
Ingatkan susah tanam pokok lada benggala atau capsicum ini, tapi bila baca perkongsian Mell Akmal ternyata ia tidaklah sepayah mana.
Walaupun kali pertama cuba menanam pokok ini, katanya ia hidup subur dan kerap berbuah. Benihnya pun cuma beli capsicum di pasar dan semai. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi Mell.
Cara semai anak pokok capsicum
Sebelum ini ramai yang tanya bagaimana saya semai anak capsicum. Ini cara saya;
1. Beli capsicum di pasar berdekatan.
2. Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalaman.
3. Biji yang terapung itu dibuang, yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Ini gambar usia anak pokok lebih dari 10 hari.
6. Sembur air 2 kali sehari.
7. Saya letak di tempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
8. Bila dah besar sikit saya sembur dengan vitamin Siam 2 kali seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
Selamat mencuba. Saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yg biasa sahaja. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar.
Sumber: Mell Akmal
Wanita Yang Ada Kedutan Di Hujung Mata Sebenarnya Paling Beruntung! Itu Tandanya…

Isi Kandungan
Toggle
Selalunya kedutan dikaitkan dengan tanda penuaan tapi lain pula dengan kedutan yang dipanggil Crow’s Feet.
Apa dia Crow’s Feet? Perasan tak bila korang senyum ada kedutan di hujung mata. Ha itulah dia.
Penemuaan sains mengaitkan kedutan pada mata sebenarnya merupakan satu tanda ideal atau kelebihan bagi mereka yang memilikinya!
Menurut saintis dan pakar psikologi dalam laporan yang pernah diterbitkan portal berita dailymail.co.uk, kedutan pada penjuru mata itu sebenarnya membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.
Dilihat lebih ikhlas & pemanis
Manakala hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nonverbal Behavior, “Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukkan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ wajah seseorang.
Senyuman akan kelihatan lebih ikhlas dan ketawa nampak lebih ceria berbanding dengan mereka yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.
“Anggaplah kedutan di penjuru mata itu seperti bonus yang tidak dimiliki ramai orang dan jika kamu memilikinya, kamu adalah antara manusia paling beruntung”.
Tak perlu hilangkan
Ada pakar bedah plastik mengesyorkan pelanggannya untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana ia adalah elemen kecantikan yang harus dibanggakan kerana, apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.
Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif berbanding mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.
Ok lepas ni kita tak perlu pakai lagi krim mata! Biarkan kedutan itu!
8 Cara Boleh Cuba Untuk Hapuskan Pepijat Pada Tilam, Jangan Biar Bersarang

Masalah pepijat pada tilam atau kusyen memang meresahkan. Walaupun saiznya kecil tapi jika digigit memang mendatangkan masalah. Bahagian kulit yang digigit pepijat akan kemerahan dan juga gatal sangat. Malah kegatalan ini berpanjangan, lagi risau jika pepijat ini menggigit anak-anak kecil.
Selain kesan gigitan, kita boleh tahu kehadiran pepijat ini bila ada kesan seperti darah atau seakan karat. Pepijat juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan kuat.
Jika ada tanda ini cubalah perhati di bahagian tepi dan celah celah tilam. Tak mustahil ‘si kecil’ ini sedang berlindung di situ.
DIY hapuskan pepijat
Cara mudah gunakan servis untuk menghapuskan serangga ini, tapi ia memakan modal. Selain itu ada beberapa cara yang boleh kita buat sendiri untuk menghapuskan pepijat ini.
1. Gunakan pengering rambut
Pepijat ini alah pada haba atau kepanasan. Boleh halakan pengering rambut pada celah-celah tilam. Buat 3-4 kali. Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan sembur dengan teliti di setiap celahan tilam & kain cadar untuk menghapuskannya.
2. Sembur
Gunakan spray menghapus serangga yang banyak dijual. Boleh guna Baygon atau Ridsect. Sembur dan biarkan seketika kemudian vacum. Lakukan 4-5 kali supaya semua pepijat hilang. Pastikan juga buang sedutan dalam vacum kerana pepijat boleh hidup dan merebak dari situ jika tak dihapuskan.
3. Jika ada gel silica, tabur pada tilam
Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.
4. Guna baking soda
Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus. Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.
5. Keringkan cadar dalam mesin pengering
Haba yang panas akan membunuh pepijat, jadi basuh cadar yang ada pepijat dengan air panas dan keringkan guna pengering.
6. Guna daun durian belanda
Ini petua orang tua, ambil durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah pada kepada daun ini. Boleh cuba, terutama selepas lakukan semburan untuk mengelakkan ia kembali.
7. Jemur tilam
Angkat dan jemur tilam dan kusyen yang ada pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.
8. Ganti tilam baru
Jika sudah beberapa cara di atas digunakan dan pepijat masih ada, ada baiknya ganti dengan tilam baru. Buang jauh tilam lama kerana pepijat mungkin sudah banyak dan bersarang.
Selamat mencuba
Sumber: Tukang Apa Hari Ini
Ini Caranya Tutorial Mudah Simpan & Label Ubat Ikut Kategori Sakit. Bukan Saja Kemas, Senang Nak Cari!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan dalam setiap rumah pastinya ada menyediakan bekalan ubatan terutama jika mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema atau batuk.
Namun begitu, ramai yang tidak ambil peduli tempat menyimpan ubatan di rumah dan meletakkan di mana-mana sahaja, janji selamat.
Perkongsian tutorial dari Hani Mynis ini boleh kita jadikan panduan dalam menguruskan keperluan ubat-ubatan di rumah agar memudahkan untuk mencarinya kala memerlukan.
Tip Simpan Ubat-Ubatan Di Rumah Secara Teratur
1. Simpan ubat dalam bekas mengikut kategori

