Teringin nak makan asam pedas, hirup kuah yang pekat sedap. Tapi masalahnya selalu masak tak menjadi.
Kalau dah begitu, ikut saja step by step buat asam pedas Melaka asli yang dikongsi oleh Liza Idris.
Cara masak asam pedas Melaka Asli, kuah pekat sedap & padu
Nah, resipi Asam Pedas Melaka Asli. Rahsia kuahnya pekat, sedap dan padu saya kongsikan. Makan je, terus terasa seolah berada di negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Cara masak dan bahan ada pada setiap gambar.
Bahan-bahan
2 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
(Kisar semua bahan)
1 mangkuk cili kering yang dikisar asingkan
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.
Ads
2. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula Melaka, lagi sedap.
4. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu pes asam jawa. Kacau dan kacau.
Ads
5. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau biar didih sedikit.
6. Masukkan bendi diikuti daun kesum.
7. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.
Ads
8. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisah ikan apa nak guna.
9. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
10. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.
11. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Siap asam pedas asli Melaka. Kuah pekat, sedap, terangkat.
Ramai yang suka buat sendiri hidangan nasi lemak terutama bila hujung minggu. Cuma yang selalu kurang bila buat sendiri adalah rasa sambalnya.
Selalu tak dapat yang sedap dan warna merah yang cantik terutama kalau baru-baru belajar masak sambal sendiri.
Supaya sambal nasi lemak kita menjadi sedap, dan cantik warnanya macam nasi lemak orang tua buat boleh ikut perkongsian daripada Norey Yusof. Resipi sambal nasi lemak yang dikongsi mendapat lebih 7 ribu tanda suka dan lebih 3k perkongsian. Nak lagi feel, katanya bungkus dalam daun pisang dan kertas surat khabar.
Cara buat sambal nasi lemak sedap & merah cantik
Rasa nak makan nasi lemak, kebetulan lauk kat peti kurang. Benda paling senang simple dan anak-anak suka. Kami pencinta nasi lemak…Ini resipi sambal untuk 6 orang.
Bahan-bahan
1 labu Bawang holand
5 ulas Bawang merah
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
6 sudu besar cili kisar
Cara membuat:
1. Blender semua bahan kecuali cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar 6 sudu besar.
3. Masukkan gula/ nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa. Masak lagi hingga pekat.
Ramai yang suka minum teh tarik, boleh kata hampir setiap hari pekena minuman ini. Tapi sekali sekala tukar kita pulak cita rasa. Kita try buat teh Pakistan pulak.
Macam teh tarik juga tapi lain sikit, sedapnya pun lain macam. Nak cuba? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi.
Menurut Afy dipanggil dengan nama ini kerana resipi ini diambil dari tauke karpet Pakistan. Cara penyediaannya ada teknik tersendiri tapi senang saja untuk kita buat.
Cara buat teh Pakistan yang kaw, wangi dan sedap berlemak
1. Ini bahan-bahan utama, rahsia pertama teh ini sedap sebab guna teh wangi.
– 7 uncang teh wangi ros (koyakkan setiap uncang)
( alau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
– Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
– 50 ml susu segar (nak sedap guna susu full cream Goodday)
– Susu 1/5 tin (tambah atau kurangkan ikut kuantiti air)
– Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam.
2. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang. Kacau sesekali. Boleh adjust rasa susunya.
4. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih. Saya besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
5. Tapis guna penapis teh jenis kain.
6. Rahsia penting seterusnya tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.
Dah siap untuk dihidangkan. Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam. Bagi saya teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya.
Tanpa dicampur gula secara langsung. Kawww, wangi Lemak dan manis-manis buah.
Gulai terung, pajeri, sambal, bakar semua dah buat. Ini satu lagi masakan berasaskan terung yang boleh kita cuba. Terung goreng crispy, resipi ini lain sikit tapi yang pasti sedap dan rangup.
Yang tak minat makan terung pun akan jadi suka, tak mustahil anak-anak pun akan suka makan terung lepas cuba terung goreng crispy ni. Cara membuatnya dikongsi oleh Zaharah Mazrul.
Cara buat terung goreng crispy
Ada peminat terung di sini? Kalau ada kita geng. Jom kita pelbagaikan menu terung, goreng macam ni memang sedap.
Bahan-bahan
Terung
Garam
Tepung Bestari (pedas)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Basuh bersih terung kemudian potong terung macam dalam gambar, potong memanjang tapi jangan putus.
2. Kemudian tabur/sapu garam halus sikit pada setiap terung. Perap dalam 10 minit.
3. Selepas perap air akan keluar dari terung, lap dengan tisu supata kering sedikit.
4. Seterusnya celup terung dalam tepung Bestari dan goreng dalam minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
5. Angkat dan tos bila terung sudah garing. Boleh dijadikan lauk, nak makan begitu saja pun sedap.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...