2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss & cocopeat sama banyak. Kalau cocopeat 1kg, peatmoss pun sama (boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah dalam bekas semaian, jangan tabur benih dulu ya. Siram air sampai tanah betul basah.
4. Kemudian barulah tabur benih pokok daun sup, selepas itu tutup nipis dengan tanah semai tadi.
Selalu pagi-pagi kita goreng mi atau bihun, cuba buat laksa goreng pula. Mungkin ada yang biasa menyediakan hidangan ini tapi ramai lagi rasanya yang tak pernah cuba.
Seperti makan laksa, sekali makan laksa goreng ini mesti akan ulang makan. Memang tak puas makan sekali. Tapi pastikan pilih laksa halus, lagi sedap.
Cuma cara membuatnya sedikit berbeza dengan menggoreng mi. Penyedapnya terletak pada rasa udang kering dan taucu.
Cara buat laksa goreng
Bahan-bahan
1 kilo laksa halus
4 ulas bawang putih -diketuk
300 gram udang
10 biji bebola ikan -dibelah dua
4 biji telur
Tauge
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk belacan
Cili merah dipotong untuk hiasan
Daun sup -hiasan
Serbuk perasa
Garam
Minyak secukupnya
Bahan kisar
7 batang cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kacang tauchu
1 sudu besar udang kering
Cara memasak
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar , masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang dan bebola ikan, masak seketika.
4. Masukkan telur (pecahkan dalam kuali ) dan gaulkan sehingga masak.
5. Masukkan sos ikan , sos tiram dan serbuk belacan. Serbuk perasa lalu gaul rata.
6. Masukkan laksa dan tauge, gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
7. Taburkan cili merah dan daun, siap untuk dihidang.
Dalam keseronokan nak menyambut Aidilfitri di kampung di rumah ibu ayah kita ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di kampung takkanlah nak biarkan mak ayah kita menanggung segala perbelanjaan selama kita berada di sana.
Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.
Supaya tak terbeban, boleh ikut cara Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.
1. Setiap adik beradik kena sumbang RM200
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa.
2. Bentuk AJK untuk buat kerja selama di kampung
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…
3. Menu raya dah bincang
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
4. Pastikan setiap famili urus kain baju sendiri
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.
Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
5. Sebelum balik upah orang cuci rumah, bayar bil
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria di hari raya bersama sepupu sepupu tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.
Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.
Ikan rebus ini pun rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat. Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.
Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.
2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.
3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.
4. Kukus macam biasa sehingga masak.
5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.
6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.
Versi rebus
Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd
Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.
2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.
3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.
4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.
Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...