
Biasa kita buat telur rebus untuk hidangan atau menggunakan air tapi rupanya ada cara lagi mudah. Sebenarnya kita boleh saja buat telur rebus tanpa air.
Malah tempoh masak telur pun sekejap saja. Tak perlu tunggu air mendidih bagai, 5 minit dah masak telur. Macam mana cara buat telur rebus tanpa guna air ni? Ini cara yang dikongsi oleh Rozzana Junid.
Cara mudah rebus telur tanpa air
Jimat masa jimat tenaga. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela, pecah. Nak kupas kulit pun senang. Cara membuatnya;
1. Basuh telur dulu
2. Lapik periuk rice cooker lapik dengan 2 helai tisu. Renjis air supaya tisu lembap.
3. Kemudian susun telur dan on suis biar button naik sendiri.
4. Biarkan sekejap baru bukak penutup periuk. Sejukkan dulu sebelum dikupas.
5. Dah siap, cantik kejadian telurnya.
Sumber: Rozzana Junid
Cara Transfer Semula Duit Dari E-Wallet Ke Akaun Bank

Satu ketika dulu memang janggal dan ragu ragu membuat pembayaran secara online sama ada e-wallet atau QR pay. Tapi sekarang pilihan ini sudah biasa digunakan setiap hari ketika membuat pembelian.
Sebab itu ramai yang banyak duit dalam e-wallet berbanding akaun bank. Awal bulan terus tambah nilai dalam ewallet untuk mudahkan urusan pembayaran.
Ada masa sampai duit dalam akaun habis sebab untuk tambah nilai e-wallet. Tapi tiada masalah pun, Sebab kita boleh saja nak transfer semula duit dalam e-wallet ke dalam akaun bank. Ini cara-caranya;
1. Download apps ‘Maybank QRPayBiz’
2. Click ‘REGISTER’
3. Isi no. IC & tarikh lahir dan info yang diperlukan.
4. Dah settle isi & register apa semua, click 3 line dekat belah kiri atas tu.
5. Click ‘Settings’ & ‘Static QR’.
6. Then bila dah keluar QR Code, korang screenshot & save dalam gallery.
7. So, buka balik e-wallet & pilih ‘Scan’
8. Click icon gambar belah kanan atas & upload QR Code yang korang dah screenshot tadi.
9. Dekat transfer kan dah ada DuitNow sekarang. So boleh buat pindahan ke akaun bank.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Anissurayaa
Rendam Batang Pokok Kesum Untuk Tanam Tapi Akar Tak Keluar, Jadi Lembik & Busuk. Ini Sebabnya

Isi Kandungan
ToggleRamai yang cuba tanam pokok kesum di rumah. Biasanya melalui keratan batang yang terlebih dahulu direndam sehingga mengeluar akar. Kemudian barulah ditanam.
Tapi selalu juga terjadi dah rendam batang pokok kesum tapi akarnya tak juga keluar hingga batang jadi lembik dan busuk. Sudahnya tak jadi tanam pokok kesum.
Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa selalu jadi begini. Tariq Syahman yang selalu berkongsi tip berkebun memberi penjelasannya.
Kenapa batang pokok kesum yang direndam tak keluar akar dan jadi lembik
Kenapa saya rendam batang daun kesum tu dia tak keluar akar, jadi lembik & membusuk?
Jawapan:
1. Keratan tak cukup matang. Kita perlu guna batang yang keras & sedikit berkayu. Kalau batang tu masih muda, memang selalunya dia akan jadi lembik.
2. Kena guna keratan yang fresh. Walaupun keratan tu dah cukup tua, tapi kalau dah berhari-hari tak kena air, dia memang potensi tinggi untuk mati. Contohnya, macam keratan yang kita beli di pasaraya. Nampak macam fresh tapi mungkin dah 2-3 hari dikerat dari induk.
3. Terlalu banyak daun pada keratan. Sebelum rendam dalam air, potong daun-daun yang ada, tinggalkan sedikit sahaja.
4. Terdedah pada terik matahari yang melampau. Sebaiknya letak pada tempat yang teduh & indirect sunlight. Bila dah keluar akar baru pindahkan ke tempat yang lebih terang.
5. Tak cukup air. Pastikan air dalam bekas tu sentiasa cukup. Kiranya air kering semasa akar baru tumbuh, selalunya dia akan terencat & mudah mati.
6. Lain-lain sebab yang di luar kawalan contohnya diserang serangga perosak atau bekas rendaman tu ditolak oleh kucing yang samseng.
Rasanya yang itu saja. Kalau dah cuba tapi tak menjadi, jangan give up dulu ya. Cuba lagi. Saya sendiri pun 3-4 kali beli daun kesum di pasar raya lepas tu rendam tak menjadi. Buang begitu saja.
Semoga bermanfaat
Sumber: Tariq Syahman
Cara Buat Apam Kampung, Guna Sukatan Sama Macam-Macam Jenis Boleh Dapat

Macam-macam kuih moden ada sekarang tapi kuih tradisi juga yang selalu jadi pilihan hati. Antaranya apam kampung ini. Lama sungguh tak makan.
Cicah dengan kelapa parut memang sesedap rasa. Buat yang rindu nak makan jomlah kita buat sendiri. Apam kampung ini ada beberapa perisa tapi yang selalu kita makan apam pandan dan gula merah. Kalau rasa teringin nak makan boleh cuba buat sendiri ikut perkongsian Salmah Shahidan.
Cara buat apam kampung, macam-macam jenis
Apam kampung cicah dengan kelapa parut, sesekali makan memang sedap. Dengan guna resipi yang sama kita buat pelbagai jenis apam sama ada apam ros, apam pandan, apam gula Melaka, apam biasa.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 paket (11 gm) mauripan + 1 sudu kecil gula dibancuh dengan 1/2 cawan air (biar sampai yis kembang)
3/4 cawan gula putih (jika suka manis guna 1 cawan)
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit perwarna dan perisa
Kelapa parut putih
Cara membuat:
1. Rendam yis sehingga kembang dahulu baru masukkan semua bahan ke dalam bekas. Kacau hingga gula larut & sebati menggunakan whisk.
2. Kacau rata dan perap lebih kurang 1- 2 jam. Bancuhan akan naik sekali ganda atau dua kali ganda.
3. Sapu loyang 10 inci dengan minyak dahulu kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api besar untuk tempoh 1/2 jam atau 45 minit.
4. Untuk tentukan apam dah masak, boleh cucuk ngan lidi jika apam tak lekat bermakna dah masak. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Hidang dengan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.
Apam pandan – Jika nak perisa daun pandan kisar 7 – 10 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan pewarna hijau jika perlu.
Apam rose – Kalau nak buat apam rose, letak esen rose dalam 2 sudu kecil dan perwarna merah.
Apam gula merah – Untuk apam gula merah guna 1/2 cawan gula pasir dengan 1/2 cawan gula merah. Masak gula dengan 1 1/2 cawan air dan tapis.
Apam kuning dan ori – Jika nak buat apam kuning diraja tambah saja pewarna kuning. Untuk apam kampung ori tak perlu letak pewarna. Putih saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Salmah Shahidan