
Kebanyakan rumah kalau tiada kabinet di bahagian dapur, almari macam ni mesti ada untuk letak dapur masak.
Bila dah lama guna keadaannya mungkin dah tak berapa nak cantik, pemegang pun ada yang tercabut walaupun keadaannya masih kukuh lagi.
Kalau rasa sayang nak buang boleh cantikkan semula atau makeover ikut idea yang dikongsi oleh Mohd Azrul ini. Terus nampak macam baru dan mahal.
Idea cantikkan almari dapur kalau sayang nak buang
Nak buang sayang, jadi kita ubah bagi dia ‘hensem’!
1. Saya beli kayu shiplap MDF saiz 2 incho di Shoppee. Klik SINI untuk beli.
2. Potong ikut saiz pintu almari kemudian gam pada pintu. Guna gam ini.
3. Bila gam dah kuat, gosok dulu kabinet guna kertas pasir sebelum cat.
4. Ini cat yang yang digunakan, jenis matte.
5. Kemudian pasang pemegang beli di Mr DIY dan spray warna gold.
Hasilnya…hensem kan!
Selamat mencuba
Sumber: Mohd Azrul
Jika Beli Buah Belum Masak Guna 3 Cara Ini Untuk Peram Supaya Buah Masak Elok

Isi Kandungan
ToggleBila pergi kedai buah untuk beli buah-buahan biasanya tak semuanya sudah masak dan boleh terus makan. Ada yang kita kena peram dulu beberapa dulu baru boleh dinikmati.
Sebab itu kita kena tahu cara peram buah yang betul, supaya boleh digunakan membeli buah yang masih muda.
Dikongsi oleh saudara Ashraf Shuib, ada tiga cara yang boleh dipraktikkan untuk peram buah. Berikut adalah perkongsian beliau.
3 cara peram buah-buahan
Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.
Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.
Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.
Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak. Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.
Ini cara yang boleh dilakukan untuk peram buah:
Cara 1: Guna beg kertas
Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.
Periksa buah yang diperam setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.
Cara 2: Letak dalam beras
Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.
Cara 3: Letak kabat
Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene,mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikuatiri boleh menjejaskan kesihatan).
Tip simpan buah masak
Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.
Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.
Sumber: Ashraf Shuib
Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul, Sejukkan. Mudah Sangat Buat Bebola Coklat Cheese Ini, Tak Perlu Bakar Pun

Isi Kandungan
ToggleNampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi bukan. Yang ini bebola kek coklat cheese ilham Iedaa Jahaya untuk anak-anaknya.
Tak guna bahan mahal sebab bahan utamanya cuma biskut Marie saja bersama coklat masakan dan cream cheese. Menarikkan! Cara membuatnya pun mudah, gaul dan sejukkan. Tak perlu bakar.
Nak cuba, ini cara membuatnya.
Bebola kek coklet bercheese dari biskut Marie
Bahan-bahan:
- 1 paket biskut Marie – perisa coklat atau asli ikut suka
- 250g cream cheese Tatura
- Coklat masakan Berlys – 2 cawan
- Gula aising secukupnya – jika mahu manis
Cara membuat
1. Kisar halus biskut Marie.
2. Gaul biskut bersama dengan krim cheese Tatura hingga sebati menjadi doh. Jika nak lebih manis boleh tambah gula aising.
3. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bebola hingga habis. Ketepikan sekejap, Tak perlu bakar ya.
4. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.
5. Ambil bebola biskut dan golekkan dalam coklat cair supaya semua bahagian diliputi coklat.
6. Boleh juga taburkan badam yang dipanggang sekejap.
7. Selepas bebola dicelup dalam coklat cair, angkat dan letak dalam paper cup. Masukkan terus dalam peti sejuk untuk keraskan coklat.
Coklat dah keras boleh terus dimakan. Untuk kuantiti bahan di atas boleh dapat 50 biji biskut.
Selamat mencuba.
Sumber: Iedaa Jahaya
Bahaya Bekerja Dalam Keadaan Duduk Lebih Enam Jam. Berisiko 2 Kali Ganda Kena Penyakit

Isi Kandungan
ToggleRamai yang bekerja depan komputer dalam keadaan duduk hampir seharian. Dengan posisi duduk yang tak betul lagilah ia menjejaskan kesihatan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.
Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri.
Risiko banyak sangat duduk
- Sakit punggung
- Ketegangan pada leher, bahu dan pinggang
- Kolesterol tinggi
Kesan segera duduk
– Pembakaran kalori menurun setiap satu minit
– Aktiviti saraf otot tidak berfungsi
– Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus
Kesan 2 Jam
– Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus

Kesan 24 Jam
– Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes
– Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya pada bahagian pinggang dan bahu
Kesan berpanjangan
– Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan ‘menggigil’.
– Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurang dan meningkatkan risiko sakit kronik
– Pembuluh darah timbul pada betis
Pencegahan
- Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.
- Buat pergerakan setiap 30 minit
- Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan.
- Lakukan latihan ringan ketika menonton seperti goyangkan kaki.
- Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap.
- Minum lebih banyak air.
- unakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri).
- Makan di luar berbanding di meja kerja.
- Tidur awal lebih baik daripada menonton.
- Monitor aktiviti harian anda, senaraikan dan tinggalkan aktiviti ‘duduk’.
Sumber: Public Health Malaysia & Photo chwc.com.au