Siapa yang ada anak kecil mesti biasa dengan keadaan bila anak yang sedang membesar ini mengadu kaki sakit pada waktu malam dan minta diurut.
Kadang-kadang ibu bapa pula risau dengan rungutan anak ini, bimbang ada masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan ibu bapa, menurut laman Root Of Science sakit kaki yang dirasai oleh anak ini dikaitkan dengan sakit disebabkan kanak-kanak itu sedang membesar(Growing pain).
Masalah ini selalunya berlaku pada kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Kemudian ia akan menyerang semula pada umur 8 hingga 12 tahun.
Walaupun kanak-kanak tersebut mengalami sakit pada kaki, selalunya mereka tidak akan berjalan terhincut-hincut seperti sakit orang dewasa. Ini kadang-kadang membuatkan ibu bapa merasakan anaknya itu sedang berlakon. Tetapi tidak, anak anda memang dalam kesakitan.
Growing Pain
Walaupun dalam istilah orang biasa kita panggil masalah ini sebagai ‘growing pain’, tetapi masih tiada lagi bukti dan kajian yang menunjukkan perkara ini berkait dengan tumbesaran seseorang kanak-kanak. Disebabkan itu ada sebahagian doktor memanggil masalah ini sebagai ‘recurrent nocturnal limb pain in children‘
Nocturnal- bermaksud waktu malam Limb – bermaksud anggota badan seperti kaki dan tangan
Ads
Oleh itu, ‘recurrent nocturnal limb pain in children‘ bermaksud kesakitan anggota badan pada kanak-kanak yang berlaku pada waktu malam secara berulang kali.
Disebabkan ia tidak berkait dengan tumbesaran seseorang kanak-kanak, kebanyakan doktor merasakan masalah ini mungkin disebabkan otot kaki yang digunakan secara berlebihan oleh seseorang kanak-kanak.
Kajian juga menemukan bahawa ‘Growing pain’ ini didapati lebih banyak berlaku pada kanak-kanak yang pada waktu paginya aktif bermain ataupun bersukan.
Berlaku jika aktif pada waktu pagi
Simptom dan tanda tanda kepada masalah sakit kaki disebabkan tumbesaran?
Growing pain ini selalunya menyebabkan rasa sakit yang teruk seolah-olah seperti rasa kejang kaki. Ia akan melibatkan kedua-dua belah kaki.
Ads
Masalah ini selalunya berlaku pada waktu petang atau malam terutamanya jika pada waktu paginya kanak-kanak tersebut terlalu aktif. Ia tidak akan berlaku waktu awal pagi.
anak-kanak ini juga tidak akan mengalami gaya jalan yang terhincut-hincut walaupun dia sedang mengalami sakit kaki.
Jika anak anda mempunyai simptom selain daripada yang diceritakan diatas, seperti sakit disebelah kaki sahaja, berjalan terhincut-hincut dan berlaku pada waktu pagi, anda dinasihati untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor
Apa perlu ibu bapa buat?
Satu rawatan yang telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan itu adalah dengan meregangkan otot tersebut.
Sebagai contoh, jika sakit itu berlaku dibahagian hadapan betis, anda boleh melipatkan lutut sehingga betis bertemu peha supaya bahagian hadapan betis meregang dan menegang.
Ads
Jika sakit itu berlaku di bahagian belakang lutut, luruskan lutut tersebut supaya ia meregang.
Jika masih tidak boleh, ibubapa boleh memberikan kanak-kanak tersebut ubat tahan sakit seperti paracetamol dan juga ibuprofen untuk mengurangkan sakit tersebut.
