
Kehadiran gigi taring mungkin dilihat kurang cantik kerana tersembul keluar tapi selepas membaca trend dari Jepun ini anda mungkin boleh berbangga dengan gigi ini.
Kalau di sini ramai anak muda yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membuat pendakap gigi bagi mendapatkan gigi yang rata dan cantik tapi di Jepun lain pula.
Gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.
Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).
Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.
Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.
Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.
Sumber: Hanasuva
Pengalaman Tunggu Cahaya Mata 11 Tahun, Ini Nasihat Datuk Siti Buat Isteri Yang Masih Menanti Zuriat

Semua tahu betapa sebelum ini Datuk Seri Siti Nurhaliza terlalu menginginkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga yang dibina bersama Datuk Khalid.
11 tahun menanti, akhirnya seminggu lalu zuriat yang didambakan dipangku di ribaannya. Tapi bukan sikit pula usaha Siti untuk menimang cahaya mata. Dia pernah keguguran, melalui rawatan kesuburan dan juga kaedah IVF untuk hamil.
Justeru dia sangat memahami apa yang dirasai oleh wanita yang belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga. Untuk wanita-wanita ini Siti sempat menitipkan nasihatnya.
“Bagi wanita yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan putus asa. Orang akan kata cakap memang senang tapi itulah yang saya rasa dan buat. Tak putus asa tak putus doa.
“Paling penting, sentiasa bersangka baik pada Allah. Setengah orang bila tak diberi rezeki dia mempersoalkan kenapa dia tak dapat dan orang lain dapat. Tapi saya sentiasa cakap dalam diri saya Allah akan beri pada tarikh dan hari yang terbaik.
“Walaupun pergi umrah beberapa kali, doa saya doa yang sama. Saya tahu Allah akan jawab juga satu hari nanti. Alhamdulillah Allah jawab juga doa saya. Walaupun 11 tahun menunggu. tetap ada rezeki
“Yang penting jangan putus asa dan berusaha dengan pelbagai cara yang ada sama ada tradisional, moden dan sebagainya,”ungkap Siti yang tak menafikan teringin jika dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
“Apa-apapun saya berserah pada Allah. Jika diberi saya bersyukur, kalau tak pun saya bersyukur dengan apa yang ada,” ujar Siti yang mahu dipanggil ibu oleh anaknya.
“Saya nak dia saya panggil ibu. Sebab suami saya anak-anak panggil dia ayah. Jadi padanan yang sesuai kalau saya dipanggil ibu. Lagipun saya suka sebab panggilan ibu itu pada saya cukup lembut,”ujarnya.
Berehat 6 bulan
Dalam pada itu jika wanita lain cuti bersalin selama dua atau tiga bulan Siti pula menjangkakan dia akan berehat selama enam bulan dari sebarang aktiviti seni.
“Saya mungkin berehat selama enam bulan supaya sihat sepenuhnya. Saya tak mahu terburu-buru nak slim. Sekarang cuma ikut nasihat doktor. Tapi suprise juga bila tak cukup tidur, muka kecut sikit,” seloroh Siti dalam majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya semalam selepas tujuh hari kelahiran cahaya matanya.
Sumber: Siti Official Video
Perut Macam Hamil 4 Bulan Jadi Tanda, Wanita Ini Kongsi Detik Pilu Dibuang Ovari & Rahim Akibat Cyst

Isi Kandungan
Toggle
Perkongsian daripada Hety Ezleen ini sewajarnya dibaca oleh wanita. Ini kerana masalah cyst yang dihidapi sebenarnya dialami oleh ramai wanita, malah mungkin juga dalam tidak sedar.
Namun bagi Hety, ketika dia mula menyedari keadaannya sudah serius, cyst sudah membesar dan menjadi kanser yang amat membahayakan nyawanya.
Demi keselamatan dia terpaksa dibedah untuk membuang cyst dan juga rahim yang sudah terjejas akibat cyst berkenaan.
Meski perit namun dia redha bahawa apa yang ada pada dirinya hanyalah pinjaman-Nya. Dia redha tak mampu lagi melahirkan, pelu memakan ubat seumur hidup dan beberapa lain kesan lain bila rahim sudah dibuang.
Hety juga menceritakan detik-detik pilu yang berlaku dalam hidupnya itu untuk pengetahuan wanita lain tentang bahayanya cyst sebelum terlambat.
Tanda- tanda yang saya alami
Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..
- Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan
- Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2?. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini.. ? Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
- Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst?. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
- Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung?.. (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
- Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
- Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
- Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut.
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular. Utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je..
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2).

