Dua tiga hari lalu ramai peminat fesyen yang meluahkan rasa kagum dengan gaun unik yang dihasilkan oleh Datuk Rizalman buat usahawan Norhaili Ahmad Mokhtar.
Hamil 7 bulan tapi gaun yang direka langsung tidak menampakkan perut wanita yang dikenali sebagai @ellybillionaire di instagramnya.
Norhaili, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EB Champions United, sebuah syarikat perniagaan unit amanah saham ini tampil cukup bergaya dan anggun sekali dengan gaun putih pilihannya.
Meski ada juga komen negatif terhadap ilham Datuk Rizalman ini tapi tolak tepi semua itu kerana empunya diri cukup berpuas hati.
Dan rasanya apa yang lebih penting untuk ditonjolkan selain gaun yang digayakan adalah pencapaian usahawan wanita ini.
Ads
Sudah bergelar jutawan sejak usia 25 tahun lagi, gaun istimewa ini dikenakan untuk majlis Malam Anugerah Public Mutual 2018 yang mana beliau menerima penghargaan tertinggi.
Norhaili menerima anugerah Juara Pengurus Agensi Kumpulan dengan nilai jualan kumpulan sebanyak RM228 juta pada 2017. Satu angka yang cukup mengagumkan bagi usahawan Melayu yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina!
Kegembiraan menerima anugerah tersebut dikongsi oleh Norhaili dalam instagramnya baru-baru ini.
“Saya memberi segalanya untuk memperoleh kemenangan ini. Ia kemenangan yang dihasilkan dari kerja keras, dedikasi dan komitmen.
Ads
“RM228 juta pada tahun 2017 adalah satu angka yang luar biasa bagi agensi bumiputera yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina. Untuk ini saya memilih pereka yang betul-betul memahami karakter saya sejak 10 tahun lalu, Datuk Rizalman.
“Saya jelaskan kepadanya apa yang saya mahukan untuk gaun ini. Sesuatu yang berbaloi dengan perjuangan saya selama 10 tahun.
“Saya minta dia mencipta pakaian yang dapat melindungi kandungan saya berusia tujuh bulan. Saya mahu ahli kumpulan saya berasa saya tetap bertenaga. Ternyata saya dapat apa yang saya mahukan,”ujar Norhaili.
Siapa tak kenal dengan Harith Iskandar, penghibur dan juga pelawak bertaraf antarabangsa. Tapi isteri yang ada di belakangnya juga tak kurang hebat dan bijaksana.
Siapa sangka isterinya Dr. Jezamin adalah satu-satunya wanita yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem di Universiti Kebangsaan Malaysia setakat ini.
Perkara tersebut dikongsi oleh Dr Jezamine Lim selepas menerima Ijazah Kedoktorannya dalam majlis konvokesyen ke-45 Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.
A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on
Harith Iskandar juga turut berkongsi kegembiraan buat isterinya dengan memuat naik status dalam instagram miliknya.
Bagaimana pun menurut Dr Jezamine bukan mudah untuk beliau menamatkan pengajian tersebut yang mengambil masa hampir enam tahun namun suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatannya.
Menariknya dalam kepayahan beliau menyempurnakan pengajiannya itu, Dr. Jezamine melahirkan tiga orang anak, menganjurkan dua festival komedi dan membantu suaminya menjadi Manusia Paling Lucu di Dunia selepas menjuarai pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Helsinki, Finland hujung tahun lalu. Hebatkan.
A post shared by Harith Iskander (@harithiskander) on
Dalam pada itu Dr. Jezamine juga dalam status instagramnya tidak putus mengucapkan terima kasih pada insan-insan yang banyak membantunya menamatkan pengajiannya itu terutama kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarganya.
Perkongsian daripada Radhiya Raihana cukup ringkas tapi membekas di hati. Bagaimana melihat seorang kanak-kanak yang masih kecil tapi cukup menjaga solatnya menimbulkan keinsafan dalam diri.
Malah solat anak ini juga penuh tertib dan sempurna. Sesungguhnya ibu bapa anak ini berjaya mendidik anaknya.
Moga perkongsian tentang anak kecil yang tular di laman sosial ini memberi pengajaran buat kita yang dewasa.
Berani ke solat sorang
I stopped at Petronas maghrib tadi utk dirikan solat maghrib. Selesai ja solat tengah pakai tudung, ada sorang anak
kecil sebaya my dawter Rara masok dalam surau..Dia cabut socks and tudung terus berwudhuk. Pastu dia pakai balik tudung
and socks and ready nak solat. Sempat I had a conversation with her.
Aunty: Adik sorang je ke?
Anak: Ya aunty. Mama dalam kereta kat luar sebab mama tak boleh solat
Aunty: Berani ke ni solat sorang?
