
Rumah kampung lama selalunya dibina tanpa siling. Kebiasaannya kita akan tambah kemudian hari bila ada bajet.
Jika ketika ini ada yang bercadang nak buat siling di rumah kampung perkongsian Shamsul Nizam boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi hasil DIY siling bilik rumah kampung menggunakan besi batten. Hasilnya kemas dan cantik.
DIY siling rumah kampung guna besi batten
Cuma nak share siap DIY siling bilik rumah kampung guna besi batten
Luas 11×12
Besi batten
Siling 2×4
Spray hitam diy
Rivet
Alhamdulillah kepuasan hasil tangan sendiri
Fitting setiap siling. Saya rivet pada semua cantuman besi melintang & menegak. Bagi kukuh & kemas
Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support. Spray warna hitam separuh.
Siling siap dicat warna putih untuk finishing supaya berseri dengan frame hitam.
Cuma tolak atas & alih ke tepi untuk buka siling. Buka ini sebab nak tukar batang kipas panjang sikit.
Semoga bermanfaat
Sumber: Shamsul Nizam
Klik SINI untuk beli besi batten di Shopee
Klik SINI untuk beli papan siling di Shopee
Tip Lembutkan Semula Kulit Popia Yang Keras & Kering. Jangan Buang!

Selalunya kulit popia yang kita letak dalam freezer akan jadi keras kejung dan kering bila dikeluarkan jika kita simpan agak lama.
Bila jadi begitu kita anggap kulit popia keras ini dah tak boleh guna dan kita buang walaupun elok lagi.
Ruginya kita buang selama ni, sebab sebenarnya kulit popia yang kering serta keras ini boleh kita lembutkan semula dan guna kembali macam biasa. Caranya dikongsi oleh Bee Keng.
Cara lembutkan kulit popia yang keras & kering, kukus saja!
Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Cara-caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim/pengukus lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap (saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung). Kain lembap bukan basah ya! Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15 minit.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, distim sekejap lagi.
Hasilnya…Dah boleh guna!
INFO
- Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
- Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
- Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
- Namun demikian kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Selamat mencuba!
Sumber: Bee Keng
Langkah Kurangkan Risiko Buat Golongan Yang Sukar Berhenti ‘Berasap’

Semua perokok tahu akan kesan buruk tabiat ini kepada kesihatan. Mereka tahu asap rokok yang disedut itu cukup bahaya tapi masalahnya untuk meninggalkan rutin merokok ini amatlah sukar.
Walaupun punya hasrat dan usaha menghentikan tabiat merokok, akan tetapi ramai yang kecundang separuh jalan. Mungkin ada yang berjaya namun angkanya tak ramai. Inilah dilema golongan perokok tegar kerana pengambilan nikotin sudah menjadi sebahagian cara hidup.
Dalam pada itu pihak kerajaan juga melakukan pelbagai usaha untuk mengekang tabiat merokok di kalangan masyarakat. Kempen Tak Nak contohnya telah dilakukan sejak tahun 2007 lagi. Selain itu turut diwujudkan klinik berhenti merokok.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan RM4.8 juta untuk rawatan berhenti merokok di kalangan perokok tegar. Antara rawatan yang dijalankan termasuklah terapi pengganti nikotin, menerusi kaedah pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin.
Akan tetapi usaha ini saja tidak mencukupi, perlu ada pendekatan lain terutama untuk golongan perokok tegar. Salah satu daripada pendekatan ini adalah dengan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction).
Kaedah pengurangan kemudaratan tembakau
Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau ini perlu dilakukan perokok tegar bukan saja untuk kesihatan diri sendiri tapi juga orang sekeliling mereka yang berisiko apabila menyedut asap rokok.
Ia boleh dilakukan dengan beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) seperti e-rokok (vape) atau produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product atau HTP) yang kurang mudarat berbanding dengan rokok.
Perbezaan produk bebas asap rokok
Alternatif bebas asap rokok boleh memberikan nikotin dan kepuasan kepada perokok tanpa sebarang pembakaran. Oleh itu, alternatif bebas asap ini boleh mengurangkan penghasilan asap rokok yang mengandungi lebih 6000 bahan kimia yang akan menjejas kesihatan perokok dan orang sekeliling mereka. Ini amatlah penting kerana 100 daripada 6000 bahan kimia itu sudah dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada penyakit serius seperti kanser paru-paru.
Walaupun, alternatif bebas asap bukanlah bebas risiko sepenuhnya, kerana ia mengandungi nikotin dan akan menyebabkan ketagihan, tetapi kita perlu faham bahawa adalah asap rokok yang menyebabkan penyakit berkaitan dengan amalan merokok bukanlah nikotin.
Oleh demikian, perokok tegar boleh cuba menukar cara pengambilan nikotin mereka dengan beralih kepada alternatif bebas asap rokok yang tidak membebaskan sebarang asap rokok yang memudaratkan.
Kesimpulannya, pendekatan untuk mengurangkan tabiat merokok perlu dilihat secara menyeluruh dan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau harus diambil kira sebagai alternatif lebih efektif untuk perokok tegar.
Kalau Nak Traffic Light Simpang Kita Cepat Tukar Hijau, Kena Lalu Atas Petak Ini!

