Selain cili padi, cili besar satu lagi pokok cili yang boleh kita tanam di rumah adalah cili jambak. Memang seronok tengok jika jika pokok cili ini berbuah, macam bunga mekarnya. Berbaloi kalau tanam.
Bagi yang nak cuba, perkongsian Adam Harris Mohd Shaifullah boleh dijadikan panduan untuk menanamnya di laman rumah sendiri.
Tanam cili jambak seperti jambangan bunga
Langkah 1 :
– Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8 jam atau 1 malam .
– Tujuan rendam ini untuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
– Seeloknya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
– Keringkan benih yang sudah direndam mengunakan penapis, kertas atau tisu. Tujuan kering ini supaya mudah untuk disemai dan benih mudah untuk dikendalikan.
Langkah 3 :
– Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
– Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Ads
Langkah 4 :
– Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
– Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
– Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
– Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
– Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam keseluruhan selama 3 ke 5 hari.
Ads
– Hari ke 3 hingga 5 benih sudah mula bercambah. Anda boleh mengalihkan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
– Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan benih ke kawasan yang menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
– Siram setiap pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
– Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit (beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh juga gunakan baja organik.
– Setelah usia 2 minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alihkan pula ke pasu, polybag atau atas tanah.
Langkah 9 :
– Baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali. Untuk pokok yang bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
Ads
– Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda menggunakan baja biji NPK, berhenti guna baja apabila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Nota: Tip di atas juga boleh digunakan pada semua jenis cili.
Cuaca panas macam sekarang ni kita memang nak minum air sejuk saja. Terasa segarnya dan salah satu air yang memang nikmat bila minum waktu cuaca bahang adalah air tembikai.
Nak lagi segar kita tambah dengan lemon dan laici, macam resepi yang dikongsi oleh Ben Safwan ini. Terus rasa nak cari tembikai.
Bahan-bahan:
1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)
Cara membuat:
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
3. Tak perlu tambah gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
Kebelakangan ini banyak rungutan tentang kenaikan bil elektrik. Kalau anda salah seorang daripadanya mungkin boleh mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Fawwaz Johari.
Pakai Smart Meter sejak Februari tapi bil rendah
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
1. Gunakan teknologi inverter
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
– pemasak nasi elektrik
– cerek air elektrik
– water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan lampu LED
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar.
Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengah hari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Jaga alam sekitar
Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Hujung minggu selalu anak-anak request tengok wayang. Kalau anak nak pergi dah tentu mak pun ikut sama.
Kalau macam ni biasanya kena angkut satu famili. Bajet dia faham-fahamlah, lebih seratus kalau anak ramai.
Tapi kalau tak nak keluar belanja banyak untuk bawa famili tengok movie bolehlah ikut cara yang dikongsi oleh Masturah Abu Bakar ini.
Ramai tak tahu rupanya TGV ada ada diskaun kalau tengok hari Sabtu untuk pemegang kad kredit atau debit Maybank. Cuma kuantitinya terhad, siapa cepat dia dapat.
Caran-caranya
Nak tengok wayang dengan anak? Saya survey tiket dewasa je Rm17, kanak-kanak RM9. Mahal nauuu. Meh saya tunjukkan macam mana cara nak dapat tiket wayang murah.
Dewasa RM8.50, kanak-kanak RM4.50 je. TGV Special diskaun hanya valid untuk tayangan pada hari SABTU sahaja ya. Yang penting korang mesti Maybank Credit/Debit card holder.
Korang kena book cepat tau, limit to 5000 tiket sahaja sehari. Best kan? Meh follow step by step ikut gambar ye.
1. Bukak website www. tgv.com.my pastu cari movie yang berkenan, ini waktu nak tengok Frozen dulu. Tekan book now!
2. Then korang pilih tarikh, location dan masa tayangan.
3. Pastu akan keluar yang ni. Kalau korang malas sign up just continue as guest.
4. Masukkan detail korang.
5. Pilih seat, kalau anak beranak ada 5 orang termasuk mak ayah korang tick 5 seat ya. Tekan kat petak kuning tu
6. Kat partner offer tu korang click anak panah ke bawah tu.
7. Kat sini korang tolak classic 4 tu sampai jadi kosong. Then tambah kat partner offer tu nak berapa banyak kids n adult.
8.Taraaa done.
9. Pastu akan keluar f&b kalau korang taknak just tekan continue dan pay.
10. Ok masukkan detail kad korang kat sini. Jangan pi tekan online banking kat bawah tu pulak nanti tak dapat diskaun.
11. Yayyy dah berjaya.
12. LIMIT TO FIRST 5000 redemption sehari untuk nationwide so korang kena rebut la. Kalau tak dapat hari ni try esok pulak.
13. Last sekali korang akan dapat QR code, screenshot then simpan. Nanti masa nak masuk korang tunjuk je kat kaunter
INFO
Kalau korang nak tengok movie lain pun boleh. Hanya pilih nama movie dan apply step yang sama ya.
Kalau tak keluar ‘partner offers’ tu maksudnya dah habis kuota. Korang kena try esok pulak ya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...