
Isi Kandungan
Toggle
Kebanyakan belakang kuali kat rumah kita permukaannya memang bersih tapi belakang kuali selalunya hitam dan berkerak.
Kalau dah sampai tahap macam ni, memang payah la nak hilang.
Sebelum kerak hitam tu makin tebal baiklah kita praktik cara yang dikongsi Lynn Norhaslinda. Memang berkesan belakang kuali hitam berkerak boleh licin dan berkilat macam kuali baru.
Sebelum
Caranya cuma guna steel wire brush yang boleh dibeli di kedai hardware, Mr Diy dan sebagainya.
Sambung steel wire brush pada drill.
Pastikan pakai google/ cermin mata sebagai langkah keselamatan.
Untuk bersihkan dua biji kuali sampai jadi berkilat macam tu cuma ambil masa sejam saja.
Hasilnya
Puas hati kan. Selamat mencuba!
Sumber: Lynn Norhaslinda
Kalau Rumah Kecil, Boleh Buat Dapur ‘Open Concept’ Macam Ini. Ringkas & Kemas

Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.
Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
Selebihnya boleh lihat perkongsian dari Atam Ayu
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja
Pandangan dari depan
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih
Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Sumber: Atam Ayu
Jangan Guna 4 Aksesori Kereta Ini, Bahaya! Kalau Ada Dalam Kereta Keluarkan

Isi Kandungan
ToggleAda banyak aksesori kereta yang dijual di kedai ketika ini tapi fikir dulu sebelum membelinya. Ini kerana ada aksesori sebenarnya tidak perlu, malah membahayakan nyawa pemandu dan penumpang kereta.
Dikongsi oleh Adrian Chia yang selalu berkongsi tip tentang kereta di akaun Tik Tok katanya ada empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan. Ujarnya aksesori ini mungkin membuatkan kereta nampak lebih cantik tapi ia sebenarnya tiada fungsi yang praktikal malah memberi risiko kepada keselamatan pemandu.
1. Karpet dengan saiz yang tak sesuai
Sama ada terlebih besar atau kecil, ia boleh menyebabkan brek tersangkut. Pastikan saiznya betul betul sesuai.
2. Dashboard cover
Ia mungkin dibeli untuk mencantikkan kereta atau melindungi dashboard tapi ia sebenarnya boleh menghalang pembentukan airbag ketika kemalangan berlaku. Keadaan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.
3. Seatbelt clip
Ada yang menggunakannya kerana tidak mahu mengenakan tali pinggang keledar dan menghalang bunyi peringatan. Tiada bunyi bising, tapi bila kita menggunakan tali pinggang keledar bersama klip ini, ia tidak mampu menampung berat badan bila berlaku kemalangan. Klip boleh tercabut ketika berlaku impak kuat dan pemandu boleh tercampak ke depan.
Paling merugikan, jika berlaku kemalangan dan aksesori ini dijumpai dalam kereta oleh pihak insuran anda mungkin tidak boleh boleh membuat tuntutan.
4. Sticker diamond pada stering
Rupanya yang berkilat blink-blink ini nampak cantik tapi berbahaya kepada pemandu bila berlaku kemalangan. Bila airbag terbuka, sticker akan terpelanting dan mungkin terkena pada muka dan menyebabkan kecederaan.
Sudah tahu bahayanya jadi elakkan dari menggunakan empat aksesori ini. Jika sudah terbeli, jangan guna dan keluarkan dari kereta!
Anda boleh tonton video penjelasan Adrian di SINI.
7 Kesalahan Yang Selalu Dibuat Bila Guna Air Fryer

Isi Kandungan
Toggle
Ketika ini semakin ramai yang mementingkan pemakanan sihat dan salah satu yang diadakan di rumah untuk tujuan ini adalah air fryer.
Ramai yang dah membeli air fryer dan menggunakannya di rumah terutama untuk mengurangkan penggunaan minyak yang kita tahu sinonim dalam masakan harian kita.
Meskipun begitu ramai juga yang masih melakukan kesilapan ketika menggunakan air fryer ini. Berikut adalah 7 kesilapan yang dikenal pasti selalu dilakukan oleh pengguna air fryer.
1. Masuk terlalu banyak makanan
Memang air fryer ada tetapkan had maksimum makanan yang boleh dimasukkan ke dalamnya. Tapi kita dinasihatkan tidak memasukkan makanan sampai had ini.
Sebabnya alat ini menggunakan udara panas untuk masak makanan dengan sempurna. Namun jika makanan terlalu banyak, putaran udara panas jadi tidak rata dan ini menyebabkan makanan mungkin kurang masak dan kurang sedap.
2. Tak panaskan dulu air fryer
Guna air fryer ini konsepnya sama macam kita menggoreng. Kita kena panaskan kuali sebelum letak makanan, sama juga dengan air fryer. Panaskan dulu lebih kurang lima hingga tujuh minit sebelum masak apa-apa makanan.
3. Masukkan makanan banyak air
Pastikan ayam, daging, ikan yang kita masak tidak terlalu basah atau banyak air jika masak guna air fryer. Ia menyebabkan makanan kita tak masak sempurna. Eloklah tos dulu ya.
4. Tidak bersihkan sebelum guna
Sebelum guna peralatan memasak kena pastikan ia dalam keadaan bersih. Sama juga dengan air fryer ini. Bila tak dibersihkan, bukan saja kotor tapi rasa makanan akan bercampur.
5. Tak balikkan makanan dalam air fryer waktu memasak
Ini ramai juga yang buat sebab sangka selepas masuk makanan dam air fryer ia boleh dibiarkan terus hingga masak.
Kena balikkan juga makanan terutama jika masak makanan berat seperti daging, ayam dan lain-lain. Kena jenguk-jenguk juga setiap beberapa minit dan terbalikkan supaya makanan masak sempurna seperti yang diinginkan.
6. Salah tetap suhu
Sebelum masukkan makanan tetapkan masa dan suhu yang sesuai untuk hidangan. Memang kena rujuk manual terutama bagi yang baru guna.
7. Tak letak minyak
Meskipun kita gunakan air fryer untuk menyediakan makanan lebih sihat tanpa minyak tapi ini tak bermakna kita tak kena letak langsung.
Kena gunakan juga sedikit, sekadar oleskan makanan supaya hidangan akan lebih masak dan terasa rangup.