Adik beradik ramai tapi semua dah ada rumah sendiri di bandar. Ada seorang saja yang bermastautin di kampung dan tinggal di rumah pusaka.
Yang seorang ini hajat nak renovate rumah pusaka dan duduk terus di situ. Awalnya bila tanya adik beradik lain semua setuju tiada masalah jika mahu mengubah suai dan duduk di situ. Tapi alih-alih bila rumah pusaka usang dah jadi cantik ada pulak adik beradik lain menuntut.
Ini situasi yang memang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi apa nak buat bila ini berlaku pada kita. Perkongsian daripada peguam Allahyarham SALKUKHAIRI ABD SUKOR boleh dijadikan panduan.
DAH KELUAR MODAL BAIKI RUMAH PUSAKA, TIBA-TIBA ADA WARIS NAK TUNTUT BALIK RUMAH TERSEBUT. APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?
Kerap juga berlaku keadaan ini dalam masyarakat kita. Seseorang telah keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk baiki rumah pusaka peninggalan datuk/ ayah beliau.
Foto: Wikipedia
Permulaannya tidak timbul masalah. Bahkan semua waris bersetuju secara lisan dan membenarkan dia untuk baiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.Tetapi setelah lihat rumah itu semakin cantik, maka mulalah ada dalam kalangan waris yang menuntut hak mereka.
Jika keadaan di atas berlaku kepada anda, apakah tindakan yang patut anda lakukan?
Ads
1. Kena ada persetujuan bertulis semua waris
Dalam kes di atas, sepatutnya sebelum seseorang membuat sebarang renovasi terhadap rumah pusaka dan bercadang untuk tinggal di rumah tersebut, dia perlulah mendapatkan PERSETUJUAN BERTULIS daripada kesemua waris.
2. Perlu ada surat perjanjian
Perlu ada satu perjanjian hitam putih yang sah antara dia dengan semua waris yang menyatakan waris-waris membenarkan dia baiki dan tinggal di rumah tersebut.
3. Waris tetap ada hak
Pun begitu perlu diingatkan, walau apapun kebenaran yang telah diberikan, dari segi perundangan, memandangkan nama semua waris-waris masih lagi ada di dalam geran dan didaftarkan sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut, maka mereka tetap mempunyai hak terhadap pemilikan tanah dan rumah yang ada di atas tanah tersebut.
4. Perjanjian tak hilang hak waris lain
Perjanjian dan kebenaran yang diberikan tidak akan menjadikan waris-waris tadi hilang hak mereka sepenuhnya sebagai pemilik terhadap tanah dan rumah tersebut.
Ads
5. Seeloknya berunding
Sebab itu saya lebih suka sekiranya seseorang benar-benar mahukan rumah pusaka peninggalan si mati, dia perlulah berunding dengan waris-waris untuk memindah milikkan tanah tersebut kepadanya sama ada melalui balasan kasih sayang atau secara jual beli.
6. Dengan cara sedemikian, hak dan kepentingannya akan dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Saya fikir itu cara yang lebih selamat.
Jika waris menuntut, apa tindakan undang-undang boleh diambil
-Namun, jika perkara itu telah berlaku, apakah anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut?
-Secara umumnya, anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut. Namun anda perlulah membuktikan bahawa anda telah mendapat kebenaran bertulis daripada semua waris untuk membaiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.
Ads
– Cuma yang jadi masalahnya adalah, apabila tiada persetujuan bertulis antara anda dan waris-waris. Yang ada sekadar kebenaran lisan sahaja.
– Namun, sekiranya anda dapat mengemukakan saksi-saksi yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan anda tersebut, mahkamah mungkin boleh membenarkan tuntutan anda itu.
– Pun begitu sebagaimana yang saya nyatakan tadi ia tidak akan menafikan hak waris waris tadi terhadap tanah tersebut kerana nama mereka masih didaftarkan sebagai pemilik berdaftar yang diiktiraf oleh undang-undang, sedangkan anda hanyalah mempunyai hak benefisial sahaja terhadap tanah dan rumah tersebut.
– Apapun terpulang kepada kebijaksanaan peguam peguam kedua dua belah pihak untuk berhujah di mahkamah dari segi undang-undang dan tanpa mengenepikan elemen-elemen ekuiti dan kontrak lisan yang wujud dalam kes tersebut.
– Keputusan akhir terpulang kepada hakim mahkamah yang bijaksana untuk memutuskannya.
Sejak minggu lalu isu Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) banyak diperkatakan. Ia berikutan sistem tersebut dikatakan tidak dapat mengesan kereta pengguna yang melalui tol di beberapa laluan. Akibatnya berlaku kesesakan di lebuh raya.