Isi Kandungan
ToggleSelalu terjadi di simpang lampu isyarat atau traffic light lampu asyik merah saja. Lama sungguh tunggu untuk hijau.
Kadang-kadang kena tunggu lebih 199 saat. Kenapa jadi macam ni ya? Kalau nak tahu ia terjadi
kena sensor di traffic light tak dapat kesan kenderaan kita.
Supaya kita tak tunggu lama kena buat seperti apa disarankan oleh pengguna Twitter Fiq yang bekerja mengendalikan sistem lampu isyarat.
Perasan tak petak ini sebelum garisan putih?
Kenapa di simpang traffic light kadang-kadang patutnya giliran kita hijau tapi traffic light
skip dan beri orang lain jalan dulu? Ini penjelasannya.
Kalau perasan dekat dalam simpang traffic light sebelum garisan putih biasanya ada line petak. Ini dipanggil loop sensor.
Kena lalu atas petak ini
Pastikan kita langgar atau lalu atas loop sensor ini. Kalau tak, traffic light tak dapat nak hantar signal ke controller. Senang cerita, lampu merah akan lama.
Jika loop sensor ini rosak, lampur hijau pula akan jalan masa minimum lebih kurang 10 saat.
Sebab itu kadang-kadang hanya lepas 2 atau 3 buah kereta saja.
Loop sensor ini ada juga yang jenis guna kamera dan satu lagi berbentuk silinder kecil besar
balang biskut warna putih. Tapi dua jenis loop sensor ini jarang digunakan sebab mahal.
Fungsi loop sensor
Fungsi loop yang ada dalam turapan tar ini adalah untuk skip turn simpang yang tiada kenderaan dan satu lagi fungsinya untuk pendekkan masa jalan tersebut.
Contohnya, jalan itu tempoh lampu hijaunya 50 saat, tapi hanya 2 buah kereta saja jalan, dalam masa 5 saat kalau tiada orang langgar/lalu atas loop itu, lampu di simpang itu terus tukar jadi merah. Jadi tak perlulah nak kena tunggu sampai 50 saat. Jimat masa menunggu kereta di simpang lain.
Loop sensor ini sekiranya bila lalu sekali tak jadi, mungkin kena undur (pastikan kat belakang
tiada kenderaan) dan lalu sekali lagi.
Kalau asyik merah kena buat aduan
Kalau tak juga hijau maka boleh buat aduan di majlis perbandaran atau JKR. Begitu juga kalau ada traffic light semua lampu tak menyala atau semua lampu kuning berkelip
kelip.
Itu tandanya traffic light di simpang itu rosak. Kena hubungi atau buat aduan dekat
pihak berkenaan (JKR/majlis perbandaran/etc) untuk elak kemalangan.
Sumber: Fiq