
Isi Kandungan
Toggle
Umum mengetahui bahawa anak pelawak, Chot dari Kumpulan Xoxo telah meninggal dunia disebabkan masalah injab jantung sejak dilahirkan. Pasti masih bersedih dengan peristiwa tersebut.
Melalui instagram, Chot mengimbas kisah selepas bergelar juara Pencarian DJ MelakaFM. Antara hadiah yang diterima ialah sekotak set jenazah. Ketika itu, isterinya sedang hamil antara 5 hingga 6 bulan. Siapa sangka kan, rupa-rupanya hadiah set jenazah itu akan digunakan untuk anaknya Muhd Sher Harraz yang ketika itu masih lagi dalam kandungan.
Allah Maha Besar. Dialah yang Maha Mengetahui.
Juara pertandingan DJ, isteri hamil 6 bulan
salam semua..
waktu ni saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKAFM’ kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah dan waktu ni isteri saya masih sarat lagi mengandung sekitar 3-4 bulan lagi waktu ni..
Hadiah set jenazah, ada hikmahnya
kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama disaat itu.. rupa2nya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI…
terima kasih anakku sebab bagi mmy dan ddy rezeki juara dan ada di tahap ini.. sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.❤️❤️❤️?..
#rezekiallah
#sayahargaisemuanya
#ddyandmmy
#chotloteh
VK tak tahu nak cakap apa. Memang VK pun masih bersedih dengan peristiwa perginya Baby Harraz walaupun VK tak bertemu dengannya. Tenanglah anakanda di sana.
Sumber: Chot Xoxo
Hanis Zalikha Kongsi Petua ‘Handle’ Suami Yang Suka Habiskan Masa Dengan Hobi

Isi Kandungan
Toggle
Rasanya ramai isteri yang berdepan situasi ini. Paling stres bila suami habiskan lebih banyak masa dengan hobi berbanding anak isteri.
Hanis Zalikha pula siapa tak tahu punya suami yang kaki memancing. Bagi yang follow instagram Hairul Azreen mesti akan nampak ada saja pose pelakon ini dengan hasil tangkapannya dalam trip memancing.
Bukan itu saja, Hairul ini juga suka buat aktiviti lasak. Melihat situasi inilah seorang peminat Hanis telah meminta nasihatnya. Bagaimana cara Hanis berdepan dengan suami yang keluar melakukan hobinya dan meninggalkannya hingga ada masa berhari-hari.
Jawapan daripada Hanis memang sempoi
I get this question a lot ‘suami & hobi’
Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.
Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).
Kena tahu logik dan toleransi
Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai).
He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak ?).
You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.
InsyaAllah.
Sumber: haniszalikha
7 Petanda Awal Kanser Ovari Yang Sering Dianggap Masalah Biasa Oleh Wanita

Isi Kandungan
Toggle
Kanser ovari selalu dikaitkan wanita yang berusia namun pada di Malaysia, sudah ada kes kanser ini dikesan pada usia seawal 26 tahun.
Meski menakut namun kanser ovari yang dikesan di peringkat awal dan dirawat peratusan untuk pulih sangat cerah.
Dalam hal ini wanita perlu mengetahui tanda-tanda awal kanser yang sering kali dikaitkan sebagai pembunuh senyap wanita.
Ini kerana di peringkat awal, kanser ovari jarang menyebabkan apa-apa gejala kalau ada pun ia sering disalah anggap sebagai masalah biasa walhal sebenarnya cukup berbahaya.
7 gejala awal
Berikut adalah 7 gejala awal kanser ovari yang selalu dianggap biasa oleh kaum wanita
1. Haid selepas menopaus, pada waktu sepatutnya wanita tidak lagi mengalami haid tapi pendarahan berlaku.
2. Keluar keputihan yang berlebihan – ramai wanita yang mengalami keputihan namun jika ia berlebihan dengana warna berbeza pemeriksaan adalah perlu.
3. Sakit atau tekanan di bahagian bawah perut atau di antara bahagian tulang pinggul.
4. Sakit belakang
5. Perut rasa kembung, bawah perut membengkak atau terasa penuh
6. Cepat rasa kenyang semasa makan.
7. Perubahan tabiat dalam bilik mandi, seperti kerap membuang air kecil, sembelit atau cirit-birit.
Jumpa doktor jika lebih dua minggu
Beri perhatian perubahan yang berlaku pada diri kita. Perhatikan apa yang normal dan apa perubahan luar biasa yang berlaku.
