
Kebanyakan pemilik kediaman hari ini inginkan privacy termasuklah di luar rumah. Sebab itu di bahagian porch banyak yang naik tembok kiri dan kanan rumah.
Tapi nak naikkan tembok konkrit kebiasaannya memakan belanja besar, modal mungkin makan belanja lebih dari RM5k. Bagaimanapun Cik Puan Pae Faez berkongsi cara bajet yang dilakukan untuk menutup dinding bahagian ini.
Menggunakan shera plank dan dilakukan semuanya sendiri oleh suami, dinding porch ini berjaya ditutup dengan cantik. Modalnya pula hanya dalam lingkungan RM1k lebih dan hanya ambil masa seminggu saja untuk menyiapkannya.
DIY tutup dinding porch guna shera plank, lagi jimat dan cantik
Projek gigih seminggu. Ni kami buat dekat homestay. Nak naik batu makan modal jadi kita tutup pakai shera je senang. Cantik pun cantik.

Kemudian terus datang idea nak buat ala-ala pagar macam kat oversea tu. Order lagi shera dan terus buat design pagar tu. Siap boleh cover sampai kolam!
Taraaa… alhamdulillah walaupun homestay, tapi kami nak bagi guest yang menginap puas hati.
INFO DIY
Total shera plank – dalam 37 keping
Kos – dalam RM1k
Masa siap – dekat 5 hari.
Husband buat sorang!
Semoga bermanfaat
Sumber: Cik Puan Pae Faez
Kebun Sayur Guna Kotak Polisterin Terpakai Tetap Menjadi & Subur, Macam-Macam Sayur Boleh Tanam

Menggunakan bahan terpakai di rumah iaitu kotak polisterin wanita ini menjadikannya sebagai tapak untuk kebun sayurnya.
Macam-macam ditanam oleh Suriani Lin Mat Din dalam kotak tersebut, kailan, sawi, bayam, salad, cili dan pelbagai lagi untuk makanan sekeluarga. Memang teruja melihat sayur-sayurnya yang subur.
Cara penanaman ini kata Suriani sudah hampir tiga tahun dipraktikkan. Ujarnya jika kotak polisterin tidak bocor, ia akan dijadikan untuk penanaman hidroponik. Sekiranya bocor, kotaknya akan jadi tempat penanaman sayur yang mudah dijaga.
Ini hasil tanaman dalam kotak polisterin terpakai yang diusahakan beliau.
Tanam sayur kaedah hidroponik guna bahan kitar semula
Dalam pada itu Suriani juga turut menunjukkan cara menanam sayur menggunakan bahan kitar semula yang dipraktikkan.
1. Bahannya kotak polisterin bersama penutupnya, botol air, dan tali mop.
2. Potong dua botol, ambil bahagian atas dan tebuk lubang pada penutup.
3. Buat lubang pada penutup kotak polisterin kemudian letak botol yang ditebuk tadi secara terbalik. Letak tali mop melalui lubang penutup botol dan simpul supaya tak melurut nanti. Nanti akar sayur akar tumbuh melaluinya.
4. Kemudian boleh isi dengan sedikit cocopeat. Setelah itu tanam anak benih sayur.
5. Isikan air baja AB dalam takungan dan sayur tadi di atasnya (yang ini saya gunakan tray terpakai sebagai takungan). Pastikan bancuhan baja ikut arahan yang diberikan. Guna air paip yang ditakung semalaman, air hujan atau air yang ditapis untuk membancuh baja AB.
6. Tambah air baja bila dah tinggal separuh. Letak set ini di tempat yang teduh, contoh tepi rumah. Elak terkena hujan (tempias tak mengapa) supaya air baja tak melimpah.
Boleh lihat perkembangan pokok salad yang ditanam guna kaedah ini.
Selepas 10 hari
Selepas 16 hari
Selepas 30 hari
Sebelum ini menggunakan cawan plastik
Hasilnya semua subur-subur belaka.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Suriani Lin Mat Din
Buat Cucur Dari Roti Pun Sedap Rupanya. Penuh Isi, Rangup Di Luar Tapi Lembut Di Dalam

Isi Kandungan
ToggleCucur memang hidangan kesukaan ramai tak kira pagi atau petang malah membawa ke malam. Macam-macam jenis cucur boleh dibuat, itulah yang sedapnya.
Satu lagi jenis cucur yang boleh kita cuba adalah cucur roti. Roti yang dah nak tamat tempoh tapi banyak lagi bolehlah dijadikan cucur. Caranya dikongsi oleh Jaja Noriza.
Cara buat cucur roti
Nak share resipi cucur roti, resipi ini tak guna telur. Tapi hasilnya rangup di luar, lembut di dalam.
Bahan-bahan
5 keping roti (sebarang jenama) dicarik kecil
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar hiris
Daun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dihiris halus dan tauge
Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej – isi adunan ikut cita rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit – sedikit saja
2 cawan air
Cara membuat
1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat seperti di gambar.
2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing. Toskan dan sedia dinikmati. Sedap, rangup tapi lembut di dalam. Sesuai untuk hidangan pagi dan petang.
Selamat mencuba
Sumber: Jaja Noriza
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Cara Paling Mudah Untuk Nampak Awet Muda

Isi Kandungan
Toggle
Nak dapat kesan awet muda, memang macam-macam petua boleh kita ikuti. Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad, menulis mengenai rahsia amalan minum air selepas bangun tidur. Namun ianya perlu dilakukan sebelum kita masuk ke bilik air dan mencuci mulut seperti berkumur-kumur dan gosok gigi.
Janda Presiden Soekarno, Hartini pun amalkan
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya.
Nitric Oxide khasiat dari aspek sains
Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini. Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci? Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ).
NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Mudah saja kan kalau nak awet muda. Tak perlu tunggu lagi, amalkan segera besok ya!
Sumber drzubaidi