
Isi Kandungan
Toggle
Baru-baru ini di instagram, seorang ibu yang menggunakan nama Sha.Rissa telah memuat naik gambar bayi lelaki kembar empat. Sungguh luar biasa kerana tidak ramai yang berpeluang hamil seramai itu. Dalam status itu juga, Sha Rissa memberitahu bahawa dia hamil selepas menjalani prosedur IUI. Semua bayi ini dilahirkan melalui cara emergency -csection.
Bayi-bayi bertuah ini diberi nama Firas, Noah, Farouq dan Naaz. Pasti kehadiran empat bayi ini membawa erti yang cukup besar buat Sha Rissa dan pasangannya.
Rahsiakan mengenai kembar 4
Ultrasound images at 7 & 11 weeks.
I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ?”empat???” ?Btw, thanks boss for being so understanding.
Tarikh istimewa
Our quadruplets. Alhamdulillah for everything.
22 | 10 | 2018
#bornat35weeks1day
Terima kasih semua
We want to thank everyone who messaged to congratulate & wish us well, it’s been so overwhelming. We are gratefully to have Dr Thokha & the team who’s been involved in the emergency c-section.
He is very experienced, optimistic and has been encouraging me a lot since the beginning of my pregnancy journey. Feels so honoured to have him as our o&g consultant.PS – also thanks to Dr Koh & Paediatric team, labour suites team, ward 2b team, nursery team & RSH management
Firas, Noah, Farouq & Naaz
#nonidenticalquadruplets
View this post on Instagram
Our quadruplets. Alhamdulillah for everything. 22 | 10 | 2018 #bornat35weeks1day
A post shared by TravelogueSha (@sha.rissa) on
VK rasa wow sangat. Empat? Rezeki Allah nak bagi kadang tak disangka kan? Tahniah ya.
Sumber: Sha.Rissa
Siti Sarah Dedah Kisah Gigih Shuib Cari Rezeki Buat Netizen Terharu

Selepas enam tahun berkahwin baru-baru ini penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, membuka cerita lama yang disimpan kemas bagaimana dia bertemu dan membuat keputusan berkahwin dengan Shuib.
Kisah tersebut dicatat dalam entri di Instagram miliknya yang membuatkan pengikutnya berasa sebak dan terharu membacanya.
VK sendiri pun tersentuh hati membaca kisah kegigihan Shuib yang ditulis oleh isterinya ini.
“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.
“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??.
“Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.
“Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu.
“You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami.
“Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua,” tulisnya.
Netizen sebak doakan jodoh berpanjangan
Entri Siti Sarah ini mendapat reaksi lebih 60,000 pengikut Siti Sarah dengan rata-rata yang membacanya tersebut mengakui sebak selain mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.
meyabellaperfume: “Nak menangis la baca. Alhamdulillah, moga jodoh korang kekal ke jannah, suka tengok orang humble dan tak pilih bulu ni. Tahniah agains kerana dapat pasangan yang baik.. Itulah rezki.
iamroseahmad: “Yang kawen grand-grand tu pun last-last cerai tak guna jugak. Respect la Sarah dan Shuib. Semoga kekal bahagia selalu.
awesome_stuff95: “Wah, sedih nak nangis. Semoga cinta kalian diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala kejahatan manusia.”
iamprtfghuy:Bukan senang nak cari isteri yg sanggup susah awal2 dgn suami. Tahniah kak sarah jd org yg setia dgn abg shuib. I pray u guys till jannah
jijienoura: Alhamdulilah berkat sabar selama ini kan Kak Sarah.. Allah akn tjuk kn smuanya.. org yg sbr nih akn bhgia … Sweet tgok
sampinsongketanor@sitisarahraissuddin ….nak nangis baca…semoga bahagia hingga ke syurga…semoga anak2 dan keluarga sentiasa sihat dan dibawah rahmat allah..amin.
Jadilah Suami Yang Bahagiakan Isteri. Lelaki Ini Tunai Hajat Isteri Mengidam Naik Bas Ekspres dan Tengok Road Block