Doc cakap dalam perut banyak air
1. 14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! Tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)
2. 14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)
3. 15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45?).
Buat CT Scan lihat ketulan besar
4. 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni .Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sbb kakak ipar)

5. 20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!!
Sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan Doc Lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit.
Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah? sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer. Saya menangis dan terus menangis. (BAYARAN RM951.25?)
Cyst bahaya, kena buang
7. 26.2.2018
Appoinment lagi dgn Doc lim.. Perbincangan dgn Doc, katanya cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim… uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lag, saya akan menopaus, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.
Saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd dirikuKeluar dr bilik doc,
Call family dan kawan terdekat… menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN).

Kerap berlaku pada wanita & kebanyakan tak sedar
8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation…27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! Sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864???)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!, menangis okeh!
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku di kalangan wanita, tidak kira umur, dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya.
Kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom spt saya.. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.
Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.
Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat..
Sumber: Hety Ezleen
Anak Umur 10 Tahun Ambil Alih Jaga Bayi Baru Lahir Bila Mak Meroyan Akibat Ditinggal Suami Sebaik Bersalin

Isi Kandungan
Toggle
Rasanya kaum hawa yang membaca kisah perkongsian aktivis terkenal Syed Azmi ini akan panas hati, dan tak mustahil juga mulut akan terkumat kamit mengeji macam VK.
Sampai hati seorang lelaki tinggalkan isteri dan anak-anak sampai jadi macam ni. Mujurlah wanita dan anak-anaknya cepat diselamatkan, jika tidak tak tahulah apa terjadi kepada keluarga ini terutama bayi yang baru berusia 4 bulan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial, Syed Azmi bercerita tentang keadaan seorang wanita yang kemurungan hingga meroyan bila dia ditinggalkan oleh suami kerana perempuan lain selepas bersalin.
Akibatnya anak-anak terabai termasuk yang baru dilahirkan. Paling menyedihkan melihat keadaan ibunya yang meroyan, anak wanita ini yang berusia 10 tahun mengambil alih tugas menjaga adiknya yang berusia 4 bulan itu.
Anak-anak dah makan nasi basi
Bantuan for tonight, this case juga baru di selamatkan oleh JKM (Terima kasih!!) And dalam pemprosesan bantuan kerajaan.
Keluarga ini 4 anak (10 tahun hingga 4 bulan) dipindahkan dengan keluarga terdekat yang jugak hidup cukup-cukup makan.
Kes: ditinggalkan suami untuk perempuan lain sewaktu baru bersalin. Unable to cope, meroyan. It was so bad sampai anak-anak end up makan nasi basi.
Anak kedua sakit kanser
Mak tak mandi sampai berkerak. Too down about the husband sehingga mandi kencing berak susu baby semuanya anak 10 tahun yang buat. Anak number dua pulak menghidap kanser.
Anak-anak tak bersekolah lagi. Anak-anak tak complain and sama-sama jaga ibu mereka.
Today, after talking to their relatives, and thanks to Tamakpahala Collective Fund, we will provide necessity sementara the mother try to get well. Thank God the family is understanding, however, they are also poor. So I will go out and get stuff for them too.
Thank you to all who has donated to this.
Donation close.
Syed Azmi
Sama-samalah kita doakan semoga ibu ini pulih dan bangkit untuk teruskan hidup demi anak-anaknya.
Sumber: Syed Azmi