Boleh juga mencuba dengan mengurut kaki anak anda ataupun menggunakan tuala yang dipanaskan. Ibubapa diminta untuk berhati-hati bila menggunakan objek yang panas untuk rawatan ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
Walaupun ‘growing pain’ ini adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak, tetapi ibubapa perlulah membawa anak mereka jika mempunyai tanda-tanda yang lain. Tanda-tanda tersebut adalah:
Sakit pada sebelah kaki sahaja
Sakit pada sendi selain kaki
Sakit yang berlaku sepanjang malam hingga ke waktu pagi
Sendi yang bengkak
Demam
Berjalan terhincut ataupun tidak mahu berjalan
Ini kerana terdapat keadaan lain seperti jangkitan kuman pada sendi(septic arthritis) yang boleh meragut nyawa kanak-kanak tersebut. Ia juga boleh disebabkan perkara lain seperti patah ataupun keretakan pada tulang.
Dalam situasi ekonomi tak menentu dan keadaan pekerjaan kita yang tidak tahu bertahan lama atau tidak, sebolehnya kita mahu melunaskan hutang yang ada secepat mungkin.
Bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Manalah tahu jika diberhentikan kerja hutang masih banyak berbaki. Memang susah hati dibuatnya.
Bagi yang mahu melakukan misi melunaskan hutang secepat mungkin baik hutang kad kredit, hutang belajar, hutang kereta dan sebagainya boleh ikut apa dipraktikan oleh Eyfa Emir ini.
Dia nekad melangsaikan hutang RM20,000 yang mengganggu hidupnya dalam masa dua bulan saja. Untuk misi tersebut, ini yang beliau lakukan.
All out 2 bulan
Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Jangan risau kalau gaji kecil.
Jangan risau takde bisnes besar.
Jangan risau kalau takde support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tips mudah ni kat anda semua:
1. Tuliskan semua hutang
Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki
Pilih hutang mana nak setel dulu
Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu
Fokus untuk setelkan satu hutang dulu
2. Kurangkan belanja
Stop beli tudung baru
Stop beli baju baru
Stop beli kasut baru
Stop/kurangkan makan luar
Stop merokok kalau anda perokok
Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain
Kawal belanja sedia ada
3. Tambah pendapatan
Ramai stuck dekat sini sebenarnya
Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya
Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan
Setiap kaedah ada prosesnya
Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
Tujuh tahun mengidap kanser limfoma, cuma keluarga dan teman rapat Elyana saja yang mengetahui tentang penyakitnya itu.
Hanya ketika sudah berada di tahap empat barulah penyanyi ini mendedahkan segalanya.
Ramai yang kagum dengan ketabahan ibu muda ini. Dia boleh menanggung kesedihan sendiri dan pada masa yang sama mampu menampilkan keceriaan dan senyuman untuk melindungi derita yang dialami.
Biar penyakit belum kebah tapi pastinya selepas ini Elyana sedikit lega kerana sudah meluahkan segala yang dipendam seorang diri selama ini.
Namun hakikatnya bukan Elyana seorang saja yang berasa lega dengan pengakuan itu, sahabatnya Syura juga turut berasa demikian memandangkan sudah sekian lama dia menyimpan rahsia tersebut.
Pengakuan tersebut dibuat oleh Syura dalam entri terbaru di instagram @syurabadron.
Alhamdullillah.. aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ni. Selama ni aku terpaksa berlakon yg konon-kononya nya aku tak tau kau sakit beb.
By the way, aku salute dengan keberanian kau untuk berterus terang dengan masyarakat. Kau sangat kuat na. sangat… Aku sangat sayang kau beb. Sangat-sangat sayang.
Doa untuk kau sebagai sahabat akan sentiasa ada di setiap sujud aku. I love u to the moon and back sahabatku.. @elyanaofficial. Saya mohon doa dari semua juga ya Demikian titip Syura yang juga rakan seperjuangannya dalam program Gegar Vaganza.
Dialah fighter sebenar
Dalam pada itu Jihan Muse juga meluahkan rasa kagum pada Elyana kerana sentiasa mempamerkan senyuman dan keceriaan di sebalik penyakit kanser tahap empat yang dialami.
“Terima kasih anakku kerana kuat bantu emakmu bekerja. Tapi ada yg lebih kuat darimu. Semoga kita dpt mengambil dia sebagai contoh utk tidak sesekali putus asa dlm apa jua yg kita lakukan dlm hidup.
“Sentiasa senyum, positif dan menggembirakan org lain. Dialah fighter sebenar.”
