Bagi yang suka makan pedas-pedas stok sambal belacan memang wajib ada di rumah.
Nak lagi mudah buat banyak terus.
Tapi untuk buat stok sambal belacan begini kena ikut sukatan bahan yang betul barulah rasa sambal sedap, cukup pedas dalam masa yang sama rasa manis dan masamnya.
Selain itu bila dah buat dalam kuantiti banyak ada tip dan petua perlu dilakukan supaya sambal tahan lama, wangi dan tak buat kita sakit perut walau pun pedas.
Cara buat stok sambal belacan, sukatan bahan dan semua tip untuk hasilkan sambal belacan yang pedas, sedap, tahan lama dan wangi ini dikongsi oleh Nurulain Insyirah.
Sukatan & petua buat stok sambal belacan yang sedap, pedas & tahan lama
Ads
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti ais Ikut petua ini dulu;
Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam supaya sambal belacan tahan lama.
Ads
Petua 3
Limau kasturi kisar bersama kulit (buang biji) agar sambal lebih wangi dan sedap. Info: kulit limau kasturi tidak rasa pahit.
Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tak sakit perut makan sambal.
Ikut sukatan ini
Ads
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Cara membuat:
Kisar kasar semua bahan ini
Boleh tambah bahan jika mahu buat dalam kuantiti yang lebih banyak.
Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak makan, ambil saja.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena serangan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mati.
Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.
Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.
DIY air semburan untuk pulih pokok cili kena serangan ulat putih
Hari ini nak kongsi cara buat kawalan serangga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.
Alhamdulillah belalang dan semut pun takde. Yang penting tiada racun berbahaya digunakan.
Bahan-bahannya
1 sudu syampu kanak-kanak (saya guna Johnson’s jenis soft and smooth
1 sudu cuka makan
Bancuh dalam 1 liter air
Sembur ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau 2 kali ikut keperluan.
Kenapa guna syampu kanak-kanak? Sebab shampu ini tiada kimia merbahaya, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan.
Stok Maggi Kari yang sinonim dengan hidangan hujung bulan ini memang sentiasa ada di rumah. Ini juga makanan kalau lapar malam hari.
Selalu bila masak mi ini sama kita rendam atau rebus tapi apa kata hujung bulan ini kita tukar sikit cara masak. Kita buat Maggi Kari versi tumis yang pedas ‘meletop’.
Maggi kari biasa pun dah pedas, yang ini tambah pula cili api memang terangkat! Caranya dikongsi oleh Syazlin Mansor.
Maggi kari versi tumis pedas terangkat
Bahan-bahan:
2 bungkus Maggi kari
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, gaul sekali dengan rempah kari Maggi.
2.Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, masukkan air ikut suka sama ada nak banyak kuah atau tak, tunggu sehingga mendidih.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan mi Maggi dan biar hingga mi lembut sebelum pecahkan telur. Biar telur masak kemudian tutup api. Boleh juga kalau nak masukkan sayur atau sosej.
Siap!
Sebaiknya buat Maggi ini bila anak dah tidur atau pergi sekolah ya!
Dah siram tapi tanaman tetap nampak tak subur, malah ada yang mati. Salah satu faktor yang harus dilihat kembali adalah waktu siraman yang dilakukan.
Untuk memastikan tanaman hidup subur siraman perlu dilakukan pada waktu yang sesuai. Malah perlu diketahui juga waktu yang tidak elok untuk melakukan siraman pada tanaman supaya tak memberi kesan ada pokok.
Selalu dengar orang pesan, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk siram tanaman ini ?
6.00 – 8.00 pagi
Ini waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.
5.00 – 6.00 petang
Boleh siram tapi jangan banyak sekadar lembap.
Elak siram tanaman pada 2 waktu ini
11.00 pagi – 3.00 petang
Ini adalah waktu matahari memuncak atau paling panas. Siraman yang dilakukan pada waktu ini hanya akan menyebabkan tanaman melecur dan kerosakan pada tisu dan sel tanaman.
6.00 petang- malam
Jangan siram terutama waktu malam. Ini adalah waktu pokok berehat. Proses tanaman akan terhenti pada malam hari, ini bermakna air yang disiram waktu ini tak dapat diserap dan di proses.
Lagipun siraman pada waktu ini juga mungkin menyebabkan tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah & merosakkan akar.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...