Hadiah paling manis pada momen yang paling bahagia. Mungkin inilah yang dirasakan oleh Lan Pet pet dan isteri Ruby Che Wan apabila pasangan ini mendapat panggilan haji pada hari ulang tahun perkahwinan ke-11.
Perkara itu diluahkan oleh pelawak ini dalam status di instagramnya semalam sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu.
Lan Pet-pet bersama isteri yang kemungkinan besar sudah pun sampai di tanah suci meluahkan rasa syukur serta mengambil peluang memohon kemaafan selain berdoa agar mereka dikurniakan haji Mabrur
Alhamdulillah… Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.
Di kesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami…
Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yg sempurna dan kekuatan Rohani dan Jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah swt.
Ads
Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan utk Seluruh Umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yg belum menunaikan Haji pd thn akan dtg insya Allah.
Labaikallah …
Ads
Status tersebut mendapat reaksi dari netizen yang mendoakan kesihatan serta kelancaran ibadah haji Lan Pet Pet serta isteri yang juga adik kepada pelakon Rozita Che Wan.
Kebelakangan ini ramai ibu bapa Melayu, menghantar anak mereka bersekolah di sekolah Cina. Walau mungkin akan berdepan masalah kerana berlainan bahasa, kaum tapi mereka merasakan ada kelebihan tersendiri bila anak mendapat pendidikan di sini.
Salah seorang dari ibu yang memilih cara ini adalah FaraWahida Dzulkifli. Bagi ibu bapa yang berhajat melalui perkara sama boleh baca perkongsian beliau.
Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Cina or SJKC mesti korang rasa apa yang Sis Fa rasa kan?
First thing first. Kenapa Sis Fa nak hantar anak ke sekolah Cina ya?
Zaman Sis Fa muda dahulu Sis Fa lebih ramai kawan yang berbangsa Cina. Oleh itu Sis Fa memang bertekad untuk menghantar anak Sis Fa untuk mempelajari bahasa Cina. Sis Fa memang tidak tahu berbahasa Cina langsung.
Dari pengalaman Sis Fa lah lagi banyak pertuturan bahasa yang kita kuasai, lebih cerah dan lebih mudah untuk kita di masa hadapan.
Hebat bukan jika anak kita boleh berkomunikasi/ menguasai Bahasa Cina dengan fasih?
Bermula seawal umur anak Sis Fa empat tahun Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke tadika Cina sehinggalah umurnya 6 tahun.
Tahun 2017 adalah tahun pertama anak Sis Fa menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Nervous dan macam- macam perasaan ada tapi Sis Fa memang dah tekad untuk meneruskan pengajian anak Sis Fa ke sekolah Cina.
Tahun 2018 ini adalah tahun kedua. Alhamdulillah Sis Fa tetap teruskan. So far semua nya ok cuma biasalah kita sebagai ibu mesti risau kan jika anak kita susah dan masih tak dapat menguasai Bahasa Cina dengan baik.
Dilema yang dihadapi
Berikut adalah 9 dilema yang Sis Fa hadapi sepanjang dua tahun menghantar anak Sis Fa ke sekolah Cina / SJKC:
1) Bahasa/ Pertuturan Bahasa dan Pertuturan mereka di sekolah semestinya Bahasa Cina sahaja. Risau juga nanti kalau anak Sis Fa terlupa pula bahasa Ibunda dia…KihKihKih
2) Pembelajaran Semua subjek Pembelajaran mereka adalah dalam bahasa Cina kecuali BM, BI dan Agama. Pening juga tengok buku-buku sekolah anak Sis Fa.
3) Makanan/ Minuman Sis Fa tidak menggalakkan anak Sis Fa untuk membeli di kantin sekolah. Lagi pun katanya tidak sempat sebab kena beratur panjang. Waktu rehat pula singkat kerana masa inilah mereka hendak makan lah, hendak ke tandas lah. Mesti bawa bekal setiap hari dari rumah.
4) Kawan/ Pergaulan Anak Sis Fa lebih cenderung berkawan dengan murid Cina. Ada juga kawan lain yang berbangsa Melayu dan India. Biasalah anak Sis Fa suka berkawan dengan semua orang… Macam Sis Fa juga!
5) Belajar Agama Setiap hari ada pelajaran agama tetapi result tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke kelas KAFA setiap hari kecuali Hari Rabu.