– Oral care
– Eye care
– Ear
– Nose and throat
– Muscle pain
– Wound treatment
– Skin
– Syringe and dosage cup
– Indigestion
Selain tu ada tiga bekas lagi :
– Supplement
– Medical kit anak
– Prescription
2. Sediakan tempat khas dalam kabinet atau laci untuk menyimpan ubat
– Khaskan satu ruangan dalam kabinet untuk simpan ubat.
– Pastikan kedudukan tinggi dari capaian anak-anak. Tetapi mudah diakses oleh orang dewasa (jangan simpan laci bawah katil).
– Pastikan ruang yang dipilih cukup tinggi. Tak mudah dicapai oleh anak-anak.
– Pastikan ruang yang dipilih jauh dari kawasan lembap (bilik air), tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Atau tidak terlalu dekat dengan dapur masak (ubat-ubat sensitif kepada tiga perkara ini: cahaya, haba dan kelembapan).
3. Gunakan bekas lutsinar
– Supaya nampak isi dalam dia tu dan asingkan ubat mengikut kategori sakit. Misalnya jika kalau sakit perut, tidak susah mencari ubat dalam mana-mana kotak.

4. Keluarkan ubat dari kotak yang besar
– Supaya mudah disimpan dan jimat ruang.
– Sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yang penting, boleh simpan dalam fail medical. Boleh rujuk bila-bila.
– Gunakan ruangan pintu sebaiknya untuk maksimum storage.

5. Label setiap bekas
– Labelkan setiap bekas. Boleh gunakan mesin label maker, atau masking tape.

6. Simpan ubat bentuk pil dalam kotak ubatan
– Simpan ubat pil dalam pill box. Jangan sesekali keluarkan dari packaging. Potong kecil-kecil papan ubat dan masukkan dalam pill box.
– Untuk ubat yang sekali makan 2 biji (contoh panadol) boleh dipotong dua-dua
– Manakala untuk ubat yang lambat habis (contoh ponstan, ubat tahan sakit, jarang makan), tulis tarikh expired kat setiap pill (selalu pada papan pill ada tulis expired date).

Info Tambahan:
– Hanya ubat tertentu sahaja boleh disimpan dalam peti ais.
– Contoh: ubat diarah bancuh sendiri seperti ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentuk sirap yang sudah sedia dibancuh jangan disimpan dalam peti ais. Contohnya ubat batuk atau ubat demam anak. Hanya akan menyebabkan ubat cepat rosak.
– Jika ada anak kecil, wajib ada medical kit untuk anak yang boleh dibawa ke mana-mana.
Artikel berkait:
Makeover Dapur Versi Bajet Kos Tak Sampai RM800
Kerusi Meja Rosak Jangan Buang, Tukar Jadi Side Table