Anak: Insyllah berani aunty. Kenapa aunty?
Aunty: Kalau tak berani aunty teman.
Anak: Takpe aunty…
Aunty: Okay solat cepat sayang..
Anak: Baik aunty..
Ada toma’ninah dan sempurna solatnya
I decided to wait till she finished performing her maghrib prayer. Geraknya penuh tertib. Ada toma’ninah dan sempurna solatnya. My tears flowed down my cheek when I flashed back myself at the age of seven.
Ya Allah ampunilah aku… kau rahmati anak ini dan jadikan dia ahli syurga firdaus mu.. Aameen.. After dia siap berdoa, i held her hand to send her back to her car. Her mom opened the window and asked me:
Mother: Kenapa puan?
Aunty: Ouh tkde ape kak saya saja nk hantar anak akak kt kereta sebab saya nak tengok wajah ibunya
Mother: ouhhh terima kasih puan..
Aunty: Tahniah kak.. berjaya mendidik anak akak agar menegakkan tiang agama..
Mother: MasyaAllah Alhamdulillah puan trima kasih bawak anak saya ke kereta.
Aunty: sama-sama. Semoga Allah rahmati akak di dunia dan akhirat kak…
Mother: Semoga Allah juga merahmati puan sekeluarga…
Moral of the story… kalau anda yang baca status ni dan anda tak menjaga solat, jom la kita perbaiki diri dan menjaga
solat kita. Mudahan Solat itu akan menjaga kita.
* Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam empat rukun solat iaitu iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.
Beberapa hari lalu viral di media sosial video seorang isteri membuat kejutan kepada suami tentang berita kehamilannya.
Intan Nur Elliana Zakaria memuat naik video tersebut sempena menyambut hari bapa. Ramai yang sebak menonton video tersebut terutama bila melihat sang suami mengalirkan air mata menerima berita gembira itu.
Namun di sebalik air mata gembira itu sebenarnya ada kisah sedih dilalui oleh pasangan ini terutama Intan.
Rupanya wanita ini mengidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik. Salah satu kesannya selama 5 tahun berkahwin mereka masih belum menimang cahaya mata.
Dalam tempoh itu mereka terpaksa memekakkan telinga berdepan pelbagai soalan tentang cahaya mata.
Namun kesabaran mereka itu terbalas bila akhirnya Intan mengambil langkah untuk menangani masalah PCOS yang dihadapi.
Dia berusaha menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet atkin selain menjalani gaya hidup aktif. Intan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kg dalam tempoh 3 bulan, sebelum disahkan hamil tidak lama kemudian.
Horeeyy. Semua perkara ini diceritakan oleh adiknya Balqis melalui twitter Balqis@bellezack.
5 tahun tutup telinga
A pcos fighter! Sabar itu indah. 5 tahun terpaksa tutup telinga tahan perit bila makcik2 bertanya bila nk ada anak? Yg penting they love each other unconditionally. Allah has written the best story for us. Keep faith. (Oklah ucu nak siapkan bilik baby ni ??)
Pcos has no cure wtf. To future mothers out there yang tanya how they did it; my sister finally decided untuk buat diet atkins and get physically active. 3 bulan dia hilang 15kg, ovum kuat, Allah hadiahkan baby <3 (And nowwww dia gemok kedepan pulak lolll)
Awhh thx semua for ur doa! This is my sister’s blessing. Not mine. I just harap my future husband will be as supportive and loving as my bro in law, aminn (a girl can pray and only dream)
There are a large percentage of women who are average weight and thin with #pcos and in some cases the #androgenexcess is worse for them.. With overweight tends to be more issues with #insulinresistance leading to androgen excess but insulin issues are present in all with PCOS.
Menurut Balqis, PCOS bukan hanya boleh dialami oleh wanita dengan berat badan berlebihan tapi juga boleh dihidapi oleh mereka yang kurus.
Kini hamil 6 bulan
Apa itu PCOS
Berikut adalah perkongsian yang dipetik daripada Facebook Dr.Muhammad Izzat tentang PCOS.
Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ) adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Apakah ovari polisistik ni?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Apakah gejala-gejala PCOS?
➢ Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung
➢ Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )
➢ Kepala botak
➢ Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan
➢ Kulit berminyak dan senang naik jerawat
➢ Sukar untuk hamil
➢ Kemurungan dan masalah psikologi
Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.
Apakah sebenarnya punca PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
❖ Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki
❖ Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
• Haid tak teratur, atau tiada langsung
• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa
• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?
Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
▪ Umur lebih 40 tahun
▪ Sejarah keluarga mengidap kencing manis
▪ Menghidap kencing manis ketika hamil
▪ BMI melebihi 30
Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
▪ Makan makanan yg seimbang
▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )
2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal
3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan
PCOS boleh sembuh?
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...