
Isi Kandungan
Toggle
Kreatif betul idea dari Nyma Talip ni, dari sarang telur pun boleh jadi kerusi. Apa lagi boleh la cuba buat.
Waktu PKP ini kita pun memang banyak beli telur, jadi sarangnya jangan buang boleh buat kerusi tambahan untuk ruang tamu. Cara buat pun senang. Cantik pun cantik.
Langkah 1 – Susun sarang telur bertingkat, ikat dengan kuat supaya padat
Langkah 2- alas bahagian atas dengan kepingan kotak yang dipotong ikut saiz
Langkah 3 – letak span
Langkah 4 – balut kerusi dengan kain dan jahit
Langkah 5 – jahit butang sebagai hiasan
SIAP
Selamat mencuba!
Sumber: Nyma Talip
Tip Ayam Goreng Rasa Lagi Sedap Dari Biasa, Perap Sekejap Dengan 3 Bahan Ini Baru Goreng

Ayam goreng kalau nak sedap selalu buat salutan tepung. Ayam goreng jadi rangup. Tapi ada lagi satu cara yang mudah tak perlu bancuh tepung untuk buat ayam goreng yang sedap.
Caranya selain gaul dengan garam dan kunyit untuk sebelum menggoreng, tambah sikit dengan tiga bahan ini iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih.
Hasilnya ayam goreng yang digaul dengan bahan ini memang akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam. Confirm lepas cuba, kita akan tukar cara buat ayam goreng ikut stail Nurul Ateekah ini.
Cara buat ayam goreng jadi lebih sedap dari biasa
Ayam goreng memang sedap, kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam tapi saya setiap kali goreng ayam akan gaulkan sekali bahan ini;
-1 sudu besar serbuk cili
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari ikan
-Serbuk perasa 1 sudu kecil
-Garam ½ sudu kecil
-Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai ke isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar,juicy di dalam.
Saya jamin siapa yang cuba ayam goreng cara ni mesti akan rajin goreng ayam.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ateekah
Cara Buat Labu Masak Lemak, Lauk Paling Mudah. Tak Guna Bawang & Cili Tapi Tetap Sedap

Ini antara masak lemak paling senang nak buat. Tapi hasilnya punyalah sedap. Labu masak lemak ini tak boleh banyak lauk, gabung dengan ikan goreng dah mantap.
Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resepi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.
Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah
Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangn kedekut santan).
Cara membuat:
- Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya
2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.
Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Bapa Ini Kongsi DIY Penyidai Tuala Dari Batang Paip PVC. Hasilnya Kukuh & Elak Masalah Tahi Lalat Berulang!

Isi Kandungan
ToggleMungkin ada gunanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini kerana kita boleh lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.
Salah satunya adalah membuat projek DIY seperti rak untuk penyidai tuala.
Perkongsian dari Mohd Azrin Roselan yang membuat penyidai tuala ini hanya menggunakan batang paip PVC saja dan hasilnya sangat memuaskan.

Menurutnya idea tercetus kerana anak-anak tidak dapat menyangkut tuala kerana kedudukan agak tinggi. Keadaan ini menyebabkan mereka hanya menyangkut di belakang pintu.
Dan dalam keadaan lembap menyebabkan pertumbuhan tahi lalat pada tuala kerana lambat kering sebelum digunakan semula.
Penyidai Tuala Guna PVC
Bahan Diperlukan:
Ukuran saiz paip untuk buat rak dari paip PVC.

Bahagian A:
Pasang Elbow dan T join pada paip 29″.

Bahagian B:
Pasang Elbow pada T joint dengan menyambungnya dengan paip 1″.

Bahagian C:
Pasang T join paip 9″ dan paip 29″ untuk kaki rak. Kemudian pasang 4 tiang paip 35″.

Bahagian D:
Bahagian akhir dengan mencantumkan semua bahagian. Cantumkan semua bahagian dengan bahagian A + B + C.

Rak Yang Sudah Di Upgrade:
Ini pula penyidai tuala yang sudah di upgrade. Penambah baikan untuk mengurangkan tekanan pada kaki rak.

Tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.

Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29″.

Info Tambahan:
– Ramai yang bertanya samada rak sidai dari PVC ini kukuh atau tidak? Bergantung kepada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.
– Rak penyidai ini masih baik sehingga hari ini dan digunakan untuk tujuan pengeringan dan anginkan tuala basah.
Artikel berkait:
DIY Rak Almari Baju Guna PVC, Modal RM40 Saja
DIY Rak TV Bajet Sekali Pandang Macam Rak Ikea