Laman tak besar, nak bercucuk tanam tak minat, sudahnya dibiarkan sampai tumbuh lalang. Dah buang tumbuh lagi. Ramai yang macam ni.
Satu alternatif untuk elak kita buang masa dan tenaga cabut rumput atau lalang, adalah pasang rumput tiruan. Laman jadi cantik menghijau macam semula jadi dan ia boleh dilakukan sendiri. Caranya dikongsi oleh Shukor Linda.
DIY pasang rumput tiruan
Projek PKP, DIY pasang rumput tiruan. Boleh jimatkan kos, cara pemasangan tengok Youtube. Seeloknya ukur dulu keluasan tanam sebelum beli rumput.
1) Beli rumput tiruan -1 gulung saiz 2m x 25m ikut keluasan tanah. Klik SINI untuk beli.
2) Buang rumput dulu dan buang sedikit tanah merah.
Ads
3) Letak plastik hitam/pelapik bumi (beli di Shopee, klik SINI untuk beli). Tujuan letak plastik hitam ini adalah untuk elak rumput tumbuh selepas rumput tiruan diletakkan.
4) Letak pasir dan ratakan.
5) Ini laman selepas pasir yang telah diratakan.
Ads
6) Letakkan gulungan rumput yang dibeli dan ratakan.
Ads
Inilah hasilnya lepas sahaja letak rumput, letakkan gam rumput di bawah agar ia tidak akan tercabut. Ia akan melekat dengan kuat.
Pokok besar yang ada berdekatan dengan kediaman memang agak berisiko. Selalunya ia akan ditebang. Tapi masalah yang sering terjadi selepas ditebang ada anak pokok akan tumbuh kembali pada bahagian pangkal. Malah tak mustahil akan terus membesar jika tak dicantas selalu.
Bagi mengelakkan masalah ini, Uzayr Ezra berkongsi satu kaedah untuk ‘mematikan’ terus pokok besar ini. Beliau berkongsi cara tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Katanya kaedah tersebut dikongsi oleh kontraktror Majlis Bandaraya Shah Alam yang membuat kerja penebangan pokok besar sekitar kawasan perumahannya.
“Caranya dengan menggunakan chainsaw buat alur petak seperti di dalam gambar selepas menebang pokok. Sampai sekarang memang tidak ada anak pokok yang tumbuh,”terang beliau yang mendapat info tersebut selepas bertanya kepada kontraktor terbabit.
Kaedah ini menurutnya tak perlu mengggunakan racun dan lebih selamat.
Foto Nordin Anie
Dalam pada itu di bahagian komen terdapat juga yang berkongsi cara lain untuk mematikan pokok yang sudah ditebang. Antaranya dengan menyapu diesel dan menuang minyak tanah pada pangkal pokok untuk mempercepatkan pereputan. Selain boleh juga menggunakan kaedah bakar tunggul.
Stok bawang goreng memang kena sentiasa ada di rumah. Boleh tabur dalam kebanyakan hidangan sebagai penyedap rasa dan wangi.
Kalau biasa beli, apa kata cuba buat sendiri guna cara yang paling mudah, resipi asal bawang goreng orang tua-tua dulu. Tak letak garam atau tepung tapi tetap rangup dan wangi. Caranya dikongsi oleh Ahmad Salehuddin Amirwan.
Bawang goreng stail mak
Di rumah ini abang memang kena selalu ada stok bawang goreng. Sebab bila nak makan apa apa pun tabur bawang goreng ni jadi wangi saja. Disebabkan ramai yang tanya jadi abang share resepi di sini ye.
1. Mula mula kupas kulit bawang dulu, nak mudah rendam dengan air panas supaya senang kupas kulitnya.
2. Kemudian hiris bawang nipis nipis. Abang potong manual saja sebab takde alat hiris. Untuk senang boleh guna set pisau Cuoco Grade ini kerja menghiris dan memotong.
3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
4. Lepas dah kering bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan bawang. Kena rajin gaul supaya bawang masak sekata.
5. Bila dah kekuningan garing boleh angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.
Ini bawang goreng dari 2kg bawang dapat lah 1 bekas tu, kena rajin dan sabar ya nak buat ni.
Tip dari mak
Bila warna bawang dah mula kekuningan bolehlah perlahankan api gas supaya tak hitam dan hangus. Sini lah biasanya orang terlepas pandang sebab hitam bawang itu akan jadi pahit, tak sedap.
Sentiasa kacau bila dah perlahankan api sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat.
Musim hujan macam sekarang ini ramai yang risau tanaman mati dek air tapi ada juga pokok sayur yang tahan dengan hujan malah hidup subur dan cepat membesar pada waktu ini.
Jadi kalau suka bercucuk tanam boleh manfaatkan musim hujan sekarang untuk tanam sayur-sayur berikut.
5 jenis sayur yang sesuai ditanam musim hujan
1. Kangkung
Sayur ini memang hidup subur dalam cuaca lembap dan bergenang air. Hujan memang tidak akan menjejaskan pertumbuhan sayur ini malah makin cepat membesar.
2. Bayam
Anak pokok bayam yang dipindahkan pada musim hujan memang sangat sesuai untuk tumbesarannya. Air hujan akan membantu tumbesaran pokok bayam dengan lebih cepat.
3. Sawi putih
Sawi sebenarnya adalah pokok sayur yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah layu bila terkena titisan hujan walaupun secara terus menerus. Jadi sesuai sangat ditanam pada musim hujan.
4. Terung
Tanaman ini memang memerlukan banyak air, jadi menanam terung waktu musim hujan adalah waktu yang terbaik.
Walaupun memerlukan banyak air tapi bukan bermakna kita membiarkan ia bergenang dengan air. Keadaan ini boleh menyebabkan akarnya busuk.
5. Salad
Kalau nak mula bercucuk tanam di musim hujan, boleh mulakan dengan pokok salad. Sayur ini memang memerlukan banyak air, selain tak mudah layu.
INFO: Perlu diketahui antara penyakit tanaman yang selalu berlaku di musim hujan adalah akibat kulat dan bakteria. Cuaca yang lembap mempercepatkan lagi serangan kepada pokok.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...