
Kisah tentang bintang Bollywood Shah Rukh Khan memang sentiasa ada di dada akhbar. Bukan saja di India tapi perkembangannya juga turut diikuti oleh kita di sini.
Namun yang jarang kita tahu adalah tentang keluarganya terutama anak-anak mereka.
Mempunyai tiga cahaya mata bersama Gauri Khan termasuk anak bongsu yang lahir melalui kaedah ibu tumpang namun yang paling mendapat perhatian media di India adalah anak perempuannya, Suhana Khan.
Dalam diam, Suhana sudah pun remaja dan baru meraikan ulang tahunnya yang ke-17 Mei lalu. Tidak tinggal bersama keluarga, dia kini sedang menuntut di London.
Melalui foto yang dimuat naik oleh isteri aktor filem Kuch Kuch Hota Hai dalam instagram, anaknya Suhana berubah menjadi gadis menawan.
Kecantikan Suhana jelas kelihatan malah ramai yang tidak menyangka anaknya sudah pun dewasa.
-vanillakismis
Kalau Namanya Datuk Siti Nurhaliza, Kaki Bengkak Pun Jadi Perhatian. Netizen Beri Komen Lucu, Ramai Kata Kaki Tu Nampak Comel !

Isi Kandungan
Toggle
Kalau dah namanya Datuk Seri Siti Nurhaliza apa saja tentang dirinya akan jadi perhatian. Dari penampilan, kehidupan peribadi, rakan dan segalanya tentang penyanyi nombor satu ini.
Terbaru yang menjadi perhatian netizen bila isteri Datuk K ini memuat naik gambar kakinya yang bengkak.
Situasi normal bagi wanita hamil Datuk Siti yang kini sudah memasuki trimester ketiga kehamilan, entri itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi dari peminatnya.
Ramai yang bersimpati tapi pada masa yang sama mereka turut merasakan kaki Datuk Siti yang membengkak itu nampak cute! Ha ha ha, lucu kan. Kaki bengkak pun comel.
Selain itu tak kurang juga yang berkongsi petua mengurangkan bengkak di samping membuat telahan bahawa itu merupakan tanda-tanda Datuk Siti dah hampir sangat untuk melahirkan.
Tidak ketinggalan memberi komen, pengurus Datuk Siti sendiri yang geram nak mencucuk tengok kaki comel ini.
Geram macam belon, rasa nak cucuk
Pengurus pun geram
Tanda dah dekat nak bersalin katanya…
Ada jugak yang nak ‘geget-geget’
Masalah bengkak kaki macam ni memang biasa dihadapi ibu hamil, tapi kita doakan ia tak memberi masalah besar pada penyanyi kesayangan ramai ini. Semoga kehamilannya dipermudahkan dan selamat bersalin bulan depan.
Sumber: ctdk
Raungan Ibu Trauma Paling Sayu! 3 Jam Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz, Lelaki Ini Lalui Pengalaman Yang Cukup Menyedihkan

