Nampak macam masak kicap tapi bukan ya. Ini adalah daging goreng basah atau dipanggil juga daging goreng berlengas.
Basah dan berlengas kerana kombinasi sos membuatkannya jadi seperti berkuah dan sedap sungguh. Paling best, cara membuatnya pun mudah sangat. Makan lauk ini ulam timun pun dah cukup.
Cara buat daging goreng basah
Bahan-bahan
800 gm daging, daging lemak dan daging urat
3 sb kunyit serbuk
3 sb pes cili Maepranom (boleh juga guna cili boh)
2 sb kicap
1 sb sos tiram
3 sb sos cili dan sos tomato
2 sb sos ikan
Garam dan perasa ( secukup rasa)
1/2 keping gula nisan
1 biji limau nipis
Bahan sayur sayuran
Ads
6 biji cili padi merah dan hijau
2 biji bawang Holland
Lada solok dan lobak merah jika suka
Cara memasak
1. Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata.
Ads
2. Kemudian goreng daging dengan minyak dan api perlahan. Gaul sebati.
3. Masukkan pes cili, gaul rata. Masukkan air dan masak daging sampai empuk.
4. Selepas daging empuk masukkan semua jenis sos dan kicap, gula nisan kemudian goreng sampai masak.
5. Masukkan sayur dan goreng sampai sedikit layu. Masukkan perasa dan perah sedikit limau nipis. Kacau sebati kemudian boleh matikan api. Siap!
Hidangan laut ini memang selalu kita beli, biasanya kepala dan kulit udang ini kita buang.
Tapi kalau ada bercucuk tanam di rumah, sebaiknya simpan sisa udang ini kerana boleh jadi baja power untuk tanaman.
Caranya dikongsi oleh Azuan Abdullah. Menurut beliau baja kepala dan kulit udang ini boleh menguatkan pokok selain cepat merawat pokok yang terkena serangan perosak.
Cara buat ‘baja power’ untuk tanaman guna kepala/kulit udang
Bila siang udang, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power untuk tanaman. Ada 3 cara nak buat baja menggunakan kepala dan kulit udang ini.
1. Paling mudah rebus
Paling mudah, kita rebus kepala udang hingga mendidih. Kemudian biarkan sejuk. Toskan airnya. Air ini boleh siram terus atau nak simpan pun boleh.
Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram kena buat pencairan dulu ya.
Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah. Kalau nak simpan, kena sangai/jemur bagi ia jadi rapuh dulu. Kemudian tumbuk atau kisar. Boleh simpan lama buat begini.
2. Keringkan
Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang. Sebaliknya sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Kemudian tumbuk atau kisar. Cara ini lagi power dari cara nombor 1.
3. Peram dengan gula merah, paling power
Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos hingga air kering. Kemudian peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambil airnya sahaja.
Untuk penggunaan kena tambah air, 2-5 ml untuk 1 liter air baja bergantung pada umur pokok
Air baja ini memang padu buat semburan pada pokok. Pokok cili yang disembur air ini akan punya antibodi yang kuat. Bukan pokok cili saja tapi boleh guna pada semua jenis pokok.
Musim cuti sekolah ni ramailah anak-anak lelaki yang berkhatan. Ibu bapa pun ramai yang mengambil cuti untuk menjaga anak.
Bagi ibu bapa yang kali pertama menjaga anak yang berkhatan mungkin sedikit keliru dengan bermacam-macam tip yang dikongsi, tambah suspen bila ada yang bercerita tentang anak bentan selepas khatan kerana tidak dijaga dengan betul.
Walau ada macam-macam tip yang didengar tapi paling elok ambil dari pakar. Antaranya boleh ikut tip yang diberikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi cara penjagaan betul agar luka khatan tak bernanah dan anak cepat sembuh.
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh. Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1.Jangan biar lebih 72 jam
Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
– Jangkitan/nanah
– Bengkak/bentan
– Jahitan terbuka
– Keruping melekat pada balutan
2. Cuci 2-3 hari sekali
Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
– Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
– Cuci luka dengan normal saline
– Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
– Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.
3. Ubat doktor
Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
– Tahan sakit: diambil bila perlu
– Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
– Ubat cucian: lazimnya normal saline
– Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Jika anak mengadu ngilu
Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakaian longgar
Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Boleh berjalan
Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya
Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan
Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka akan sembuh 10-14 hari
Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
– Sakit/bengkak melampau
– Nanah yang banyak
– Demam tinggi
– Tak boleh kencing
10. Bawa untuk rawatan susulan
Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
– Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
– Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
– Gam: tak perlu jumpa doktor semula
– Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...