Tempat untuk meletakkan stok bahan makanan di dapur memang cukup penting. Kena ada tak kiralah dapur kecil atau besar.
Jika tiada, memang berserabut dapur dibuatnya. Bagi yang punya dapur dengan keluasan terhad idea daripada Nur Amani Abd Rani boleh dijadikan panduan untuk mengadakan pantri ini. Hanya menggunakan dua buah rak, dan juga bekas bekas untuk meletakkan bahan makanan, pantri kecil miliknya cukup kemas dan praktikal.
DIY My Small Pantry!
PKP nak panggil tukang tak boleh, godek-godek Pinterest dapat idea guna rak Ikea saja. Jimat terokkkk.
So jadi la my small pantry area. Hari-hari kelebek ni pun dah happy. Sis suka organize barang ni, tak tidur pun tak mengapa.
Guna 2 buah rak ini saja.
Ads
Beli siap-siap bekas, balang, raga untuk letak stok barang.
Hasilnya
Bila dah letak bahan dalam bekas, barulah nampak kemas.
Ads
Bagi yang nak cuba buat barang-barang boleh beli sini.
Jelous bila dengar kawan-kawan pergi bercuti ke luar negara dengan harga tiket penerbangan yang murah. Tapi hairannya bila waktu kita nak booking tak dapat pula walaupun cuba menempah ketika promosi.
Sebenarnya nak dapat tiket murah ada trik yang kita kena ikut, boleh cuba ikut tip yang dikongsi dari
1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.
Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. Tempat Awal tapi Jangan Terlalu Awal
Jika anda ingin menempah tiket penerbangan, paling elok adalah 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan sudah pun menetapkan di dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.
Sistem juga telah menetapkan kuota yang tertentu untuk tiket penerbangan yang dijual pada harga rendah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.
Manakala, 200 penumpang seterusnya bakal mendapat harga medium, selebihnya mungkin lebih mahal.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. Bandingkan Harga, Jangan Malas
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
7. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali.
Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!
Lauk yang simple selalu buat kita makan menambah. Salah satunya adalah macam lauk ini, telur air asam. Nak buat pun senang, tak payah goreng-goreng bagai.
Lauk ini makan dengan nasi panas, ada ikan goreng pun dah mantap gabungannya. Nak buat tengah hari ni pun sempat sebab mudah sangat. Caranya dikongsi oleh Mahfuzah Aidi.
Cara buat telur air asam, lauk simple tapi sedap
1. Rebus telur dalam 5 minit (buat separuh masak lagi sedap).
2. Hiris bawang dan lada cili.
3. Buat air asam jawa.
4. Letak sikit gula n garam dan serbuk perasa (kalau suka).
5. Kemudian tuang atas telur rebus yang siap dikupas dan dibelah dua.
6. Biarkan dalam 5-10 minit supaya kuah menyerap dalam telur. Siap!
Pokok bendi, tomato, kacang panjang, terung, cili dan sebagainya antara sayuran yang selalu ditanam sekeliling rumah.
Bila dah tanam tentulah mengharapkan ia berbuah lebat untuk merasa hasilnya. Tapi ada juga yang tanam namun buahnya setakat 3-4 biji saja, sedangkan orang lain tanam punyalah meriah buah.
Antara faktor yang memainkan peranan pokok sayur berbuah lebat adalah pembajaan. Sistem pembajaan pokok sayur jenis buah ini perlulah sesuai. Tak cukup sekadar guna baja tahi ayam saja.
Sebagai panduan, nurseri Halaman Subur memberikan tip sistem pembajaan untuk dipraktikkan supaya pokok sayuran yang ditanam berbuah lebat.
Nak pokok sayur berbuah lebat, tak cukup guna baja tahi ayam saja
Ramai yang bercucuk tanam merasakan guna baja tahi ayam saja dah cukup. Tapi hakikatnya baja tahi ayam mempunyai nilai NPK yang rendah dan tidak sesuai digunakan secara berterusan.
Ini yang perlu kita faham
Pokok memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan bunga yang seterusnya akan menjadi buah.
Oleh itu, nilai K iaitu kalium atau potassium perlulah tinggi supaya buah dapat dihasilkan dalam kuantiti yang maksimum. Dalam bahasa mudahnya nak boost pokok keluar buah pada tahap maksimum.
Satu pokok terung contohnya berupaya mengeluarkan hasil lebih dari 1 kg. Untuk dapatkan 1kg terung bersaiz sederhana bukannya banyak, cukup 4-5 biji. Jadi bandingkanlah pokok yang berbuah cuma 2-3 biji baja.
Apa yang saya praktikkan, saya akan guna baja biji pada awal tanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.
Apabila pokok berbuah, saya akan selangkan pembajaan dengan menggunakan baja buah. Boleh juga guna jenis baja larut air lagi cepat nampak kesannya nanti.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...