
Isi Kandungan
ToggleTempe meski boleh dijadikan macam-macam hidangan tapi yang digoreng ringkas juga paling sedap. Cuma kalau ditambah dengan bahan di bawah rasa tempe goreng akan jadi super sedap terutama bila dicicah pula dengan sambal kicap.
Cara buat tempe goreng yang super sedap
Bahan-bahan
Tempe -dipotong memanjang
Tepung beras
Tepung gandum
1 sudu jintan putih
Daun kari -digunting halus
Serbuk perasa
Garam
Cara memasak
1. Satukan tepung beras dan tepung gandum, pastikan kuantiti dua tepung adalah sama banyak.
2. Masukkan sekali jintan putih dan serbuk kunyit dan daun kari. Masukkan air, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Selepas sebati, masukkan tempe. Gaul hingga adunan menyaluti tempe.
4. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan.
Hidangkan dengan sambal kicap.
Kredit resipi & foto: Salmah Muhamad
Nampak Kering Jangan Biar Terus Mati, Buat Begini Untuk Pastikan Ros Jepun Kembali Subur & Berbunga Lebat

Selain tumbuhan herba, ramai juga yang gemar menanam pokok bunga. Antaranya pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.
Pokok hiasan ini memang akan menyerikan laman jika subur dan mengeluarkan bunga berwarna-warni.
Walau bagaimanapun jika tidak dijaga dengan betul, pokok jenis ini cepat mati. Bila dah jadi begini ramai yang putus asa dan membiarkannya saja.
Sebenarnya ada cara untuk memulihkan semula pokok bunga Ros Jepun yang kering ini. Boleh ikut tip ini.
Tip suburkan kembali Ros Jepun
1. Apabila pokok Ros Jepun jadi jadi begini, ia perlu ditanam semula. Cungkil pokok yang kering dan kerat bahagian yang masih subur.

2. Untuk tanam semula, gembur semula tanah asal dan balik-balikkan tanah. Jika tanah keras, siramkan dengan sedikit air.

3. Apabila sudah siap digembur, ambil keratan pokok yang masih elok tadi untuk ditanam semula. Pastikan keratan dalam 2 ruas pada jari.

4. Kemudian cucuk terus pada tanah. Letakkan secara berselerak dalam pasu dan biarkan banyak. Insya-Allah pokok akan tumbuh subur dan mula mengeluarkan bunga.

Ini gambar pertama selepas dua minggu proses tanam semula.



Semoga bermanfaat
Artikel Berkait:
Cara Tanam Cili Merah Bak Jambangan Bunga
Ini Pula Cara Tanam Pokok Mangga Dalam Pasu
Kredit: Facebook Nur Farahana Mohd Johan
Tip Tanam Tomato Ceri Dalam Polibeg, Bila Dah Berbunga Kena Buat Petua Ini Supaya Jadi Buah

Isi Kandungan
ToggleTengok tomato ceri yang segar merah ini memang buat kita rasa teruja. Seronok kalau dapat makan buah yang ditanam sendiri. Dah petik terus makan, memang ‘rangup’ sebab masih segar.
Jika berhajat nak tanam tomato ceri ini boleh saja. Muhd Fahim, berkongsi cara beliau menanam pokok tomato ceri ini dalam polibeg selain tip/petua supaya pokok berbuah.
Cara Mudah Tanam Tomato Dalam Polibeg
Medium Campuran
2 Tanah hitam
1 Cocopeat/sekam padi
1 kompos
Baja 2 minggu sekali
Fasa Vegetatif
-1 sudu teh Baja Kopi 8 8 8+Humic Acid
-1/2 sudu teh Yaraliva Calcium+Boron (bancuh dgn 250ml air dan siram sekeliling pokok).
Fasa Generatif/Bunga
-1 sudu teh Baja Buah Yaramila 13 13 21
-1/2 sudu teh Yaraliva Calcium+Boron (bancuh dgn 250ml air dan siram skliling pokok)
Kawalan serangga/kulat setiap minggu
Neem oil
Cuka kayu
Polybag saiz 16×16

TIP
1. Guna benih F1 Hybrid supaya hasil lebih berkualiti & tahan penyakit.
2. Semai benih dengan peatmoss dalam tray semaian. Biasa mula bercambah dalam 5-6 hari. Waktu ini kena bagi cahaya matahari separuh hari.
3. Empat minggu selepas semai boleh pindahkan ke dalam polibeg saiz 16×16. Pindah waktu petang biar akar dapat sesuaikan tempat baru sepanjang malam.
4. Pangkas semua tunas air sebelum cabang Y sepanjang tumbesaran pokok. Proses ini untuk elak daripada pembaziran nutrisi pada tunas air.
5. Bila dah berbunga jentik/goyang sikit bunga pada awal pagi supaya peratusan nak jadi buah lebih tinggi.
INFO
Blossom-End Rot
Penyakit ni bukan berpunca dari serangan kulat/bakteria tapi dsebabkan fisiologi tumbuhan. Selepas hujan air akan terkumpul pada bahagian bwh buah. Bila cuaca panas akn terjadi plasmolisis mnyebabkan dinding sel rosak.
Cara nak mencegah bagi baja berunsur kalsium yang tinggi secara foliar atau baja tabur.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Muhd Fahim
Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan

Isi Kandungan
ToggleMasalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.
Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.
Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Cara letak pokok Jeremin supaya lebih berkesan halau nyamuk
- Pokok ini perlu diletakkan di tempat redup kerana pendedahan pada cahaya matahari terik akan merosakkan daunnya.
- Sebaiknya letak di tingkap atau di tepi pintu rumah. Sebabnya angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella dari daunnya akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella inilah tidak disukai oleh nyamuk.
- Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau dari tanaman ini.
Cara biakkan pokok
- Pokok jenis ini boleh dibeli di nurseri dan kemudian boleh dibiakkan sendiri supaya boleh diletakkan di beberapa penjuru rumah.
- Cuma kerat batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Pokok ini perlu disiram paling kurang sehari sekali.
Boleh tanam pokok ini juga
Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.
1. Serai wangi
2. Pudina
3. Selasih/ Kemangi
4. Pokok Bunga Tahi Ayam
Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.
Sumber: Anim Hosnan