Isi Kandungan
Toggle
Seorang suami yang ramai isteri idamkan ialah suami yang memahami dan membahagiakan. Masa mengandung memang macam-macam kehendak isteri yang kadang-kadang tu tak masuk akal. Ini jugalah yang berlaku pada lelaki yang menggunakan akaun facebook Adli Rohaizan. Isterinya, Puteri Nazwa mengidam nak naik bas ekspres dan nak tengok road block.
Isterinya kini sedang mengandung anak pertama mereka. Dan sebagai suami, Adli Rohaizan cuba sedaya upaya untuk memenuhi impian isterinya. Ini cerita Adli Rohaizan dalam facebooknya.
Ada 3 cabaran ngidam
Assalamualaikum Semua ??
Ini Wife Saya.
Sedang Menanti Detik2 Untuk Melahirkan Zuriat kami Berdua.Diakhir2 ni ada 3 “Cabaran Ngidam” yang saya sebagai “lelaki” kena setelkan..
✔Naik Bus Express
✔Tengok Road Block JPJ/POLIS
✔Naik Cameron,Makan Strawberry + Salut Coklat
Macam-macam permintaan yang tak kena masa
Ketiga2 Ni Bukan semua Boleh Dapatkan Sbb masa semakin hampir.
Tapi Bila Kau Mengaku Laki Kau Kena Sahut.To be honest,dari awal macam2 yang diminta,Macam2 waktu dan masa yg dikatakan tidak kena,Time Nie kau tak boleh marah,kena terima dengan cabaran kadang2 sangat mencabar ?
Jadi pelindung dan pendengar kepada isteri
Jadilah Pelindung dan Pendengar Mereka.
Jadi Laki bukan bermaksud kau kena “keras” dengan perempuan.Tegas kena ada tapi bukan semuanya.Untuk 3 Cabaran nie 1 lagi yang belum selesai,iaitu yang ke-3 ?.
insyallah akan usaha sebaik mungkin,Semoga Allah Memudahkan segalanya amin ??
Dalam facebook yang terkini, nampaknya Adli Rohaizan dah berjaya bawa isterinya pergi makan strawberi salut coklat di Cameron Highland.
Cabaran suami yang isterinya sedang mengidam
Assalamualaikum semua ?
Alhamdulillah permintaan ke-3 telah saya tunaikan.?
Ribuan terima kasih atas segala doa dan ucapan semangat kalian buat saya..
Semoga Allah merahmati kita semua,cerita saya ni mungkin 0.01% Cabaran dan ujian sebagai suami dan isteri yang sedang ngidam.
Buat Suami Diluar Sana,Harap selepas ni kita terus berusaha untuk menjadi yg terbaik buat isteri dan keluarga kita.
You are the man ! Geng! ??
Terima Kasih Allah Atas Kenangan Dan Ujian ini,tanpa ujian/pengorbanan tiada erti sesuatu itu.
Kata2 harus dibayar dengan Pembuktian ??
Peace.?✌
Sumber: Adli Rohaizan
‘Saya Simpan Dalam Hati Nak Sangat Dia Jadi Menantu.’ Rozita Ibrahim Dedah Peribadi Datin Shahida Yang Ramai Tak Tahu. Bertuahnya Jadi Menantu Pilihan

Isi Kandungan
Toggle
Belum sepi dari komen-komen netizen yang tidak bersetuju mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuat naik detik isterinya Datin Seri Shahida meneran untuk melahirkan bayi, nyata ibunya Rozita Ibrahim bijak menenangkan keadaan dengan memberi pandangan berbeza.
Kegembiraan menyambut kehadiran cucu baru dalam keluarga ini membuatkan dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu.
Kalau dilihat dari catatan di instagram bondarozitaibrahim , Datin Seri Shahida ini memang menantu pilihan dan kesayangan.
Macam mana saya uji dia
Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi
.
Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yg terkenal..(saya tak kenal artis sangat ) saya agak tekejut kerana seorang model yg income byk boleh bekerja sebagai CS..??
.
Disini saya akui saya tidak mahu org yg dlm dunia glamer jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yg cantik, sgt baik.
.
Dia tak sombong dan tak kekok menggangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorg model yg terkenal. Ini sgt mengejutkn saya.
.
Saya risik dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti utk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya. Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga..kasi jam mahal. Ida bukan murah dan senang nak dapatkan. Bila Kri ngorat dia pun tak nak. Woww hebat budak ni…
.
Sepanjang saya melihatkan anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak sy dn kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta. Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan di hati ” nak sgt budak ni…” Yg pinang dia ialah Abg Ady dan Kak Yatienya..
Ciri-ciri murni Ida jadi idaman saya
Kri memang hensem dan ramai peminat tp bab dosa besar dia tak kan buat sy puji Kri bab ni. Nak kawin pun dia serahkan pada saya. Bila dia kata nak Ida saya kata tak payah lama… kawin je terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sbb dia jaga anak-anak saya waktu saya kerja masa miskin.
.
Kri ni bab baiknya lah ya..puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merokok dan sayang saya sgt (sampai nama ank dia pun dia nak saya kasi nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri! Masa dia remaja bini org , mak cik-makcik suka dan sayang dia, utk elak zina Ida terbaik utk saya. Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yg tergedik-gedik utk menggoda org kaya, ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya.(Saya sgt memilih nasab).
.
Satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya dia menjaga arwah ayah saya sakit sama-sama dgn saya. Dia sayang anak-anak saya yg msih kecik dan begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin.
.
Cuba bayangkan di hati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan di dalam keluarga saya?…
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Touching kan membaca status instagram ibu Datuk Seri Aliff Syukri ni. Untung dapat menantu macam ni, dan beruntung juga Datuk Seri Aliff dapat isteri sebegini baik.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.
Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena pada Oktober 2017 dan Qayyum pada awal Disember 2017. Dua hari lalu pasangan ini menimang cahaya mata keempat selepas enam tahun menanti. Bayi yang baru lahir ini dinamakan Yusoff Al Qardawi.
Sumber: Instagram bondarozitaibrahim