
Nampaknya rezeki pelakon utama filem Paskal Hairul Azreen semakin murah. Selepas kejayaan filem tersebut terbaru semalam dia berkongsi berita gembira bakal menambah bilangan ahli keluarga.
“Alhamdulillah, insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik. Rezeki milik Allah, thank you Allah,”tulisnya ringkas dalam satu posting di instagram sekali gus memberi hint isterinya Hanis Zalikha sedang hamil.
Khabar tersebut dikongsi ketika dia bersama isteri dan Yusuf sedang bercuti di Tokyo Jepun.
View this post on Instagram
Alhamdulillah , insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik ?? #RezekiMilikALLAH thank you Allah ☝️
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Dalam pada itu di ruangan komen untuk posting tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh para peminat Hairul dan juga Hanis.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan menimang cahaya mata pertama Yusuf Iskandar pada Jun 2016.
Patutlah kebelakangan ni tengok muka Hanis berseri-seri rupanya ada isi. Apapun tahniah dari team VK!
Sumber: hairulazreen
Peranakan Rosak Akibat Endometriosis Tahap 4, Ini Dugaan Yang Perlu Dilalui Oleh Mawar Untuk Hamil. Bukan Mudah!

Isi Kandungan
ToggleDua tahun mendirikan rumah tangga pasangan selebriti Fizo dan Mawar masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun berkat kesabaran dan usaha rezeki pasangan ini menjelma bila Mei lalu Mawar akhirnya diberitakan hamil.
Bagi membantu kehamilan, Fizo dan Mawar sebenarnya mendapatkan khidmat rawatan daripada pakar sakit puan terkenal Dr. Hamid Arshat. Dan semalam pakar ini telah berkongsi permasalahan yang dialami oleh Mawar hingga menyebabkan usahawan tudung terkenal ini lewat hamil.
Penyebab utama yang dikesan menurut beliau adalah kerana Mawar mengalami masalah endometriosis. Semoga perkongsian berilmu daripada Dr Hamid ini membantu wanita lain yang belum dikurniakan cahaya mata .
Kisah pasangan Fizo dan Mawar
Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian boleh tersumbat. Cyst boleh tumbuh dalam ovari. Rahim boleh bengkak dan melekat kepada usus. Tapi dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah
Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6 hb January 2016 . Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.
Apabila saya kaji sejarah Kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja.Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit.
Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis. Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.
Rahim melekat pada usus
Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis , dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.
Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap. Pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb January 2016.
Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah ke peringkat 4, rahim lekat kepada usus dan kedua-dua saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovary kanan. Banyak parut-parut dan lekatan akibat penyakit endometriosis.
Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetulkan daripada retroverted kepada anteverted.
Dengan situasi kerosakkan teruk pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakannya.
Haid perlu dihentikan untuk bantu proses pemulihan
Di samping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu proses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormone estrogen disekat sepenuhnya.
Simptom-simptom menopause memang amat dirasai oleh Mawar, khususnya panas badan, gangguan-gangguan emosi dan tidur, lenguh-lenguh sendi dan lain-lain. Fizo pun sering ceritakan hal ini pada saya.
Tempoh ini sangat penting untuk beri peluang kepada peranakkan untuk menjalani proses baik pulih. Di samping itu, Mawar perlu makan bahan-bahan yang berzat dan berkhasiat.
Saya nasihatkan 70% makanannya terdiri dari yang mentah dan segar. Mawar juga diberi supplement multivitamin, vit C, vit E, fish oil Dan calcium.
Alhamdulillah hamil
Saya periksa Mawar setiap 3 bulan dan setahun lepas pembedahan masih lagi belum hamil. Tapi bila saya scan rahim nya normal dan anteverted.
Saya ingin tahu sama ada saluran fallopian yang dulu tersumbat dan telah saya repair sudah pulih atau belum. Pada 27 hb February 2017, Mawar menjalani x-ray HSG.
Alhamdulillah, keputusannya kedua-dua fallopian tube sudah terbuka, hanya ada sikit peritubal adhesion. Saya nasihatkan Mawar dan Fizo jika masih belum hamil dalam tempoh 6 bulan, sebaiknya buat rawatan bayi tabung uji atau IVF.
Alhamdulillah, pada 16hb May Mawar disahkan hamil, lambat haidnya selama 4 hari. LMP 12 hb april 2017.
Sumber: Dr Hamid Arshat
Henti Cakap Mengenai Diri Sendiri, Netizen Minta Usahawan Vivy Yusof Fikir Soal Bayi

