
Bagi yang belum ada bajet untuk buat kabinet dapur atau pun tinggal di rumah sewa mungkin boleh praktikkan idea daripada Kelana Salikin ini.
Boleh DIY kabinet dapur dari rak buku. Ringkas, mudah pasang dan paling penting murah. Total bajet cuma RM208.90, namun fungsi tetap sama boleh simpan barang.
Kabinet dapur bajet, modal RM208 saja
Barang yang digunakan
Storage Box : RM89.90 x 2 = RM179.80
HD Shelf Bracket : RM6.50 x 4 = RM26.00
L Bracket : RM2.10
Skru : RM 1.00
TOTAL : RM 208.90 sahaja
Ini rak yang digunakan. Klik SINI untuk beli.
Rak buku ni tebal dan agak berat sedikit daripada rak buku tanpa pintu.
Idea daripada Shuhaimi Zulkefli.
Simple saja kan. Selamat mencuba.
Sumber: Kelana Salikin
Cara Tanam Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih. Letak Atas Tisu Basah, Keluar ‘Tanduk’ Baru Semai

Pokok bunga matahari ini kalau tanam di laman rumah memang berseri. Orang lalu lalang pun rasa geram melihatnya bila sudah berbunga.
Ramai yang teringin nak tanam bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Ardi Tani.
Cara semai biji benih bunga matahari
1. Sediakan biji benih. Biji ini dibeli menjual makanan haiwan (boleh juga cari di nurseri atau beli atas talian tapi jangan guna kuaci yang selalu kita makan kerana ia telah dimasak).
2. Letak 2 lapisan tisu, lembapkan.
3. Susun biji benih yang sudah dikupas.
4. Letak selapis lagi tisu di atas benih dan spray supaya basah lencun.
5. Tutup bekas simpan di tempat tak terkena cahaya.
6. Lepas dua hari boleh periksa biji benih.
7. Jika dah keluar ekor atau tanduk macam dalam gambar di bawah biasanya dah boleh letak dalam polibeg kecil atau pasu kecil semaian untuk pembesaran seterusnya.
Selepas 2 bulan disemai anak benih pokok bunga matahari biasanya akan berbunga. Pastikan cukup air dan baja.
Pokok bunga matahari mampu hidup 5-6 bulan dan mampu menghasilkan 20-30 kuntum bunga. Ketinggian pokok matahari mampu lebih 2 meter.
Selamat mencuba
Sumber: Ardi Tani
DIY ‘Face Mist’ Hanya Guna Timun Untuk Pulihkan Sunburn, Sejukkan Kulit Ketika Cuaca Panas

Isi Kandungan
Toggle
Cuaca yang sentiasa panas boleh buat kulit kita perit. Kalau korang antara yang selalu kena kerja di luar dan terdedah dengan panas matahari disarankan gunakan face mist.
Lagi bagus kalau yang gunakan bahan semula jadi memandangkan kita akan selalu menyemburnya pada wajah.
Macam yang dihasilkan oleh Tengku Wdec ini. Menariknya ia dihasilkan dengan menggunakan hanya timun yang memang selalu digunakan dalam rawatan wajah.
Menurutnya face mist ini bukan saja untuk menyejukkan wajah yang perit akibat bahang mentari tapi juga untuk mengecilkan liang pori, tegangkan kulit dan kurangkan mata yang lebam.
Boleh juga digunakan jika wajah mengalami sunburn dan masalah jerawat. Berikut adalah perkongsian Tengku Wdec tentang cara-cara membuat face mist.
Cara buat face mist dari timun
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh Tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Langkah 1
Potong sebatang timun kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Langkah 2
Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
Langkah 3
Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
Langkah 4
Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai Mr DIY. Bila dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
Langkah 5
Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Tak perlu bilas, biar ia kering sendiri di wajah.
Fungsi produk face mist di pasaran
- Untuk membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit.
- Ia juga digunakan sebelum mengenakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
- Jika wajah berjerawat kemerahan atau sensitif face mist berfungsi untuk mengurangkan rasa tidak selesa tadi dengan meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Sumber: Tengku Wdec
Nak Tanam Semula Sayur Dalam Pasu, Rawat Dulu Tanah Lama Supaya Kembali Subur. Ini Langkahnya

Tanam sayur di rumah dalam pasu saja dan dah pun beberapa kali tuai hasil. Hajatnya nak tanam sayur lain pula, tapi sebelum itu seeloknya dirawat dulu tanah lama dalam pasu sebelum digunakan semula.
Ia penting supaya tanah kembali bernutrisi dan mampu menyuburkan tanaman. Langkah untuk merawat tanah ini ada dikongsi oleh usahawan tani Faiz Kebun AB Goncang.
7 langkah rawat tanah lama untuk digunakan semula
1. Keluarkan tanah lama daripada pasu. Buangkan akar, dahan dan reranting lama yang bersaiz besar daripada tanah.
2. Jemur seharian tanah lama di bawah pancaran cahaya matahari yang terik untuk mematikan segala serangga perosak, ulat, semut dan telur serangga.
3. Kemudian, rawat tanah lama yang telah dijemur tadi dengan menabur satu sudu besar dolomite untuk menstabilkan pH tanah supaya tidak berasid. Tanah yang stabil mempunyai pH dalam lingkungan 5.5-6.5 supaya penyerapan nutrien lebih berkesan.
4. Setelah itu, campurkan 1 bahagian kompos pada tanah lama bagi menambah kandungan nutrien dan mikrob baik pada tanah.
5. Gaul sebati campuran dolomite dan kompos tadi.
6. Setelah sebati dan rata, masukkan semula tanah yang telah dirawat tadi di dalam pasu yang telah kita cuci bersih.
7. Siram tanah tersebut dengan air, dan seeloknya biarkan selama seminggu sebelum diguna semula untuk menanam pokok. Jika ada, boleh juga sembur EM (Effective microbe) untuk menambah kandungan mikrob pada tanah.
📌NOTA
- Jika tiada dolomite untuk stabilkan pH tanah, boleh guna epsom salt (tabur dalam 2 sudu besar)
- Jika tiada kompos untuk tambah kandungan nutrien pada tanah, boleh guna baja tahi ayam (tabur dalam segenggam) atau boleh campurkan tanah lama dengan tanah baru seperti tanah campuran 6 in 1 (gunakan sebanyak 1 bahagian).
Semoga bermanfaat.
Sumber: Faiz Kebun AB Goncang