Bagi yang tinggal di taman perumahan, ruang untuk bercucuk tanam memang terhad. Pilihannya tanam dalam pasu atau polibeg, tak kira tanam pokok buah atau sayur.
Ikut sukatan ini sebelum masuk tanah dalam pasu
Tapi perkara paling asas jika mahu tanam pokok dalam pasu adalah campuran tanah yang hendak dimasukkan. Ada jenis dan sukatannya ya! Barulah anak pokok yang ditanam dalam pasu hidup subur.
Ads
Melalui perkongsian Azlan Che Soh campuran tanah terbaik untuk tanaman dalam pasu atau polibeg bagi kebanyakan pokok adalah 2+1+1 iaitu;
Ads
– 2 bahagian tanah hitam – 1 bahagian kompos (campuran taik ayam/kambing dengan daun hancur) – 1 bahagian tanah bakar
Ads
Ini anak pokok jambu air merah dan sukatan tanah yang diperlukan sebelum masuk dalam pasu.
Supaya tanah lebih gembur, pokok pun subur
Sukatan tanah seperti ini katanya untuk jadikan tanah lebih gembur, memberi ruang pengudaraan dan pengaliran air yang baik. Tanah tanah ini boleh dibeli di nurseri.
Boleh tambahkan 1/2 bahagian lagi pasir sungai (boleh beli di hardware).
Lepas siap tanam boleh juga tabur kulit telur yang sudah dihancurkan keliling anak pokok untuk kuatkan anak pokok. Tapi sebelum itu basuh dan keringkan kulit telur (untuk elak kehadiran semut) sebelum dihancurkan.
alau buat nasik lemak sambal bilis yang sedap memang penting. Tapi tak ramai yang mahir buat sambal yang enak, selalunya golongan ibu-ibu kita yang berumur pandai menghasilkannya.
Pun begitu nak hasilkan sambal yang sedap bukanlah susah sebenarnya. Cikgu Zazo Mohammad berkongsi rahsianya yang diperoleh daripada sahabatnya.
Caranya hanya dengan menumis gula. Mudahkan! tapi rasanya…
Tumis gula dulu sebelum tumis bahan lain
“Masya-Allah… Sedap sungguh. 1st time buat sambal ikan bilis yg sedap ni. Tumis gula jadikan karamel sebelum tumis cili kering. Terima kasih la sahabat Salz Eimas tak kedekut beri resepi ni. Siapa-siapa yg suka sambal ikan bilis boleh cuba resepi ni.
1. Panaskan minyak kemudian masukkan gula sehingga ia larut menjadi karamel.
2. Kemudian tumis bahan yang dikisah iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. Masak hingga terbit minyak.
3. Selepas itu masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dipotong. Masukkan juga air asam, gulam baram dan air sehingga sama paras.
4. Akhir sekali masukkan gula Melaka. Kecilkan api, tumis hingga keluar minyak barulah ditutup apinya.
5. Cara yang sama boleh juga digunakan untuk memasak sambal lain seperti udang, sotong atau puyuh.
Tempat duduk sekali dengan tempat simpan barang, macam ni kan senang. Perabot macam ni praktikal sangat untuk rumah yang kecil atau keluasan terhad.
Memang ada ottoman atau storage bench macam ni yang dijual tapi kita juga boleh buat sendiri. Kelebihan kalau buat sendiri, saiz boleh ikut kesesuaian rumah kita. Cara nak buat pun sebenarnya tak susah, level akak-anak atau makcik-makcik pun boleh buat.
Buktinya DIY storage bench ini dihasilkan oleh Siti Nor Mohamed. Caranya pun disertakan.
DIY storage bench meja makan
Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat. So, memandangkan nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Bulan puasa nak buat nanti tak larat nak bertukang.
Kali ni Mokcik order 2 keping plywood 18mm dan suruh kilang potong siap-siap ikut lebar. So, Mokcik hanya tinggal potong ikut panjang je la. Kurang la sikit kerja memotong kayu kat depan rumah nanti.
Inilah plywood yang dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang. Sangat tepat potongan dia. Rubberwood (20mm) belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu.
Mokcik wasap orang kilang plywood tu suh dia potong ikut macam dalam gambar di bawah. Takde la beritahu utk depan ke belakang. Kat rumah baru potong untuk side kiri kanan. Dari potongan 42.5cm tu.
Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping utk setiap satu bench. Penutup dia belum potong masa ni.
Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak saja, dalam tu boleh simpan macam-macam.
Ini lah rupa dia bila dibukak. Kayu penutup tu agak berat, lebih kurang 10kg.
So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan. Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.
Ini yang dah siap. Satu bench tu mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat. Satu lagi tu masih kosong, tak tau lagi nak letak apa. Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.
Untuk cat yang putih pakai 2 lapisan jotun majestic primer dan 2 lapisan Jotun majestic white silky matt. Bahagian penutup pakai Nippon hydro wood warna teak.
Disebabkan banyak kegunaan untuk masakan, ramai yang menanam pokok kunyit. Tapi masalah yang sering dirungutkan bila tanam pokok kunyit adalah daunnya akan kuning, kering, layu dan mati.
Jika ada yang berdepan masalah yang sama boleh atasinya mengikut tip yang dikongsi oleh Azizi Manap. Beliau menanam puluhan pokok kunyit di kediamannya dan hampir kesemuanya subur dan lebar daunnya. Tip berikut diberikan berdasarkan pengalamannya.
Tip supaya daun pokok kunyit lebar
Saya ingin kongsi cara saya tanam kunyit sebab ada ramai yang mengadu pokok kunyit yang ditanam kering, layu dan mati. Saya juga baru saja belajar menanam guna polibeg lebih kurang 4-5 bulan lepas.
Jangan letak bawah matahari teruk
Berdasarkan pengalaman, senang cerita kunyit suka tempat sejuk maksudnya redup. Jika diletak di bawah matahari terus tanpa hujan, kurang siram dan tanah kering daun kunyit akan kering. Jika terkena matahari pagi pokok kunyit masih boleh bertahan berbanding jika diletakkan di bawah cahaya matahari terik di mana hujung daunnya akan terbakar.
Ubah letak ke tempat teduh tanpa cahata matahari terik
Daripada sini saya pindahkan pokok kunyit dalam polibeg dan letak di tepi rumah, di tempat teduh. Tempat ini memang sejuk, berhampiran pokok dan hanya kena matahari pagi.
Bila ubah kedudukan saya lihat daun lebih lebar daun lebih hijau. Saya hanya guna baja urea dan letak sedikit nasi basi selain tanah digemburkan.
Boleh guna tanah ini
Tanah yang saya gunakan adalah = sekam bakar + sabut kelapa halus (cocopaet). Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar.
Alhamdulillah dari 3-4 pokok kini saya ada 37 pokok kunyit. Penggunaan cocopeat memang mudah, kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab. Apabila musim hujan tanaman tak terlalu terendam air. Ia juga tak mampat jadi akar senang bercambah dan pokok membesar dengan elok.
Korek pokok kunyit yang mati, layu
Lagi satu tip dalam 10 pokok yang kita tanam mesti ada salah satunya layu bantut dan mati. Korek isinya, jika masih cantik keras dan tak busuk biarkan saja supaya keluar tunak baru.
Jika ada pokok kunyit yang layu dan mati, potong semua daun dan batang, Insya-Allah akan tumbuh semula jika isinya tidak busuk. Jika ubi kunyit busuk elok dibuang saja, gemburkan tanah jika keras.
Semua tip ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, belajar dari kesilapan dan usaha sampai jadi.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...