Isi Kandungan
Toggle
Baru-baru ini umum mengetahui pengasas jenama Duck, Vivy Yusof baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan pada 10 Oktober lalu. Namun pada penghujung Oktober iaitu ketika masih dalam tempoh berpantang, Vivy memuat naik status di laman sosial mengatakan dia sudah kembali bekerja.
Ekoran itu, beliau dihentam teruk oleh wanita yang memandang serius tempoh berpantang. Ramai yang mengatakan Vivy tidak menjaga kesihatan. Malah ada yang bersetuju dengan pendapat ketika usia muda tidak rasa kesan tidak berpantang. Sebaliknya segala kesan buruk tidak berpantang akan dirasai pada hari tua.
Kasihan la pada si anak
Pun begitu, ramai juga yang meminta agar Vivy memikirkan bayi yang baru dilahirkan. Rasa kasihan jika si kecil ditinggalkan pada pembantu, pengasuh atau sesiapa sahaja. Ini kerana bayi yang baru lahir memerlukan lebih jagaan daripada ibunya sendiri.
Macam-macam boleh berlaku dalam masa 44 hari
Feeling productive again. Crammed in 6 back to back meetings in the morning and then back home to my little girl. It’s not that I don’t want to do my pantang properly – nothing feels better than a tungku session right now. But it feels wrong to just be home when you know your team is busy working hard for your company… and you as the owner, are sleeping during the day. ? Worse if you know there are mini issues to fix daily or if things get delayed and you drag the team down cos you “can’t be disturbed right now”. In a fast world like e-commerce, a lot can change in 44 days. Even my personal family holidays are max 4 days only, how to do 2 months off ? You know your body best anyway – if you’re well and energetic, then even the doctor says the sooner you go back to normal routine, the better. But then there’s my mom… ?? Any female entrepreneurs reading this? How did you do your confinement without the guilt? #pantangtalk (Wearing Profiterole Blurred Lines @theduckgroup, @mkitabymimpikita shirt and pants, @melandmolly shoes, all from @fashionvaletcom) #fvootd #vivyootd
VK pun rasa berpantang selepas bersalin itu penting. Namun kalau tuan empunya tubuh rasa dia sudah sihat dan berkeupayaan untuk bekerja, apa salahnya untuk dia bekerja? Lagipun bukan perlu angkat barang berat pun.
Sumber: Vivy Yusof
2 Sebab Kenapa Penulis Novel Thriller Terkenal Ramlee Awang Murshid Sanggup Jadi Mr.Mama, Urus Rumah Tangga

Isi Kandungan
Toggle
Mr. Mama atau lelaki yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah sementara isteri keluar bekerja memang sudah lama diperkatakan. Ada yang memandang sinis dan ada juga yang tidak kisah dengan fenomena ini.
Tapi tak sangka pula penulis novel thriller terkenal di negara kita, Ramlee Awang Murshid juga tergolong dalam Mr. Mama malah tak segan untuk mengakuinya.
“Ya, saya Mr Mama dan saya tak kisah dengan pandangan orang. Rutin saya sekarang seperti seorang suri rumah. Bangun jam 5.45, kejutkan anak isteri untuk Subuh, kemudian saya akan buat sarapan dan hantar anak ke sekolah.
“Pulang dari hantar anak sambung cuci dan jemur kain. Selesai solat Dhuha saya masak kemudian ambil anak dari sekolah,” ujar Ramlee.
Tiada masalah memasak
Ceritanya yang semakin mahir membuat kerja rumah, dia juga tiada masalah untuk memasak hidangan keluarga.
“Isteri ajar saya memasak, mula-mula tu kekok juga sebab tak pandai lagi. Tapi sekarang boleh lah nak buat ikan goreng atau tumis sayur, dah terrer sikit.
“Awal-awal dulu memanglah kita perasan kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Tapi saya ok saja,”katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun.
Hampir lima tahun bergelar Mr. Mama ujar penulis novel Tumbiruo Penunggu Rimba ini dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan duduk di rumah sejak tahun 2012.
“Selepas hampir 19 tahun bekerja sampai satu tahap saya rasa penat dan mahu bekerja sendiri. Lama saya berfikir dan akhirnya pada tahun 2012 saya ambil keputusan untuk berhenti.
“Di rumah bukanlah bermakna saya goyang kaki, selepas selesai melakukan kerja rumah saya akan menulis. Sebab itu saya tak kisah pandangan orang bila berhenti kerja,”ungkap bekas wartawan di Radio Televsiyen Malaysia (RTM) ini.
2 sebab, salah satunya…
Dalam pada itu cerita Ramlee ada lagi sebab lain yang mendorong dirinya semakin kuat membuat keputusan tersebut.
“Bila umur dan meningkat ini, banyak benda saya fikir. Salah satunya tentang rezeki. Saya tak mahu curi-curi masa bekerja untuk menulis, rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain,” kata suami kepada Dayang Aminah Datuk Aliudin yang telah menghasilkan 34 judul novel setakat ini.
Perubahan peranan ini juga tambah Ramlee membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan seorang ibu dan juga isteri.
“Sebenarnya ia satu pengalaman yang semua lelaki harus tahu. Kalau Rasulullah turut membantu isterinya, kenapa saya tidak boleh,”katanya yang tidak sabar menunggu tayangan filem Tumbiruo terbitan Astro Shaw Grup Buku Karangkraf dan Ideate Media yang akan bermula 12 Oktober nanti.