Cara masak nasi butter atau nasi mentega ataupun butter rice memang mudah. Tapi ia antara nasi berperisa yang sedap. Dihidang dengan ayam bakar, ayam masak merah atau kurma memang sesuai. Paling ringkas makan dengan ayam goreng pun dah cukup menyelerakan.
Cara memasak nasi butter ini pun cukup mudah, boleh guna beras biasa saja. Caranya dikongsi oleh Ismi Yatie Ummu Haziq.
Cara buat nasi butter yang mudah dan sedap
Bahan-bahan
6 pot (cawan sukatan) beras biasa – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka
Bahan kisar
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan
Ads
Cara membuat
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi.
Ads
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat atau susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Tanak seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
Ads
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.
Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.
Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi sama subur elok sayuran mereka.
Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.
Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok
Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.
Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.
Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.
Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.
Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.
Dah masuk dalam masakan, dah beri pada jiran tapi buah belimbing buluh ini masih banyak sampai tak termakan.
Kalau memang banyak terlebih dan masih ada di pokok boleh praktikkan apa yang dikongsi Mia Mia ini. Ujarnya daripada membiarkan buah ini busuk dan luruh begitu saja boleh manfaatkan jadi manisan belimbing buluh yang rasanya seperti kismis. Beliau juga turut berkongsi cara membuatnya.
Belimbing buluh kalau banyak lebih jadikan manisan, rasa macam kismis
Daripada terbiar, sayang dibuang kita manfaatkan jadi manisan belimbing buluh. Rasanya seperti kismis.
Langkah membuat
1. Sediakan bahan ini;
-2 kg belimbing buluh yang tua, bagus tidak terlalu masak
-Gula 1/2kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera
-1 sudu teh kapur sirih
-Air secukupnya
Facebook Rosmawati Rose
2. Bersihkan hujung pangkal belimbing buluh, cuci lalu rendan dalam air kapir sirih lebih kurang 2 jam. Kemudian bilas bersih dan tos.
3. Rebus sebahagian gula dengan 1 liter air sampai mendidih kemudian masukkan belimbing buluh rebus sampai mendidih lagi. Matikan, biarkan sehari semalam.
4. Saring belimbing buluh.
5. Rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, matikan api bila mendidih. Selepas itu masukkan kembali belimbing buluh, inapkan sehari semalam.
Pokok pisang antara yang selalu ditanam keliling rumah. Pokoknya memang senang berbuah jika ikut penjagaannya.
Bagi yang baru belajar tanam sepokok dua di rumah pastikan pelepah atau daun pisang sentiasa dicantas ikut peringkat tumbesaran pokok. Berikut adalah tip penjagaan pokok pisang yang dikongsi oleh Mohd Noor.
Tip penjagaan pokok pisang, sentiasa cantas daunnya
Pokok pisang memang senang hidup & berbuah tapi dengan penjagaan yang betul penghasilan buahnya akan maksimum. Ini cara-caranya;
1.Tinggalkan daun 8 helai sehingga pokok besar.
2.Apabila keluar jantung tinggalkan daun 6 helai.
3.Apabila buah habis keluar, tinggalkan daun 4 helai & buang jantungnya.
4.Kemaskan pangkal pokok, buangkan selaput yg mati supaya pokok lebih segar.
5. Sekiranya anak pokok terlalu banyak boleh pindahkan ketempat lain supaya pencahayaan lebih sempurna.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...