Jika mempunyai tanda-tanda yang disebutkan di atas selama dua minggu atau lebih, sila berjumpa doktor.
Gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh sesuatu yang bukan kanser, tetapi satu – satunya cara untuk mengetahui adalah dengan berjumpa doktor.
5 golongan wanita yang lebih berisiko
Bagi anda yang ada dalam 5 golongan disaran tidak berlengah untuk pemeriksaan bila mengalami tanda-tanda awal kanser ini. Anda termasuk yang dalam golongan wanita yang lebih berisiko atau lebih mudah menghidap kanser ovari.
1. Berada pada usia pertengahan, usia lebih 40 tahun atau lebih.
2. Mempunyai ahli keluarga terdekat (seperti ibu,kakak,ibu saudara atau nenek) sama ada sebelah ibu atau bapa yang menghidap kanser ovari.
3. Mengalami kanser payudara atau kanser kolorektral.
4. Tidak pernah melahirkan anak atau mempunyai masalah untuk mengandung.
5. Mempunyai endometriosis (keadaan di mana tidu daripada lapisan dinding rahim tumbuh di tempat lain.
Rawatan paling berkesan adalah apabila kanser ovari ditemui dan dirawat di peringkat awal. Meski penyakit yang serius tapi tak mustahil untuk disembuhkan.
Ramai bekas pesakit kanser yang dapat meneruskan hidup dengan sihat selepas menerima rawatan. Malah pada 3 Ogos nanti VK akan berkongsi panduan daripada bekas pesakit kanser ini dalam Malaysia International Sport Fitness Fair.
Sumber: www.care.upm.edu.my & www.makna.org.my
Ummi Sampai Sekarang Fobia, Bayi Baru Lahir Antibodi Tak Kuat. Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Kena Jangkitan Kulit

Isi Kandungan
Toggle
Apabila melahirkan bayi, pasti ada orang terdekat yang melawat. Hal ini menjadi kelaziman dalam masyarakat kita kerana mereka ingin meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga. Berkongsi kegembiraan. Namun antara hal yang sukar untuk kita terima ialah apabila mereka yang datang melawat mempunyai penyakit yang kita sendiri tidak tahu lantas mendukung atau mencium bayi kita. Berikutan itu, bayi yang antibodinya masih lemah, berjangkit pula dengan penyakit tersebut.
Seorang ibu yang menggunakan nama facebook Mazne Aznan berkongsi kisah pilu apabila bayinya menghidap Impetigo dan seterusnya Scalded Skin Syndrome kerana berjangkit penyakit kulit daripada individu yang tidak diketahui namun dipercayai daripada orang yang datang melawat.
Simple Impetigo ke Scalded Skin Syndrome
Dugaan Ummi Abi & Affan. Hampir sebulan berpantang di hospital.
Cerita ada di setiap gambar . Saya berkongsi untuk kita sama-sama alert dan sentiasa ambil berat dengan keadaan sekeliling anak-anak tersayang ?
Terima kasih Doctor Syed Jefrizal Syed Jamal dan nurses di KPJ Seremban yang sentiasa jaga Affan sebaiknya dan berusaha untuk Affan sembuh dari penyakitnya ?
**Saya halalkan untuk share post saya ni dengan niat sebagai peringatan kepada ibu ayah di luar sana. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak2 kalian. Amin Ya Allah ?**
Baru Lahir Dah Kena Tahan Di Wad
20 Julai 2018.
Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir 7 jam ummi bertarung dalam labour room. Macam2 komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ni dengan tangisan yang ummi abi tunggu-tunggu.Ummi tak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU. Sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna 3 hari bermalam di Az Zahra Bangi.
Bermula lah fasa ulang alik jenguk Affan & hantar susu.
24 Julai Dah Boleh Keluar Hospital
Ummi ingat anak ketiga ni senang je ummi lahirkan macam Abg Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita ?
24 Julai 2018.
Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi la makhluk Allah yang paling gembira.
Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan
30 Julai 2018.
Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan. Ada 3 biji macam tu & warna kuning. Ummi tak sedap hati. Rasa kuning Affan tinggi ke. Sebab cecair dalam tu pun warnanya kuning. Walaupun anak tiga dah, tapi takda pengalaman macam ni sebelum ni. Ummi blurr. So buat keputusan nak check kuning kat KKIA. Pegi KKIA, doctor check kuning, kuning Affan tinggi. Bacaan 312. Tapi cecair tu doctor cakap takde pape. Tapi still kena refer due to jaundice (kuning).Ummi pegi KPJ Seremban. Affan warded. Malam tu doctor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call ummi bagitau Affan ade IMPETIGO. Ummi tak pernah dengar pun penyakit apa tu. Doctor minta ummi google & baca. Doctor minta esok jumpa doctor kat Klinik Pakar.
