
Cara senamannya cuma jalan kaki, sesuai sangat untuk mereka yang tiada alatan seperti threadmill, basikal dan lain- lain. So tiada alasan untuk tak bersenam ya.
Tapi, walaupun cuma jalan kaki pada masa yang sama senaman ini turut menggerakkan seluruh anggota tubuh. Inilah yang penting untuk bakar lemak kita.
Macam mana nak buat? Boleh ikut video dari Leslie Sansone ini. 2 batu/miles dalam masa 30 minit saja. Ibaratnya kita dah berjalan 3.2 KM ( 1 batu/miles = 1.6 KM). Jom pecah peluh.
Selamat mencuba!
Tip Tanam Sayur Cara Organik, Sebelum Tanam Suburkan Dulu Tanah Guna Sisa Makanan

Isi Kandungan
ToggleBagi yang nak cuba kaedah penanaman sayur organik di rumah, perkongsian daripada Mat Diy ini boleh dijadikan panduan. Sayur yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun atau bahan kimia.
Dalam usaha mendapatkan hasil sayur yang elok, ujarnya perkara pertama yang dilakukan adalah menyediakan tanah yang subur, gembur dan terbaik untuk pokok.
Caranya adalah dengan memberi zat kepada tanah menggunakan sisa makanan atau sisa organik yang ada di rumah.
Ini perkongsian beliau yang boleh kita ikuti.
Guna sisa organik dari dapur sendiri
Saya sangat suka dengan konsep penanaman secara organik. Maksudnya tanpa perlu racun atau baja sintetik/kimia yang terhasil dari makmal kimia. Jadi saya suka cari maklumat dan baca hal-hal yang berkaitan dengan kaedah tersebut.
Tanaman di sekeliling rumah saya memang tiada menggunakan baja kimia sintetik. Semua sisa organik dari dapur seperti sisa sayuran, perut ikan malahan rumput yang jiran potong pun saya ambil dan tanam dalam batas sayur, dalam pasu atau di pangkal pokok.
Kita beri makan kepada cacing dan bakteria dalam tanah, barulah mereka akan rajin bekerja menyuburkan tanah untuk tanaman kita.
Caranya
- Buatkan ‘parit’ di tengah batas, kemudian masukkan semua sisa organik dan tanam. Untuk sisa masakan dan yang berminyak, seeloknya ditapis dan dibilas dengan air dulu.
2. Berikan masa 1-2 minggu untuk bakteria dan cacing bekerja menguraikan sisa makanan (cacing ini juga boleh dibeli jika dapati tanah tiada cacing).

3. Kemudian barulah pindahkan anak pokok yang sudah ada 3-4 daun di atas batas.
4. Ini adalah hasil sayur menggunakan cara penanaman organik. Sebelum itu bayam, kailan, kangkung, kubis dan bayam Brazil juga ditanam kaedah yang sama.
INFO
- Dalam pada yang sama boleh juga letakkan sisa makanan yang diletakkan terus pada celah- celah pokok yang membesar dengan cara mengorek lubang.
- Jangan risau tentang semut, semut pun salah satu agen penguraian sisa. Dalam masa sama ia bantu sebarkan bakteria dalam tanah.
- Selepas setiap pusingan tuaian gemburkan semula batas kemudian tanam banyak sisa organik.
- Sisa organik yang ditanam ini bukan saja baik untuk tanaman tapi dalam masa yang sama bantu kurangkan sampah yang dibuang.
TIP
- Untuk tanaman di pasu, beli tanah campuran yang ada jual di nursery. Sewaktu masukkan dalam pasu, campurkan dengan sedikit pasir dan rumput kering.
- Bagi yang mahu menanam dengan batas di tanah laman etc, cuma gemburkan sahaja tanah sedia ada dan naikkan batas. Kemudian buat proses tanam sisa organik seperti di atas.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mat Diy
Buat Sendiri Sup Bunjut. Bahan Memang Dah Ada Di Dapur Rumah Kita

Sup bunjut ini wajib ada kalau nak masak hidangan sup dan sering kali kita beli saja bila nak menggunakannya. Tapi lepas ini cuba buat sendiri.
Sebab nak buat sup bunjut ini punyalah senang. Semua bahan pun selalunya ada di rumah kita. Cuma tinggal gabung dan bungkus saja. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Delihayat Kitchen
Bahan (untuk satu bunjut):
1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil – masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih
Bahan yang dipecah-pecahkan:
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi (mustard seed)
Secubit biji kas-kas (kalau tiada pun tak mengapa)
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan rempah dalam kain kasa, lilit dengan benang. Dah boleh gunakan.
- Seeloknya buat banyak sekali gus sup bunjut ini supaya mudah untuk gunakan bila teringin masak sup. Jimat RM1.50.
- Sup bunjut yang siap dibuat simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Delihayat Kitchen
Artikel berkait:
Tip Masak Sup Telur Suhun Yang Sedap, Telur Pun Tak Berterabur
Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel. Tambah Crabstick, Hirup Panas- Panas Memang Layan
Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini
Klik sini untuk sertai telegram channel Vanilla Kismis
Dah Beli Celery, Simpan Tunggul Untuk Tanam. Supaya Pokok Tak Mati Guna Tanah Jenis Ini

Sayur celery atau saderi ini memang selalu kita gunakan dalam masakan jenis sup. Buat goreng goreng pun sedap kerana rangup.
Pokok celery ini juga sebenarnya boleh kita tanam sendiri di rumah. Tip nak cepat tumbuh, tanam guna tunggulnya, tak perlu guna biji benih. Caranya dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Cara tanam pokok celery, semai guna tunggul
Hidup dah pokok celery. Tunggul kita semai. Pakai medium tanah berpasir.Lepas ni dah boleh baja, biar gemuk jadi tak perlu dah beli setongkol besar celery. Nak pakai ambil saja satu pelepah, kan jimat. Cara tanam;
1. Bila beli celery, simpan tunggul untuk disemai. Tak perlu cari tunggul yang ada akar, boleh tanam terus.
2. Tanam tunggul celery dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Sebab pokok celery tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.
3. Kemudian siram tapi pastikan jangan banyak. Cara saya, siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air supaya tanah lembap. Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit saja waktu pagi.
4. Dah tanam jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, cuma tak panas dan tak kena hujan.
5. Nak tanam pokok celery ini apa yang penting, pastikan tak siram banyak air, jangan letak tempat panas sangat dan guna pasir bila semai. Air yang banyak dan terdedah pada panas selalu jadi punca pokok celery mati.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zaid Azizy Yaakob.