
Tip Cantas Daun Pokok Pisang, Penting Supaya Hasil Buahnya Banyak

Pokok pisang antara yang selalu ditanam keliling rumah. Pokoknya memang senang berbuah jika ikut penjagaannya.
Bagi yang baru belajar tanam sepokok dua di rumah pastikan pelepah atau daun pisang sentiasa dicantas ikut peringkat tumbesaran pokok. Berikut adalah tip penjagaan pokok pisang yang dikongsi oleh Mohd Noor.
Tip penjagaan pokok pisang, sentiasa cantas daunnya
Pokok pisang memang senang hidup & berbuah tapi dengan penjagaan yang betul penghasilan buahnya akan maksimum. Ini cara-caranya;
1.Tinggalkan daun 8 helai sehingga pokok besar.
2.Apabila keluar jantung tinggalkan daun 6 helai.
3.Apabila buah habis keluar, tinggalkan daun 4 helai & buang jantungnya.
4.Kemaskan pangkal pokok, buangkan selaput yg mati supaya pokok lebih segar.
5. Sekiranya anak pokok terlalu banyak boleh pindahkan ketempat lain supaya pencahayaan lebih sempurna.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mohd Noor
7 Pergerakan Bayi Yang menandakan Ada Sesuatu Tak Kena!

Isi Kandungan
Toggle
Walaupun bayi baru lahir belum mampu meluahkan kata-kata tapi mereka mampu memberitahu sesuatu melalui pergerakan yang selalu dilakukan.
Sebab itulah sangat penting untuk ibu bapa yang baru menimang cahaya mata memahami makna di sebalik pergerakan ini.
1. Melengkung badan ke belakang
Apabila bayi membengkokkan badannya ke belakang ia mungkin reaksi terhadap kesakitan atau masalah angin.
Sekiranya dilakukan ketika menyusu, ia mungkin bermakna bayi sudah tidak mahu menyusu lagi. Ia juga mungkin memberi petanda bayi mengalami kolik atau masalah penghadaman.
Penjelasan pakar kanak-kanak, apabila asid dalam perut naik hingga ke bahagian esofagus atau dada, bayi akan membengkokkan badan ke belakang untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Boleh jadi juga ia adalah respon kepada kekecewaan, marah ataupun kepenatan.
2. Selalu menendang
Jika pada masa itu bayi kelihatan gembira dan tersenyum, ia mungkin signal dia mahu bermain. Namun jika sikap bayi sebaliknya ia mungkin disebabkan sesuatu yang mengganggu keselesaannya seperti angin, lampin penuh atau kotor dan sebagainya.
3. ‘Head banging’/ menggoyangkan kepala ke depan dan belakang
Menurut pakar kanak-kanak bayi merasakan pergerakan seperti ini memberi keselesaan dan ketenangan buat dirinya.
Namun sekiranya dia melakukannya dalam tempoh yang lama sebaiknya berjumpa doktor. Perlu diketahui, kebanyakan bayi akan berhenti melakukan perkara ini pada usia 3 tahun.
4. Menggaru telinga
Bayi menggaru atau menyentuh telinga ia bukanlah bermakna mereka mengalami kesakitan pada bahagian tersebut. Ada pakar mengaitkan tindakan ini dengan pertumbuhan gigi pertama mereka.
5. Menggenggam jari
Bayi yang menggengam jari boleh jadi petanda mereka stres kerana lapar. Sekiranya anda melihat bayi melakukannya walaupun tidak menangis, respon anda mungkin perlu memberinya makan.
6. Melipat kaki
Apabila bayi melipatkan kaki hingga lutut hingga berada pada paras perut, ia boleh jadi petanda bayi mengalami masalah penghadaman, angin atau sakit perut.
Bantu bayi mengeluarkan angin dengan menepuk bahagian belakangnya.
7. Tangan terangkat ketika tidur
Ia berlaku jika bayi terganggu dengan bunyi bising, pergerakan atau pun cahaya.Ia akan mengejutkan bayi dan sekali gus menangis. Elakkannya dengan membendung tangan bayi ketika tidur dan elakkan persekitaran yang bising.
Perkara ini biasanya akan hilang selepas umur bayi tiga atau empat bulan.
Sumber: Elitereaders