Sama-sama kita doakan Elyana terus tabah berdepan dugaan penyakit kanser yang dihadapi.
Saat kehilangan insan tersayang kebanyakan kita akan menangis meratapi pemergian. Malah ada yang kemurungan.
Tapi berbeza pula buat pasangan ini Amizudin Bin Ahmat dan isterinya Aminur Fathi. Foto pasangan ini tular apabila tersenyum sambil menggendong jenazah anak perempuannya Auliya Amani yang meninggal dunia secara mengejut akibat sakit jantung.
Foto pasangan ini menjadi bahan bualan netizen kerana tidak menampakkan kesedihan atas pemergian anaknya. Namun hakikatnya hanya empunya diri saja yang mengetahui.
Amizudin dan Aminur ketika di bilik forensik Hospital Ipoh.
Tahu tentang situasi itu Amizudin baru-baru ini menerangkan situasi yang sebenarnya mengapa saat memangku jenazah anak dia masih mampu tersenyum. Ujarnya apa yang dilakukan sebenarnya untuk mendidik masyarakat agar tidak meratapi kematian.
Auliya Amani anak syurga
Kematian haram diratap
21 hari sebelum pemergian adik sudah beri petanda
Dalam pada itu cerita isterinya Aminur Fathi sebelum pemergian anak syurganya, Auliya sebenarnya sudah menunjukkan tanda cuma tidak dapat dibaca oleh dirinya dan suami.
21 hari sebelum pemergiannya, Auliya melakukan sesuatu yang di luar kebiasaannya. Allahuakhbar anakku…Mama baru sedar….
21 hari sebelum adik tinggalkan mama, adik dh bg hint yg adik akan pergi tinggalkan mama selamanya. Hari tu adik meragam taknak tidur. Macam2 mama buat adik taknak tidur. Mama ingat adik rindu ayah. Mama try bedung adik dgn kain pelikat ayah kut2 adik rindu ayah tapi adik taknak.
Tapi, bila mama bedung adik dgn selimut busuk kesayangan mama yg ada dekat rumah nenek ni, adik diam dan adik elok tidur lena. Ada mama wasap ayah pasal adik nak tidur mcm ni.
Selama adik hidup, adik mana suka selimut. Dan adik tak pernah mahu tidur kalau mama selimutkan adik even adik tidur dlm aircond sejuk macam nak beku. Adik mesti keluarkan adik dari selimut.
Nak tidur dibedung
Tapi hari tu, adik nak tidur dibedung dgn selimut busuk mama. Rupanya adik bagi hint adik bakal tidur dlm kain kafan yg tebal macam selimut busuk mama tu. Ya Allah adik….mama kehabisan kata-kata. Satu persatu sebenarnya tanda adik nak tinggalkan mama Allah dh tunjuk tapi mama tak sedar.
Dalam sebulan terakhir ni adik tak nak tengok kamera bila mama nak snap gambar. Semua gambar adik, adik berpaling muka. Dua minggu sebelum adik pergi, adik taknak kiss mama. Adik nak kiss ayah saja sampai mama jeles. Hihi…dan dlm masa yg sama mama dah perasan adik tidur dlm keadaan tangan tgh qiam. Allahuakhbar….tp masa tu mama tak fikir apa pn.
Dua hari sebelum adik pergi…adik asik nak kiss2 mama siap main lidah…adik mcm seronok sgt masa tu. Adik suka tarik muka mama kalau adik nak kiss mama. Muka nampak ceria. Selain adik suka curi2 tarik tangan mama pastu gigit jari mama pastu adik senyum. Sakit tau adik gigit tu sebab gigi adik dah ada 11 batang…
Adik..byknya memori sweet adik tinggalkan buat mama dan ayah. Mama dan ayah sentiasa merindui adik setiap masa. Tak pernah tak rindu.
Salam rindu dr mama dan ayah Amizudin Bin Ahmat
Moga pasangan ini tabah berdepan dugaan dan semoga Auliya ditempatkan di kalangan penghuni syurga.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...