Bila bercucuk tanam, kita memang selalu akan bersihkan rumput atau lalang yang ada sekeliling tanaman.
Rumput yang kita cabut ini jangan pulak kita terus buang, masih ada gunanya. Ia boleh dijadikan baja untuk suburkan tanah. &
Baja rumput ini sesuai sangat digunakan sebelum mula bercucuk tanam. Cara ini dipraktikkan oleh Fadhil Arif Mohd yang berkebun di kediamannya.
Untuk buat baja rumput ini juga katanya mudah saja. Boleh guna rumput yang dimesin tepi jalan atau yang dicabut sekitar rumah.
Cuma perap rumput ini dalam satu bekas hingga ia mati dan rapuh. Selepas itu baja rumput ini sedia digunakan.
Ads
Semasa sediakan batas, letakkan rumput yang diperap ini dan kambus. Boleh juga letak sekali tinja ayam. Kemudian siram dengan air sekali sehari.
Dalam 1-3 minggu bolehlah guna untuk bercucuk tanam. Jika keadaan tanah kering, letak beberapa kali rumput ini, Insya-Allah akan subur tanah untuk tanaman.
Ads
Jika guna pasu, letak rumput ini di bahagian bawah sekali sebelum tambun dengan tanah.
Inilah hasil pokok cili yang menggunakan kaedah baja rumput.
Ramai yang tanam pokok jambu madu di rumah memandangkan pokok ini sedang senang tumbuh dalam pasu dan mudah dijaga.
Tapi ramai juga yang ada masalah bila pokok dah besar, tak nampak pun tanda-tanda untuk berbunga dan berbuah.
Jika pokok jambu madu yang ditanam menghadapi masalah begini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mark Are Leaf ini.
Cara buat pokok jambu madu tanam dalam pasu berbunga
1. Buang dahan atau ranting-ranting halus yang ada pada pokok kerana ia tiada fungsi, hanya habiskan baja.
2. Beri baja buah selama 2 bulan seminggu sekali.
3. Bila pokok sudah betul-betul subur, seeloknya buat prunning/cantas pucuk muda tinggalkan yang tua sahaja.
4. Buang daun separuh kerana pokok perlukan pengudaraan supaya pokok dapat cahaya dan pengudaraan yang secukupnya. Kalau daun banyak sangat, pokok akan subur daun saja.
5. Bila dah lakukan semua ini, pokok akan mengeluarkan bunga.
6. Bila bunga sudah keluar jangan letak baja lagi sampailah bunga tadi dah bertukar jadi putik dan luruh bulu-bulunya.
7. Selepas luruh bulu pada bunga, barulah letak baja buah secukupnya sampai dia matang dan balut buah untuk elakkan dari berulat nanti masak.
8. Dalam tempoh buah matang lagi elok kalau ada baja foliar untuk buat semburan supaya buah lagi elok, saiz maksimum dan masak yang betul-betul ranum elok.
Ini cara yang saya lakukan, setiap orang ada cara masing-masing. Kalau nak lagi jimat boleh buat tut setiap dahan, kemudian barulah dipotong. Cara itu boleh biakkan lagi pokok.
Bila ada lebihan nasi ramai cuba buat apam nasi ini. Cara membuatnya pun ringkas, sebab itu kita pun teruja nak mencuba.
Walaupun begitu selalu kita dengar bila dah buat hasilnya tak menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam yang kita selalu beli. Sudahnya ramai yang putus asa.
Bagi memastikan apam nasi yang dibuat gebu gebas, cara dan tip yang dikongsi oleh Janna Hanie boleh dijadikan panduan.
Cara buat apam nasi gebu
Sebelum ini buat apam jadi bantat atau bila buka penutup apam kecut. Tapi bila ikut resipi dan tip ini alhamdulillah menjadi.
Ada kala kita pergi ke restoren yang ramai pelanggan, tak dinafikan lauknya enak tapi hairannya nasi putih yang dimasak pun sedap.
Rupanya ada cara untuk masak nasi putih ini, bukan sekadar basuh, bilas dan tanak. Ada cara dan ilmu khusus perlu dibuat ketika tanak nasi supaya rasa nasi bukan tawar tapi sedap.
Terlibat dalam dunia perniagaan makanan selama 25 tahun Chef Shukri berkongsi ilmu yang dipraktikkan yang juga katanya diguna pakai oleh kebanyakan pengusaha kedai makan dan serta tukang masak lauk kenduri.
Ilmu masak nasi putih
Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasi putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja.
Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.
Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang kadang bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Kemudian orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.
Bismilllah dan selawat
Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.
Masuk sedikit garam, minyak dan daun pandan
Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak.Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?
Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.
Letak gula batu kalau masak nasi tomato atau nasi minyak
Kalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dan lain-lain. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.
Inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak. Saya redha kalau lepas ni ada yang pm saya kenapa ” bodoh sangat” bagitau rahsia ni. Tujuan saya ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan?:- Chef Shukri.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...