Pakaian yang ada di rumah kalau tiada tempat yang khusus memang akan buat rumah atau bilik nampak serabut. Sebaiknya ada almari baju supaya kemas.
Tapi kalau masih tiada bajet untuk beli almari atau kabinet pakaian boleh buat kaedah DIY seperti perkongsian Juria Sidek untuk memastikan kain baju kemas.
Caranya hanya menggunakan bakul plastik sebagai rak baju. Mesti ramai tak terfikirkan.
Rak baju bajet dari bakul plastik
Bahan-bahan
Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)
Ads
2. Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.
3. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.
Ads
4. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.
5. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak.
Gulai kuning ada macam macam versi, yang ini dari Kelantan. Memang sedap, boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan tengah hari juga.
Hidang dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun. Menyakut molek, bak kata orang Kelantan. Nak makan dengan nasi dagang pun boleh.
Kalau orang yang dari negeri lain nak cuba pun boleh, ikut saja perkongsian Azizah Daud.
Sebelum baca resipi, jom tengok periuk nasi best ni brand Primada Microcomputer Rice Cooker , siap dapat freegift dan berbaloi untuk beli.
Cara buat gulai ikan tongkol stail Kelantan
Suka tak gulai lemak kunyit lengkuas kelantan? Hari ni kita masak lauk ni ‘gu’ dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun dan ikan goreng. Menyakut molek!
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol sederhana besar -potong
1/2 kilo santan pekat
Cili merah hijau dan cili padi
Bahan kisar
10 biji cili kering
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara membuat:
1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masuk juga garam dan gula secukup rasa.
2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).
3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air sewaktu blend. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuahnya tak cantik.
4. Apabila santan tadi dah mendidih, naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.
5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan sekali. Bia mereneh lagi hingga naik minyak dan berkilat.
6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh makin cantik kuahnya.
Bagi yang memelihara kucing selalunya akan berada dalam dilema bila terpaksa tinggalkan anak bulus kesayangan jika bercuti.
Bukan tak mahu letak di boarding/ hotel kucing tapi risau sebab selalu dengar pengalaman tak enak bila kucing ditinggalkan di situ. Nak bawa sekali kereta tak muat dan perjalanan jauh.
Sudahnya terpaksa tinggalkan di rumah kerana itu saja pilihan yang ada. Bagi yang berdepan situasi ini berikut adalah tip penjagaan kucing jika ditinggalkan di rumah tanpa penjaga selama bercuti.
Tip dikongsi oleh Masriah Mohsian dari Facebook Pencinta Kucing & Tip Penjagaan Kucing. Ini yang beliau praktikkan ketika meninggalkan 5 ekor kucing peliharaannya di dalam rumah selama 5 hari. Selepas pulang katanya semua ok-ok belaka dan makanan pun masih ada.
Tip tinggal kucing 5 ekor kucing di rumah selama 5 hari
Foto: Facebook Pencinta Kucing Tip Penjagaan Kucing
Saya pernah tinggalkan 5 kucing saya di rumah selama 5 hari. Lepas 5 hari Alhamdulillah mereka okay. Tip saya;
1. PASIR
Saya guna 3 bekas pasir saiz Jumbo besar, isi pasir banyak dan tinggi. Elok juga letak beberapa bekas pasir dan letak di lokasi berbeza dalam rumah. Klik SINI untuk beli litter box di Shopee
2. AIR
Jadi saya guna 3 bekas besar untuk letak air (ada jual kt kedai), isi air mineral siap-siap dalam bekas dan letak di 3 tempat berlainan dalam rumah.
Kucing saya kerap habiskan air. Jadi saya offkan filter air sebab bahaya kalau filter berterusan on dalam keadaan air dah habis. Klik SINI untuk beli bekas air/makanan kucing di Shopee.
3. KIBBLES
Saya guna satu mesin Auto Filter food & 2 pot filler manual (jenis kibbles turun sendiri). Isi kibbles banyak-banyak dalam semua bekas ini dan letak di 3 tempat berlainan juga.
4. MAINAN
Letak beberapa mainan & bebarapa tempat scratch supaya mereka tak bosan.
5. KIPAS & LAMPU
Saya off semua kipas & lampu, sebab risau jika elektrik dipasang berterusan ketika kita tiada di dalam rumah.
6. BEBAS DALAM RUMAH
Saya tak letak kucing dalam cage. Mereka semua bebas di dalam rumah bermain. Risau kalau letak dalam cage nanti mereka stress berhari-hari.
Ini saja tip saya guna. Bila balik sampi rumah, semua okay. Makanan & air masih ada juga.
Tip ekstra
– Pastikan barang kaca, peralatan elektrik disimpan elok supaya tak berlaku kejadian barang pecah atau jatuh ketika kucing bermain.
– Tutup semua pintu bilik biarkan mereka bebas dalam ruang tertentu saja.
– Boleh juga beli CCTV, untuk lihat keadaan bos yang ditinggalkan. Boleh pilih CCTV dengan fungsi suara supaya anda boleh memanggilnya.
Sekarang musim durian, selain makan begitu saja ia juga sedap dimakan bersama pulut tanak dan kuah santan.
Cumanya bila buat pulut tanak ini ada yang berdepan masalah pulut keras, patah dan melekat pada periuk.
Untuk hasilkan pulut tanak yang cantik, tak patah dan berkerak ada tekniknya. Bagi yang belum mahir boleh guna cara yang dikongsi Naimah Kasim.
Teknik masak pulut tanak supaya menjadi cantik, tak patah
1. Basuh beras pulut, (tak perlu rendam).
2. Letakkan air dalam periuk macam masak nasi, lebih pun tak mengapa.
3. Biarkan mendidih, jangan kacau langsung supaya pulut tak hancur.
4. Bila dah mendidih kuat, perlahankan api dan keluarkan air tadi hingga tinggal sikit saja (paras atas sikit saja dari pulut). Tutup periuk dan guna api perlahan.
5. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik dan tak patah.
Pulut tanak ini boleh dimakan bersama durian ataupun mangga.
Cara buat kuah santan
– Masak santan atas api yang perlahan. Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
– Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
INFO: Cara orang tua masak kuah santan dulu-duly guna santan segar dari kelapa yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...