Ada yang geli tapi ramai juga yang suka dengan hidangan kaki ayam. Punya isi yang lembut kalau dibuat sup, kerabu atau masak kicap memang sedap.
Bagi yang gemar makan kaki ayam, untunglah sebab makanan ini dikatakan punya banyak kolagen yang diketahui memang membantu menumbuhkan sel atau dalam erti kata lain awet muda.
Tapi betul ke? Kalau tak puas hati, ini penjelasan Dr Fatimah Salim tentang khasiat kaki ayam.
Apa itu kolagen?
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bersifat lekat atau menghasilkan pelekat’. Kolagen merupakan sejenis protein semulajadi yang banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang (vertebrate) termasuk manusia.
Ads
Kolagen banyak ditemui pada kulit (memberikan keanjalan), tisu penghubung seperti tendon dan ligamen (memberikan kekuatan tegangan) serta tulang rawan (memberikan fleksibiliti dan kekuatan).
Betul ke kaki ayam mengandungi kolagen?
Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Elok. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.
Ads
Khasiat lain kolagen
Sembuhkan luka
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam. Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Buang toksin
Kaki ayam yang dijadikan sup juga boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda. Tanda-tanda toksin banyak anda mungkin alami masalah sembelit. Jadi salah satu cara untuk mengeluarkannya adalah makan sup kaki ayam.
Ads
Baik untuk jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.
Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Walaupun ada banyak khasiat tapi kena makan berpada-pada, makan berlebihan pun ada mudaratnya.
Buat kek dah mahir, apa kata seterusnya belajar pula cara buat coklat ganache untuk hias kek. Bolehlah hasilkan kek birthday famili macam beli kat kedai bakeri.
Caranya pun mudah dan versi bajet. Tip ini dikongsi oleh homebaker sendiri Norlailanazira Mohd Agos.
Cara buat ganache versi bajet
Bahan diperlukan:
300g dark chocolate
150ml susu full cream
1 sudu Buttercup (fungsinya supaya ganache berkilat )
Info:
Sukatan ini untuk sebiji kek (yang ini kek Indulgence) saiz 9 inci.
Sukatan juga boleh ubah ikut cita rasa banyak atau sikit, yang penting ratio mesti 2:1. Contoh jika guna 400g dark chocm susu full cream 200ml.
Jika mahu ganache yang premium boleh gantikan dengan coklat yang lebih mahal dan susu cair digantikan dengan whipping cream.
Cara membuat:
1. Ambil periuk, isi air paip. Masak hingga mendidih kemudian tutup api. Ambil bowl berisi coklat dan butter masak guna kaedah double boil. Pastikan periuk lagi kecil dari mangkuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air mendidih tadi.
2. Kacau hingga coklat cair
3. Masukkan susu full cream dan kacau perlahan sampai sebati. Kena banyakkan bersabar gaul adunan ini sebab confirm berketul-ketul.
4. Kalau dia masih berketul juga, tapis saja.
5. Ini cara curah ganache. Kek dah simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ganache dituang waktu masih suam. Bukan panas ya, suam.
Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Sakit mata tengok, baru saja potong dah tumbuh balik.
Takkan asyik nak upah orang potong. Kalau rumah teres yang ada sikit saja tanah lagilah tak berbaloi nak panggil orang potong rumput. Nak sembur racun kimia takut pula maklumlah kat rumah anak anak.
Jadi alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya cuma pakai 2 bahan saja yang ada saja kat dapur. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Bahan yang digunakan
Cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight dengan kuasa lemon)
Cuka masakan
Alat penyembur
Caranya
Campurkan sebotol cuka masakan dengan 4 – 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kuantiti ikut keluasan kawasan yang penuh rumput. Kalau kawasan kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan.
Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan kemudian isikan dalam alat penyembur. Tak perlu campur air ya!
Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin dihapuskan.
Hasilnya
SebelumSelepas seminggu
INFO
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
TIP
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...