
Isi Kandungan
Toggle
Mengintai instagram milik penyanyi dan pelakon, Erra Fazira baru-baru ini memang nampak sweet sangat. Mana taknya, dia dan anaknya, Aleesya main tulis-tulis nota untuk memberi semangat dan inspirasi antara satu sama lain.
Menurut Erra dalam kapsyen gambar tersebut, menulis nota memang menjadi aktiviti mereka dua beranak. Ianya untuk menggembirakan dan surprise antara sesama sendiri.
Antara aktiviti kami, dua beranak.. sama sama suka tulis notes and surprise each other.. ??.
Jom kita tengok nota yang diberikan.
Kalau sedih tengok video saya
Love you mom
You have me!
Kamulah kekuatan ketika saya lemah
Fokus dan buat yang terbaik
A = Aleesya
Netizen turut menyukai aktiviti menulis nota ini dan menganggapnya sesuatu yang sweet antara Erra dengan Aleesya.
Alahai comelnya
Berkaca mata
Cantik tulisan
Sumber: Erra Fazira
Jangan Terpedaya Tawaran Beli Tanah Lot Harga Murah. Kemungkinan Besar Lot Lidi, Tanah Takkan Jadi Milik Kita!

Isi Kandungan
Toggle
Kalau diperhatikan sekarang banyak iklan digantung tepi jalan yang menyatakan mahu menjual tanah lot pada murah. Selalunya kawasan tanah kampung atau pinggir bandar
Beli tanah ini dan bina rumah! Ramai yang fikir begini tapi hati-hati ya, selidik betul-betul. Jangan terus teruja dengan tawaran harga murah ini. Dibimbangi ia adalah tanah lot lidi yang berisiko menyusahkan anda nanti. Kalau terbeli tanah lot lidi tanah ini, dah bayar habis pun ia takkan jadi milik kita sepenuhnya.
Perkara ini dikongsi oleh Perunding Hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad. Ikuti penjelasan beliau berdasarkan pengalamannya.
Jangan terpedaya beli tanah harga murah
RUMAH CANTIK, TAPI?
Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya.
Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam.
Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena.
Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000.
Dalam iklan yang ditawarkan, bunglow ini hanya pada harga RM165,000 sahaja.
“Dulu dia janji masukkan nama dalam geran,”ceritanya laju.
Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina atas Lot Lidi kita sebut. Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan.
Penjual bila pembeli dah seronok dan bina bangunan, akan mintak duit lagi nanti nak tukar status atau pecah lot dan sebagainya.
“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.
Nampak permainan mereka? Ramai yang gila beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.
“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.
“Orang kampung jual, murah murah. Saya buat personal loan senang bang”.
Elak beli lot lidi
Saya dah banyak kali tulis, kelemahan Lot Lidi ini kawan. Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.
1. Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tak berlaku.
2. Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli?.
3. Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.
4.Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tiada nilai?
5. Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.
6. Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.
7. Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah Di bawah Kanun Tanah Negara.
“Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang,”ceritanya semalam.
Rumah takkan jadi milik kita sepenuhnya
Kawan kawan,
Hindari membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini. Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.
“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”.
Lebihkan hati hati agar tak jadi mangsa tipu nanti. Dikampung banyak kisah begini.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Cara Buat Telur Dadar Gebu & Tebal Macam Kat Kedai Makan

Kalau makan kat restoren kita mesti tertanya-tanya, kenapa telur dadar yang dijual gebu dan tebal. Bila kita buat kat rumah, jadi leper saja.
Nampak macam senangkan tapi tak menjadi jugak. Kalau nak tahu untuk buat telur dadar macam ni ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Sekiranya nak cuba buat di rumah boleh ikut cara yang dikongsi oleh De Havoc.
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Cara membuat:
- Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
- Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
- Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.
Hasilnya, puas makan!
Selamat mencuba!
Sumber: De Havoc
Buat Sendiri Sup Bunjut. Bahan Memang Dah Ada Di Dapur Rumah Kita

Sup bunjut ini wajib ada kalau nak masak hidangan sup dan sering kali kita beli saja bila nak menggunakannya. Tapi lepas ini cuba buat sendiri.
Sebab nak buat sup bunjut ini punyalah senang. Semua bahan pun selalunya ada di rumah kita. Cuma tinggal gabung dan bungkus saja. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Delihayat Kitchen
Bahan (untuk satu bunjut):
1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil – masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih
Bahan yang dipecah-pecahkan:
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi (mustard seed)
Secubit biji kas-kas (kalau tiada pun tak mengapa)
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan rempah dalam kain kasa, lilit dengan benang. Dah boleh gunakan.
- Seeloknya buat banyak sekali gus sup bunjut ini supaya mudah untuk gunakan bila teringin masak sup. Jimat RM1.50.
- Sup bunjut yang siap dibuat simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Delihayat Kitchen
Artikel berkait:
Tip Masak Sup Telur Suhun Yang Sedap, Telur Pun Tak Berterabur
Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crabstick, Hirup Panas- Panas Memang Layan
Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini
Klik sini untuk sertai telegram channel Vanilla Kismis