Pada masa yang sama ramai juga netizen prihatin turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan sistem ini termasuk juga cara betul memasang tag RFID pada kereta yang dikatakan mempengaruhi kelancaran laluan di tol.
Antara yang berkongsi info tersebut adalah, Solihin Razali. Memasang tag RFID bersebelahan dengan nombor plat katanya melalui pengalaman beliau ia lebih mudah dikesan.
Bukan dipasang sendiri tapi tag itu dipasang oleh pekerja tol di mana ia diuji terus dengan menggunakan pengimbas RFID manual.
Pasang tag RFID di bahagian ini
RFID pasang di tol, diorang test guna scanner RFID manual:
Pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi).
Pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)
End up diorg pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula-mula ragu-ragu jugak, boleh detect ke tidak ni.
Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling BEST adalah palang buka lebih awal.
Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!
Tiba tiba keadaan sekeliling kita rasa seperti berpusing hingga menyebabkan kita sendiri rasa tidak stabil dan terhuyung hayang.
Ramai antara kita pernah mengalami keadaan yang dipanggil vertigo ini.
Vertigo adalah bila seorang yang merasakan pandangan di sekitarnya berpusing-pusing dan dia juga merasakan dirinya berpusing walaupun sebenarnya tidak bergerak pun.
Pada masa yang sama pesakit mungkin akan berasa loya, nak muntah dan jalan melelong. Ada juga yang tidak boleh menggerakkan kepala kerana akan menyebabkan rasa berpusing.
Biasanya kalau ke klinik, doktor akan memberi ubat dan kita akan perlu menunggu ia hilang sendiri yang mungkin memakan masa berhari-hari.
Tapi baru-baru ini Dr Noordin Darus telah berkongsi 2 pergerakan yang boleh membantu mengatasi masalah Vertigo. Memandangkan ia biasa berlaku jadi ada baiknya kita ketahui teknik ini.
Gerakan 1 – tunduk, sujud 45 darjah
1. Lakukan gerakan ini atas lantai. 2. Tegakkan separuh badan dengan lutut di lantai.
2. Dongak kepala selama 30 saat kemudian dengan cepat turunkan kepala seakan bersujud di lantai. Bahagian kepala kalau boleh hendaklah dekat dengan lutut. Kekal dalam posisi ini selama 30 saat.
3. Selepas 30 saat, dalam posisi kepala di lantai pusingkan kepala 45 darjah ke kiri (sekiranya vertigo di sebelah kiri). Biar selama 30 saat
4. Kemudian bangun separuh badan dalam keadaan kepala masih lagi teleng ke kiri 45 darjah. Biar 30 saat.
5. Seterusnya luruskan kepala ke depan. Rehat dalam 15 minit jika masih ada ulang balik gerakan tadi, paling banyak 5 kali.
Gerakan 2 – Baring, pusing 45 darjah bangun
1.Gerakan ini perlu dilakukan di atas katil. Luruskan kaki kemudian adjust kedudukan untuk memastikan tubuh baring dalalam keadaan kepala tergantung di hujung katil.
2. Bangun dan pandang lurus ke depan kemudian turun kepala dengan cepat. Ketika berbaring bahagian kepala akan teroleng di tepi katil. Pusing kepala ke kiri 45 darjah dan biar 30 saat.
3. Selepas itu bangun separuh badan dengan mengekalkan keadaan kepala yang serong ke kiri 45 darjah. Biarkan 30 saat
Kemudian pandang ke depan. Sekiranya pening sudah tiada bolehlah bangun.
Ramai yang berjaya tanam pokok tomato terutama tomato ceri, tapi tak sempat besar. Baru membesar tak sempat berbuah dah layu dan mati.
Ini kerana pokok tomato ini perlu penjagaan secara rutin barulah tanaman ini subur dan mengeluarkan hasil yang lewat.
Berpengalaman menanam pokok tomato sebelum ini MYsarah Mk berkongsi tip yang dilakukan termasuk petua jentik bunga untuk bantu pokok berbuah.
Ujarnya ini pokok yang ditanam sebelum ini dan bertahan hampir 9 bulan, serta mengeluarkan hampir 100 biji buah tomato ceri.
Pengalaman tanam pokok tomato, cara penjagaan & petua
1. Pokok tomato perlukan sokongan sebab batangnya lembut (contoh : ikat pada kayu pancang/pagar)
2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas (ini paling penting). Saya pernah cuba tanam dua kali sebelum ini tapi tanpa teduhan dan tak berapa menjadi.
3. Pendebungaan : Perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.
4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato cepat layu kalau panas & jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam & Ezigrow.
5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.
6. Buah perlu balut kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.
7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...