Doktor tanya ada ke yang datang melawat Affan
31 Julai 2018
Cecair tu dah kering. Doctor terangkan apa tu impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doctor tanya ada ke yang datang melawat Affan. Mestilah ada kan. Doctor cakap mungkin dapat dari situ. Ummi abi pun terdiam. Selalu baca pasal bayi orang lain terkena jangkitan. Bila kena kat anak sendiri, sama2 terpaku. Doctor explain tak perlu risau. Doctor cuba rawat dengan sapu krim. Kalau berkesan, tak perlu on antibiotic. Ummi lega.Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan.
Affan boleh keluar dah tapi ummi macam tak berapa happy
3 Ogos 2018.
Alhamdulillah, Affan boleh keluar dah. Tapi ummi macam tak berapa happy. Sebab nampak impetigo tu still ada. Tapi doctor cakap takpe. Sapu je krim. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up.Senyum je dia eh?
Ummi rasa impetigo tu ada menyorok kat tempat lain
Muka Affan yang ummi rasa impetigo tu ada menyorok kat tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu tu benar kan. Memang Affan belum sembuh sepenuhnya.
Impetigo menyorok dalam hidung & telinga Affan
4 Ogos 2018
Dahi Affan keluar cecair penuh macam ni. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati cakap Affan tak sembuh lagi. Dan betul lah kata hati tu. Masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung & telinga Affan
Ummi berendam air mata je
Keadaan Affan masa ni buat Ummi berendam air mata je. Allahuakhbar.
Naik keruping kuning sekitar mulut Affan
Dah start naik kuping2 kuning area mulut Affan.
Terpaksa cucuk Affan dengan antibiotik
5 Ogos 2018.
Ummi dah tak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad tu ummi ajak abi pegi KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan. Doc Syed memang on call masa tu. Doc Syed minta maaf kat ummi abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotic dengan keadaan Affan macam ni. Ummi redha. Janji Affan sembuh.
Mata Affan tak boleh buka
6 Ogos 2018.
Mata Affan tak boleh bukak. Masa ni penuh kuping2 tu kat mata Affan.
Kulit Affan semua melepuh
Keadaan Affan masa hari kedua di hospital. Kulit semua melepuh. ?
Mata Affan belum boleh buka
7 Ogos 2018.
Alhamdulillah, mulut Affan dah bersih. Tinggal mata belum boleh bukak. Petang tu ada appointment dengan doctor pakar kulit.
Affan kena Scalded Skin Syndrome
8 Ogos 2018.
Baju memang tak boleh pakai. Tapi Alhamdulillah, Affan makin positif. Kulit makin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ni Affan kena tambah lagi 1 jenis antibiotic lepas doc diagnos Affan Scalded Skin Syndrome ?
Affan makin pulih
Alhamdulillah Affan semakin pulih. Ummi pon makin happy ?
Kelengkang & punggung Affan yang masih luka
9 Ogos 2018.
Muka Affan dan bersih, mata dah boleh bukak. Masa ni tinggal kelengkang & punggung Affan yang masih luka.
Alhamdulillah…
Sikit demi sikit ganti kulit baru
Tinggal badan je menggelupas sikit demi sikit ganti kulit baru
Dah boleh pakai baju
Affan dan boleh pakai baju. Alhamdulillah ?
Affan dah boleh keluar hospital
12 Ogos 2018.
Alhamdulillah Affan dah boleh keluar hospital. Ummi abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan & badan je nak salin kulit baru.
Alhamdulillah, Affan dah 45 hari
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesembuhan kat Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan. Alhamdulillah, Affan dah 45 hari.
Affan kena kuat macam Ummi Abi ❤️
Affan dah sihat
Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga2 wahai ibu ayah sekalian. Takpelah kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Takpelah kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir, antibodi nya tak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa2 pun.
Saya sebelum ni banyak baca cerita pasal orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, rasa bersalah sangat kat Affan. Allahuakhbar, terima kasih di atas kesembuhan yang Kau Berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga hero-hero ummi abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.
#UmarAlBaihaqi
#UwaisAlQarni
#UthmanAlAffan
Sumber: Mazne Aznan