Bila memohon pekerjaan satu perkara wajib ada selain resume adalah sijil-sijil peperiksaan. Tapi banyak berlaku sijil ini hilang boleh jadi keciciran, banjir, pindah rumah dan sebagainya.
Boleh pening juga memikirkan sebab bila dipanggil interview, majikan mahu melihat sijil asal. Tapi jangan bimbang, dulu memang agak susah untuk dapatkan kembali sijil tapi sekarang lebih mudah.
Kalau hilang sijil boleh saja buat permohonan untuk dapatkan kembali salinan sijil peperiksaan secara online.
Tak perlu ke pejabat pendidikan pun, untuk ambil. Bila dah isi borang, setelah permohonan yang disemak dan diluluskan sijil akan dihantar terus ke rumah menggunakan khidmat pos. Ha kan senang.
Bagi wanita berhijab, koleksi tudung memang selalunya banyak. Jadi dilema nak susun dan menyimpannya.
Jika nak koleksi tudung ini tersusun dan kemas boleh buat sendiri almari khas untuk hijab. Seperti yang dilakukan oleh Shafiq Abdul Hamid sebab caranya tak susah mana.
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu. Boleh dapat dapat 70 buah. Kos lebih kurang RM76.
2. Papan lapis 12mm untuk buat almari, yang ini menggunakan plywood sedia ada. Jika beli almari kos dalam RM65. Ukur dan potong, pintu dan almari disatukan guna gam dan skru.
3. Enam buah engsel untuk pintu, kos RM9.
4. Pemegang pintu, dua buah. Kos RM4.
5. Supaya almari nampak lebih menyerlah, guna syelek. Untuk 1 liter kos dalam RM20.
Menu ayam bawang ini memang kegemaran kalau makan di restoren nasi kandar. Malah ada juga yang sanggup ke restoren nasi kandar di Penang semata untuk makan lauk ayam bawang ini.
Mesti ramai juga yang tertanya-tanya macam manalah nak buat ayam bawang yang sedap ni. Okay, ini dia cara membuatnya ya, dikongsi oleh orang Penang sendiri Che Atie.
Cara buat ayam bawang Pulau Pinang
1. Sediakan bawang besar selabu dimayang halus, daun pandan sehelai di potong empat, daun kari setangkai dan ayam digaul garam kunyit.
2. Mula-mula goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
3. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam garam kunyit. Goreng ayam tiga perempat masak.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi satu senduk dan tumis daun pandan, daun kari, rempah empat sekawan.
5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
6. Masuk pes bawang besar satu labu yang dikisar dengan air. Masuk pes dulu, kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
7. Seterusnya masuk 2 sudu serbuk cili, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh, 1 sudu serbuk kari daging, setengah sudu garam masala. Kacau.
8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato, sos tiram. Kacau.
9. Masuk garam gula secukup rasa, Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati, kuah biar pekat.
10. Masuk ayam yang digoreng tadi, kacau biar sebati.
11. Akhirnya sekali masuk bawang yang digoreng tadi. Kacau, siap!
Bagi ibu bapa yang punya anak baru masuk tadika, salah satu perkara yang perlu diperhatikan pada peringkat awal ini adalah kemahiran anak memegang pensil untuk menulis.
Sebab ramai yang hadapi masalah kekok memegang pensil hingga menyukarkan mereka membuat latihan yang diberi. Sudahnya ibu bapa yang menyiapkannya atau pun abang kakak mereka.
Supaya tak berlarutan begini, eloklah kita mula ajar anak menulis menggunakan teknik stoking seperti perkongsian Hajar Binti Md Said.
Cerita Hajar berbanding adik beradik lain, anak bongsunya Omar agak lambat untuk mahir menulis. Walaupun sudah memasuki tadika tapi dia sangat asing dengan alat tulis dan pensil menyebabkan Hajar mahu tak mahu perlu melatih anaknya agar boleh memegang pensil dengan betul sekali gus memudahkannya menulis.
Guna 3 jari
Selepas membuat carian, Teknik Stoking ujarnya antara yang mudah dan jadi pilihannya untuk membantu anak. Namun ibu perlu memberi sedikit panduan untuk anak. Berikut adalah panduan yang dikongsi oleh Hajar.
1. Cari stoking lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna stokin bapa atau orang dewasa. Besar sangat.
2. Masukkan stokin ke tangan anak. Kenal pasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
3. Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
4. Pakaikan stokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam stoking.
5. Buatlah apa-apa cerita tentang stoking tu. Cerita saya macam ni:
“Ada seekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada stokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
6. Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood anak jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework. Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...