
Tengok cicak berlari-larian di siling rumah malam hari kemudian pagi esok najisnya penuh dekat tepi tingkap memang menyakitkan hati.
Kalau dah geram apa kata kita buat perangkap cicak sendiri. Memang ada saja ubat atau perangkap cicak yang dijual tapi benda boleh buat sendiri, kita buatlah. Lagi pun mudah sangat, boleh jadi aktiviti anak beranak jugak.
Perkongsian محمد سنوسي
- Potong kotak ikut saiz yang sesuai & mudah nak letak di lokasi.
2. Double sided tape lagi lebar lagi bagus.
3. Dapat siapkan 8 set.
4. Umpan nasi & ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
5. Letak umpan kat tengah-tengah perangkap.
6. Antara lokasi yang biasa cicak dijumpai.
Hasil tangkapan malam pertama
Selamat mencuba.
Sumber: محمد سنوسي
Cara Diet Lelaki Ini Memang Mudah, Cuma Amal Minum Teh Hijau 10KG Berat Turun Dalam Masa 2 Bulan

Isi Kandungan
Toggle
Makan macam biasa tapi boleh turun 10 kg dalam masa dua bulan. Mesti ramai yang nak tahu caranya kan. Nak-nak lepas raya ni berat badan pun dah naik.
Dan cara dia kuruskan badan punyalah mudah dan itulah juga sebabnya posting saudara Harith Faisal ini jadi viral sebelum ini .
Mendapat lebih 13 ribu perkongsian di Facebook selepas dia memuat naik status berkongsi cara dietnya, salah satu yang perkara paling menarik menjadi amalannya adalah minum teh hijau.
Selain diet rendah kalori amalan ini dikatakan sangat membantu dia menurunkan berat badan. Jom ikut perkongsian saudara Harith Faizal.
Sepanjang 2 bulan ini yang diamalkan
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
1. Dapat berikan tenaga.
2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
3. Dapat tingkatkan metabolisma.
4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.
Silalah cari teh hijau
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takda gula, takda susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)
2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Sebelum ni hari-hari cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak. Lantaklah.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Sumber : Harith Faisal
Hanya Amalkan Satu Menu Detoks Ini Dr. Soo Wincci Berjaya Turun 4KG Seminggu

Isi Kandungan
Toggle
Walau pun nampak macam dah langsing tapi rupanya Dr Soo Wincci masih berhajat mahu menurunkan berat badannya.
Melalui perkongsiannya di instagram dia menggunakan kaedah detoks paling mudah untuk mencapai misi tahun barunya itu.
Dengan mengamalkan hanya satu jenis hidangan detoks yang cukup jimat dia sudah berjaya menurunkan 4kg dalam satu minggu.
Menu detoks mudah
Menurut Dr Soo Wincci menu detoks yang dikongsi cukup mudah. Setiap hari dia akan mengambil :
1. Teh Kunyit, Kayu Manis
2. Kopi
3. Telur Rebus
4. Kacang kuda
5. Oren.
Cara amalan
- Pesan Dr Soo pastikan kopi, teh yang diambil adalah tanpa gula. Menu detoks ini boleh campurkan dengan sayuran.
- Amal makanan ini 2 atau tiga kali sehari. Tapi pastikan ia tidak lebih dari seminggu.Terus amalkan teh kunyit, kayu manis.
- Ujarnya walau pun tanpa senaman, detoks ini akan membantu menurunkan 3-4kg seminggu.
Sumber:dr.soowincci
Kaedah Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu. Tak Perlu Siram, Tapi Hasilnya Manis Sangat

Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya.
Malah ia antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.
Cara tanam nanas MD2 dalam pasu
Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Artikel berkait: Cara Tanam Nenas Guna Belahan Jambul, Rupanya Satu Jambul Boleh Dapat 4 Anak Pokok
Sebelum tanam, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gambar di bawah;
Sebelum buang akar
Selepas buang akar
Lepas tanam, saya tak siram pun. Dengan keadaan musim sekarang, memadai dengan air hujan dan embun sahaja.
Pembajaan saya akan start letak lepas 45 – 50 hari lepas tanam . 100% akan guna baja npk larut air. Caranya siram atau spray di tengah tengah pucuk.
Lagi 9 hingga 10 bulan boleh nikmati hasil macam ni. Nanas MD2 ini manisnya memang tak boleh bincang.
Sumber: Azuan Abdullah