
Ironing board ini wajib ada di rumah untuk kerja menggosok baju tapi satu masalahnya adalah saiznya agak besar dan ‘makan’ banyak ruang.
Kalau bilik kecil apatah lagi, boleh jadi makin sempit. Selain itu selalu juga kita terlanggar kaki alat ini.
Bagi mengatasi masalah ini , idea dari Nurul Farah Wahida ini mungkin boleh kita praktikkan di rumah.
- Buat sendiri tempat gantung ironing board bersama dengan rak letak seterika. Selesai masalah.
2. Atau kalau tiada kemahiran bertukang, boleh beli terus set alat gantung iron board dan seterika di Shopee macam yang dilakukan oleh Nur Shafini. Ada dijual ya, kita je tak tahu.
Boleh klik SINI untuk beli di Shopee. Harga pun tak mahal cuma RM16.90 saja.
Sumber: Nurul Farah Wahida
Kalau Guna Langsir Railing, Pastikan Guna Cangkuk Yang Betul. Nampak Sama Tapi Fungsi Berbeza

Isi Kandungan
ToggleBagi yang guna langsir railing, kerja buka dan pasang semula cangkuk langsir ini selepas basuh atau bila tukar langsir baru memang agak mencabar.
Tapi perasan tak cangkuk langsir railing ini ada dua jenis iaitu, cangkuk di tengah dan satu lagi cangkuk di atas.
Biasanya kita ‘belasah’ saja guna yang mana-mana pun. Haaa…salah tu! Ramai tak tahu sebenarnya dua cangkuk ini berbeza fungsi.
Kalau salah guna cangkuk, langsir nampak tak kemas, railing kelihatan dan langsir pun boleh tersangkut. Cara guna cangkuk yang betul dikongsi oleh Mea Edie.
Cangkuk railing ada 2 jenis
Kot ada yang dah lupa atau tak tau lagi. Saya share semula tentang jenis cangkuk dan fungsinya.
No.1 untuk day curtain (railing belakang)
No.2 untuk night curtain (railing depan)
Fungsi pun berbeza
Fungsi cangkuk no.1 supaya langsir tidak tersangkut pada braket railing.
Fungsi cangkuk no.2 untuk menutup railing
Nampak sama tapi tak serupa. Untuk pengguna double railing pastikan guna cangkuk yang betul.
Sumber: Mea Edie
Buat Sendiri Ayam Bawang Pulau Pinang, Rasa Macam Makan Di Restoren Nasi Kandar

Menu ayam bawang ini memang kegemaran kalau makan di restoren nasi kandar. Malah ada juga yang sanggup ke restoren nasi kandar di Penang semata untuk makan lauk ayam bawang ini.
Mesti ramai juga yang tertanya-tanya macam manalah nak buat ayam bawang yang sedap ni. Okay, ini dia cara membuatnya ya, dikongsi oleh orang Penang sendiri Che Atie.
Cara buat ayam bawang Pulau Pinang
1. Sediakan bawang besar selabu dimayang halus, daun pandan sehelai di potong empat, daun kari setangkai dan ayam digaul garam kunyit.
2. Mula-mula goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
3. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam garam kunyit. Goreng ayam tiga perempat masak.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi satu senduk dan tumis daun pandan, daun kari, rempah empat sekawan.
5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
6. Masuk pes bawang besar satu labu yang dikisar dengan air. Masuk pes dulu, kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
7. Seterusnya masuk 2 sudu serbuk cili, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh, 1 sudu serbuk kari daging, setengah sudu garam masala. Kacau.
8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato, sos tiram. Kacau.
9. Masuk garam gula secukup rasa, Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati, kuah biar pekat.
10. Masuk ayam yang digoreng tadi, kacau biar sebati.
11. Akhirnya sekali masuk bawang yang digoreng tadi. Kacau, siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Che Atie
Guna Siku Tekan Lif, Nampak Pelik Tapi Ini Cara Elak Dari Dijangkiti Virus

Ketika penularan virus coronar melanda di serata negara termasuk Malaysia kita perlu sememangnya perlu lebih menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
Bimbang penyakit yang sudah menyebabkan banyak kematian ini menjangkiti diri dan ahli keluarga. Salah satu caranya menurut Dr Taufiq Razif adalah dengan mengelak dari menyentuh tiga tempat ini.
Ini gambar lif utama di Hospital yang saya baru discaj semalam. Bayangkan berapa ribu jari yang sentuh butang lif ni setiap hari?
Dah la hospital ni memang tempat orang sakit. Lebih lebih lagi yang paling ditakuti sekarang yang ada Coronavirus. Kat Hospital saya bermalam semalam, siap ada tukang check suhu lagi di pintu utama sebab nak saring orang yang demam. Takutnya demam sebab Coronavirus ni lah.
Mereka yang ada Coronavirus ni akan batuk dan bersin. Mereka akan tutup mulut guna tangan. Tangan ni lah juga nanti mereka akan guna untuk sentuh barang barang di sekeliling mereka.
Isteri saya Medical Doctor tapi dia ni ada tabiat pelik sikit tau. Tiap kali dia sentuh butang lif, dia akan guna siku dia. Takpun dia guna tisu. Mula mula saya ingat dia OCD ke apa. Rupanya sekarang saya baru tahu, apa yang dia buat selama ni adalah benda yang betul.
Elak sentuh guna tangan 3 tempat ini
Dia pesan, kurangkan guna tangan kalau nak sentuh tiga tempat ni;
1. Tombol pintu ( terutamanya pintu toilet)
2. Butang lif ( terutamanya di hospital)
3. Barang barang yang dikongsi bersama.
Tangan kita ada kalenjar peluh dan kalenjar minyak/sebum yang mengekalkan kelembapan pada tangan supaya tak merekah tapi benda ni juga yang akan perangkap kuman pada tangan kita bila kita guna tangan kita untuk tutup mulut masa batuk dan juga bersin.
Dan tangan tu lah nanti yang akan sentuh dan sebar kuman ke mana mana. Anak saya Aisha Soolihah pun sekarang tengah berhingus hijau sebab dia pergi jilat kerusi. Jilat pulak bahagian kerusi yang orang letak tangan tu. Allahu. Menjerit isteri saya semalam nak halang dia jilat tapi budak budak ni memang laju daripada kita.
Apa pun, inilah ikhtibar untuk kita semua. Virus and bacteria are real tuan puan semua. Amal dan ajarkan tips yang isteri saya ajar ni pada semua ya.
Sumber: Taufiq Razif