6) Kelas Tambahan Sangat perlu sebab tidak ada seorang pun di rumah yang boleh mengajar dalam bahasa Cina. Kalau ada kerja rumah yang tidak sempat buat atau terlupa bawa, biasanya Sis Fa akan cuba bantu dengan menggunakan ‘Google Translator’ atau pun meminta tolong kawan-kawan Sis Fa yang berbangsa Cina.
7) Mengaji Belajar mengaji di rumah sahaja buat sementara waktu. Kadang sempat kadang tidak sempat pun.
8 ) Hari Sukan /Mesyuarat PIBG Biasanya mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Sepatah pun Sis Fa tidak faham. Biasanya orang sebelah akan jadi ‘translator’ lah.
9) Buku Masalah buku banyak dan beg berat… Kadang-kadang kesiankan… Tapi hendak buat macamana.. Anak Sis Fa pun suka bawa semua buku ke sekolah…Hahaha…
Okla habis dah bebelan Sis Fa harini…
Ada tidak IbuBapa yang mempunyai delima macam Sis Fa ini ya?
Doakan semoga dipermudahkan urusan Sis Fa dan anak Sis Fa untuk meneruskan pengajian di Sekolah Cina / SJKC dan juga para ibubapa yang juga menghantar anak-anak ke Sekolah Cina / SJKC ya. Amin.
Sebaknya hati membaca perkongsian daripada lelaki bernama Mohd Armin. Catatannya ringkas namun yang meruntun kalbu ramai netizen adalah luahan isterinya yang juga pesakit kanser melalui Whats App.
Memohon agar suami redha, dia ‘pergi’ dahulu, status ini tular di laman sosial hari ini selepas isteri tercinta Nor Azlin pergi menghadap Ilahi setelah beberapa lama bertarung melawan penyakit kanser.
Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu. Berehatlah permaisuri hatiku.
Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.
Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.
Anak lepas rindu bertemu ibu di hospital
Lebih menyentuh hati netizen bila melihat status sebelum ini yang merakam beberapa gambar dan video anak-anak melepaskan rindu bertemu arwah ibu mereka di hospital.
VK sendiri tak sanggup melihat semua video yang dikongsi Mohd Armin. Hati terlalu sebak, kerana tak boleh membayangkan betapa sedihnya hati anak yang kehilangan ibu pada usia yang masih kecil.
Sama sama kita doakan semoga roh Nor Azlin ditempatkan di penghuni syurga dan semoga urusan Mohd Armin menjaga anak-anak mereka dipermudahkan.
Sebelum ini Perdana Menteri Kanada jadi tumpuan dunia kerana parasnya yang ‘elok’. Namun yang terkini jadi perhatian adalah Presiden baru Perancis, Emmanuel Macron.
Bukan saja kerana wajahnya yang hensem, usia yang muda, 40 tahun, tapi kerana kehidupannya peribadinya yang menarik.
Sejak 12 tahun lalu dia kekal bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Brigitte Trogneux kini berumur 65 tahun. Beza usia antara mereka adalah 25 tahun!
Wanita pilihannya ini adalah guru yang pernah mengajarnya di sekolah. Ketika itu ramai menyangka dia bercinta dengan anak Briggite yang juga teman sekelasnya.
Akan tetapi hakikatnya tidak begitu. Emmanuel dikatakan sudah jatuh cinta dengan Briggite sejak usia 16 tahun lagi.
Namun ketika mengetahui perkara itu ibu dan ayah Emmanuel meminta Brigitte menjauhi anak mereka sehingga usia 18 tahun.
Yakin bahawa wanita itu adalah jodohnya, pada usia 17 tahun lagi Emmanuel memberitahu dia akan mengahwininya dan 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 dia memenuhi janjinya.
Mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, pasangan ini memang dilihat seperti mak dan anak malah ibu Emmanuel sendiri melihat Brigitte lebih sebagai teman dari menantu.
Bagaimanapun pasangan ini tidak mempedulikan kata-kata negatif terutama tentang perbezaan usia mereka. Mereka bahagia kerana saling mencintai.
Kehidupan peribadi Emmanuel yang menarik ini juga menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin sehinggalah beliau dia diisytiharkan sebagai presiden Perancis awal tahun ini.
Brigitte mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai guru selepas Emmanuel bergelar menteri dan menjadi penasihat yang paling dipercayai.
Sentiasa dilihat mesra dengan isteri, Emmanuel bahagia dengan kehidupan bersama tiga anak dan tujuh cucu tirinya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...