Isi Kandungan
Toggle
Membaca kisah ini di media massa sudah pun cukup menyedihkan apatah lagi jika berada di tempat kejadian.
Sedih dan sayu demikian pengakuan Zack Rahim yang berada selama lebih tiga jam di lokasi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Berikut adalah perkongsiannya.
“Tolong ustaz, mana Syafiq ustaz. Saya nak jumpa Shafiq” raung seorang ibu dipagar surau pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah. “Anak puan nama apa?”. “Syafiq bin…(saya tak dgr sgt)”.
Ustaz pun jawab “Masyallah puan, Allah lebih sayang Syafiq puan. Allah dah….” belum habis ustaz ni cakap, si ibu kata “Saya nampak Syafiq lalu tadi dengan jubah putih dia ustaz. Saya nampak dia tadi. Saya nak jumpa dia ustaz. Panggil dia sini ustaz…”.
Ibu trauma meraung
Ustaz terkedu dan tergamam. “Insyallah, cuba puan lihat di dalam surau tu kalau2 Syafiq ada kat dalam…pelajar lain semua ada didalam…” sambil ustaz berlalu dan mengelap airmatanya. Ketua Pengarah JAIS yang berjalan seiringan dengan saya turun tangga surau memandang saya sambil kata “kesian…trauma dia..”
Saya hanya mampu angguk. YDP MPAJ Datuk Hamid hanya mampu tunduk. Dah tak mampu nak kata sebab ibu ini jugak awal tadi buatkan saya dan ramai disitu menitis airmata. Dia sentiasa panggil nama anak dia. Ibu mana yamg mampu merelakan anak dia pergi apatah lagi pergi dengan sebegitu rupa.
Itu sebahagian dari suasana yang saya sendiri lihat dan dengar. Nak sabarkan dia pun tak mampu maka saya biarkan saja. Anak lelaki dia puas sabarkan dia dan suruh dia diam. Tak apa, tu anak dia dan wanita tu ibu dia. Wanita-wanita lain juga turut minta dia sabar.
Bangun 5.20 pagi lihat api sudah marak di pintu dorm
Seorang pelajar yang terselamat berkata, bila dia bangun tidur lebih kurang 5.20pg, dia lihat api sudah marak di pintu masuk dorm mereka tidur. Katil dia di belah hujung dan masih jauh dari api.
Kawan-kawannya tak dapat lari keluar sebab pintu dorm sdg marak dgn api. 2 ustaz yang tidur ditingkat sama (ground floor + 2 lagi tingkat. Yang terbakar tingkat atas sekali) sibuk bantu anak2 utk selamatkan diri. Pelajar yang selamat ni cuba pecahkan grill tingkap. Itu sahaja laluan keluar.
Sebaik dapat pecahkan grill, dia panjat keluar dan menggelongsor turun melalui paip air luar bangunan. Hanya murid besar sahaja mampu keluar ikut tingkap. Sebab berpusu-pusu, ada yang terus terjun dengan bantuan orang kampung di bawah.
Aku cuma mintak dia terjun aje
Orang kampung jerit suruh terjun. Mereka tak boleh masuk sebab api dah sangat marak. Tak ramai yang bangun diwaktu begitu.
“Kalau aku boleh masuk, aku dah masuk. Tapi aku pun tak tahu macamana mau masuk sebab api dah selimut pintunya. Aku cuma mintak dia terjun aje. Mana yang dah terjun aku tolong tarik keluar. Ada yang patah, ada terseliuh, ada yang sudah melecur..” kata seorang jiran dengan telo Jawa.
Anaknya sangat rapat dengan murid2 tahfiz ni. “Aku sedih tak dapat tolong, aku hanya mampu dengar mereka jerit minta tolong. Lepas 20 minit dah senyap, tak ada lagi suara jerit dan tingkat atas udah hangus. Bomba pun udah sampai…”
Dah macam adik beradik sebab berjiran
Saya berbual dengan petugas PPIM. Berjiran dengan pusat tahfiz adalah HQ PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Dia selalu layan anak2 tahfiz ni. “Kadang2 mrk mintak saya, bang ada singgit bang, nak beli air…saya bagi la duit sikit.
Mereka dah macam adik2 kami sebab mereka sebelah je dgn kami. Kami sgt rapat dgn mereka. Hari ni ramai mereka dah tak ada. Kami sangat sedih” Pejabat PPIM hari ini jadi Markaz Operasi Bomba.
Pusat ini adalah sementara kerana pusat asal mereka terletak diatas bukit Jalan Keramat Hujung sedang diubah suai. Mereka baru berpindah ke sini setahun lalu.
Syurgalah tempat mereka
Pihak MAIWP akan membantu keseluruhan proses urusan jenazah dan rawatan di hospital. Mereka telah meletakkan seorang pegawai kepada setiap satu keluarga mangsa. MB Selangor juga telah tawarkan apa sahaja bantuan diperlukan dan keluarga atau mana mana pihak boleh berhubung terus dengan Ketua Pengarah JAIS.
Ini sebahagian dari pelbagai suasana selama 3 jam saya berada di lokasi kebakaran pagi tadi. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh 22 pelajar dan 2 ustaz pusat tahfiz ini. Pergi mereka membawa bersama amalan-amalan yang mereka pelajari. Syurga lah tempat mereka. Takziah kepada semua ibubapa pelajar pelajar dan ustaz2 tahfiz.
Sumber: Zack Rahim
Bukan Seorang, Rupanya 3 Anak Pasangan Ini Meninggal Dunia Ketika Sujud Dalam Solat!

Pengakhiran yang indah, pergi dalam keadaan Husnul Khotimah. Kematian seorang gadis cantik dari Indonesia iaitu Allayarhamah Siti Aisyah Bahar dalam keadaan sujud ketika membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Subuh mendapat perhatian bukan saja di Indonesia tapi juga di Malaysia.
Tapi rupanya bukan Siti Aisyah saja meninggal dunia dalam keadaan begitu, dari temu ramah yang oleh wartawan akhbar di sama rupa-rupanya 2 lagi adik beradiknya turut menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang sama.
Menurut ibunya Andi Ratna ketika ditemui wartawan di rumahnya mendedahkan kini sudah 3 orang anaknya dalam keluarga besar 8 beradik beradik meninggal dunia dalam keadaan mereka sedang beribadah.
Wanita itu menceritakan bahawa anak keduanya yang juga abang kepada Aisyah meninggal dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat malam tepat di tahayat terakhir.
Kejadian yang berlaku pada tahun 2011 pada usia arwah 26 tahun ketika menuntut di salah sebuah asrama pesatren iaitu tempat pengajian agama Islam terkenal di kawasan Pondok Gede, Jakarta.
Manakala anak ketiganya meninggal dunia usia 23 tahun dalam keadaan sujud ketika melaksanakan iktikaf malam di Masjid pada tahun 2009.
“Mereka semua meninggal dalam keadaan sujud. Allah SWT lebih sayangkan mereka semua” Kata Andi Ratna sambil menitiskan airmata ketika bercerita tentang Allayarhamah Siti Aisyah iaitu lebih mesra dipanggil Ica.
Mahasiswa terbaik lulusan institusi pengajian tinggi ternama tempatan, Universiti Hasanuddin pada tahun 2016 itu baru sahaja diterima bekerja di Makmal Penternak di Universiti.
Ica merupakan anak kelima daripada 8 adik beradik. Namun sehari sebelum masuk bekerja, Ica menghembuskan nafas terakhir. Gadis cantik ini sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan ditidak lama lagi.
Sumber: Detik.com