
Isi Kandungan
Toggle
Bakul baju di rumah jarang tak penuh. Biasanya berat sampai susah diangkat. Kalau isteri selalu mengadu masalah ini apa kata buatkan bakul beroda ini.
Modal cuma pita pelekat double sided dan roda (boleh beli di kedai Eco atau hardware).
Idea untuk bakul beroda boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Saiful Hifzudeen yang dihasilkan untuk isterinya. Selain untuk baju, bakul ini boleh untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk barang dapur.
Barang yang diperlukan
Langkah 1 – Lekat pita pelekat pada bahagian bawah bakul untuk diletakkan roda.
Langkah 2 – Lekatkan roda.
Langkah 3 – Biarkan seketika sebelum guna.
Dah siap
Sumber: Saiful Hifzudeen
Cara Buat Nasi Goreng Cina Yang Mudah & Sedap Sangat!

Antara nasi goreng kegemaran ramai terutamanya anak-anak adalah nasi goreng Cina. Cuma tak semua mahir buat nasi goreng ini.
Bagi yang nak cuba buat sendiri di rumah nasi goreng Cina ini boleh ikut perkongsian Har Ryea. Menu ini katanya jadi kegemaran anak-anak kerana tak pedas. Cara membuatnya juga ringkas tapi sedap sangat.
Cara buat nasi goreng Cina yang mudah
Bahan-bahan
Nasi
Bawang putih – 5 ulas besar (ketuk dan cincang halus)
Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 atau 3 sdb
Minyak Bijan – 1 atau 2 sdb
Udang Segar
Telur – 4 atau 5 biji
Sayur campur – 1 mangkuk
INFO : Kuantiti bahan bergantung pada kuantiti nasi yang digunakan. Jika banyak lebihkan bahan-bahan.
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit supaya telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi.
4. Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.
5. Taburkan Maggi Cukup Rasa, kacau sekejap.
6. Masukkan minyak bijan & kacau lagi.
7. Sesuaikan rasa, boleh tambah serbuk Maggi Cukup Rasa atau minyak bijan ikut cita rasa. Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Har Ryea
Cara Masak Nasi Untuk Kurus, Waktu Nasi Menggelegak Kena Keluarkan Buih. Doktor Ini Beri Penjelasannya

Isi Kandungan
ToggleNak kurus tapi sukar hindarkan makan nasi. Ramai yang dalam kategori ini. Tapi sebenarnya boleh saja makan nasi tapi gunakan cara yang dikongsi oleh Dr Syid Ayob Al Qudri ini.
Menurut beliau jika nak kurus dalam masa yang sama mahu makan nasi kena tukar cara masak nasi. Kita kena masak nasi macam orang dulu-dulu tanpa guna rice cooker.
Kena masak nasi tanpa rice cooker, ini sebabnya
Ujar Dr Syid dalam perkongsian di akaun Tik Tok miliknya , cara masak nasi mempengaruhi berat badan. Ini kerana dalam nasi ada dua jenis kanji;
1. Kanji baik – Amylose
2. Kanji jahat – Amylopectin
Kanji baik lambat ini lambat terurai dan akan diserap dalam darah secara perlahan-lahan.
Manakala kanji jahat Amylopectin pula muda terurai (struktur bercabang-cabang dan lebih cepat dicerna dan menaikkan gula dengan cepat.
Ini menyebabkan anda mudah rasa lapar, mengantuk selepas makan, masalah rintangan hormon insulin dan leptin.
Keluarkan kanji jahat waktu nasi menggelegak
Jika nak kurus kita kena cuba buang kanji jahat ini. Macam mana ia dilakukan? Kenalah masak nasi secara trasional. Masak nasi tanpa gunakan rice cooker.
Bila nasi mendidih, sebelum kita kecilkan api kaut keluar atau buang buih buih yang ada pada atas nasi.
Kalau nak tahu dalam buih itu mengandungi Amylopectin. Buih-buih sewaktu nasi menggelegak mempunyai kandungan kanji jahat yang tinggi.
Kanji jahat ini mempunyai kemampuan mengembang dalam air panas menyebabkan buih-buuih yang banyak ketika masak nasi.
Jadi bila buih ini sudah dibuang nasi yang dimasak cuma mengandungi kanji baik iaitu Amylose yang sihat.
Jika guna rice cooker kanji jahat tak dikeluarkan
Tapi kalau masak nasi guna ricecooker walau mendidih dia akan masuk semula ke dalam nasi. Sebab kita tak buka rice cooker.
Oleh itu juga nak guna rice cooker waktu menggelegak boleh cuba keluarkan buih buih ini.
Untuk video penuh penjelasan Dr Syid Ayob boleh klik SINI
@drsyidayobSiapa perasan nasi lebih sedap bila masak dalam rice cooker? Haaa 😰😰 ##drsyid ##health♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri
Semoga bermanfaat
Tip Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Lauk sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.
Sambal bilis ini makan dengan nasi panas macam tu saja pun memang marvellous. Lauk ini juga favorite untuk buat bekal travel atau anak masuk asrama. Jika nak hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Cara Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)
Cara membuat
1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.
3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.
4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.
5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.
Boleh simpan bekas yang sesuai.
Selamat mencuba.
Sumber: Mariana Zainal.