
Teringin nak makan ayam bakar tapi nak yang mudah saja. Tak berapa rajin nak buat bahan perap. Ha… memang ada caranya.
Tak perlu nak cari, hiris atau blend macam-macam bahan perapan, guna saja cara yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
Rupanya nak senang buat ayam bakar guna saja perencah nasi goreng segera. Bukan saja mudah katanya, tapi juga sedap. Ini caranya.
Cara mudah buat ayam bakar, guna perencah nasi goreng
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Perencah nasi goreng Adabi
Madu
Kentang
Cara membuat
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaul terus dengan perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap. Masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu.
3. Perap semalaman kemudian bakar. Saya bakar hingga kulitnya garing suhu antara 200-250 darjah Celsius dalam 25-30 minit. Boleh juga nak bakar dalam air fryer.
Dah siap!
Selamat mencuba
Sumber: Liyaw Ah Seng
Senarai Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita

Isi Kandungan
Toggle
Ramai kaum wanita mengalami masalah rahim seperti cyst, fibroid dan endometriosis tapi malangnya tidak menyedarinya.
Simptom penyakit seperti pendarahan yang banyak, senggugut kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim dan kencing terlalu kerap diabaikan sehinggalah ia menjadi serius malah sehingga ada yang terpaksa dibuang rahim.
Sebelum berlaku perkara sebegini eloklah perkara ini ia dicegah dari awal. Menurut Dr Hamid Arshat, ada beberapa tips pemakanan yang yang boleh dipraktikkan buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis yang mana boleh pulih dengan penjagaan makanan yang betul.
Berpunca dari hormon estrogen berlebihan
Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.
Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.
- Buah delima
- Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih
- Minyak zaiton
- Cendawan
- Anggur merah
- Oats
- Teh hijau
- Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis
- Kacang almond, walnut, peanuts, gajus
- Bawang merah
Perlu ambil suplemen
- Bawang merah
- Kunyit
- Spirulina, chorella
- Sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad
- Minyak kelapa dara
- Bawang putih
- Kucai dan saleri
- Berries – blueberries, black currant.
- Maca
- Fax seeds
- Makanan fermented – yogurt, tapai, kimchi
Selain dari senarai makanan yang dicadangkan ini, kaum wanita juga disarankan supaya mengambil suplemen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin C, vitamin E, kalsium, multivitamin, minyak ikan omega 3.
Sumber: Sinar, Dr Hamid Arshat
Jangan Buang Gel Silica Yang Kita Dapat Bila Beli Barang, Banyak Gunanya Di Rumah

Bila beli barang seperti kasut, barang elektrik dan sebagai kita akan dapat sekali uncang kecil gel silica ini. Ia berfungsi untuk menyerap kelembapan supaya barang yang dibeli tidak rosak.
Bila dapat gel silica ini jangan buang sebab banyak gunanya di rumah terutama untuk barang-barang yang kita simpan, jarang guna.
- Barang kemas kekal berkilat
Letak gel silica ini dalam kitak barang kemas untuk supaya akseseori sentiasa berkilat. Gel ini akan mengelakkan barang kemas ynag kita simpan lembap yang boleh membuatkan barang kedam dan tidak bersinar.
2. Letak dalam kasut sekolah supaya tak berbau
Kalau selalu bersukan letak gel silica ini dalam kasut sukan. Ia akan menyerap kelembapan dan penuh yang boleh menyebabkan bau busuk . Sekali gus hapuskan bakteria.
3. Masukkan dalam kotak gambar lama agar tak rosak
Jika di rumah ada album gambar lama masukkan gel silica ini dalam kotak album. Supaya nanti gambar-gambar dalam album tidak bercapuk, berkulat atau melekat pada plastik album hingga menyebabkan kerosakan. Sayang kalau gambar lama ni rosak.
4. Simpan bersama dokumen penting
Perkara yang sama jika kita menyimpan dokumen lama seperti surat beranak, sijil, atau bil yang penting. Letak sekali dalam bekas tempat menyimpan dokumen ini supaya tak lapuk dan rosak.
5. Berguna untuk telefon masuk air
Gel silica ini juga berguna untuk keringkan handphone yang terjatuh dalam air. Caranya lap kering telefon kemudian ambil plastik kedap udara masukkan telefon dan gel silica dalam plastik tadi. Biarkan selama 5-6 hari agar ia betul-betul kering. Kemudian cuba buka telefon tadi.
6. Letak sekali dalam baju yang jarang kita guna
Kita selalu ada baju mahal yang hanya kita pakai untuk majlis tertentu. Untuk simpan baju begini sebaiknya letak sekali gel silica dalamnya. Letak dalam poket atau penyangkut baju supaya baju tak berbau dan tahan lama.
7. Elak pisau cukur berkarat
Biasanya alat pencukur kita letak dalam bilik air akan cepat berkarat disebabkan kelembapan. Selepas ini kalau nak simpan juga alat pencukur ini dalam bilik air, letak dalam plastik kedap udara bersama dengan gel silica untuk pastikan ia kering.
8. Supaya bilik tidur tak berbau
Ada masa bilik tidur kita akan berbau hingga menyebabkan kita rasa tak best duduk dalam bilik. Kalau ada bau kurang menyenangkan ini, ambil gel silica ini keluarkan dari uncangnya dan masuk dalam bekas kecil.
Titiskan minyak pati yang kita suka seperti lavender. Hasilnya bilik akan berbau segar berpanjangan. Tapi pastikan letak di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Sumber: Times of India
Tanam Keledek Dalam Plastik Beras Lagi Senang, Nak Tuai Hasil Pun Mudah

Walaupun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya kena tanam atas tanah, buat batas bagai.
Tengok ni, tanam dalam plastik beras pun menjadi, tetap banyak hasilnya. Jadi kalau tiada laman boleh ikut cara penanaman keledek kuning yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.
Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.
Tanam keledek dalam plastik beras, guna keratan batang
- Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.
3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.
4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.
5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.
Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.
Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam
Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.
Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.
Sumber: Jatye Atie Christie