Tahu suami perokok tapi Jiha Shuib tak menjangka satu hari suaminya akan tumbang secara tiba-tiba.
Tak terfikir untuk membuat simpanan berdepan waktu kecemasan apatah lagi hidup dia dan suami serta dua anak cukup-cukup saja setiap bulan.
Tapi sampailah satu ketika, suaminya tumbang akibat serangan strok. Melihat suami terbaring kaku di hospital, dia gelabah. Pengalaman yang dilalui inilah membuatkan Jiha menitip pesanan ini kepada isteri lain di luar sana.
Tapi katanya selain wang simpanan wang, info penting tentang suami perlu diketahui agar urusan pada waktu kecemasan itu jadi lebih mudah. Ada 7 perkara penting yang isteri kena ‘korek’ daripada suami.
Tak pernah ada persediaan hadapi kecemasan
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu.
Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.
Sampailah satu masa dia tumbang…
Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Ads
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana.
Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah.
Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
Di sini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
7 perkara isteri perlu ambil peduli
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
Ads
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.
Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Ads
Kalau suami perahsia sila guna skill malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya.
Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Semua wanita idamkan dapur yang sentiasa kemas dan teratur. Tapi untuk mereliasasikan impian ini bajetlah yang jadi kekangan. Iyalah nak dapur kemas kenalah keluar modal beli barang untuk penstoran yang selalunya bukan murah juga.
Tapi kalau kurang bajet boleh ikut cara Dr Hani Mynis ini yang selalu saja berkongsi tip mudah uruskan kediaman. Menggunakan 10 barang dari kedai Eco RM2 saja pun dah boleh kemas.
1. Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu2 ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang. Tips hani utk beli bakul.
Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul
Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam-ngan muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat dalam satu ruang tu sebelum ni.
2. Bekas ‘tipuware’
Barang penstoran kedua yg bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk Eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna. Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware.
Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
3. Botol rempah kaca
Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harganya RM2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya. Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat.
Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering.
Jgn biarkan dia kering sendiri Jangan letak kat tempat lembap.
4. Bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes yang Hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
5. Rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni
6. Rak kecil
Rak kecil ni hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan.
7. Jaring besi, shook dan command hook
Hani gunakan utk sangkut penapis-penapis.
8. Magazine holder
Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tp baru-baru ni Hani nampak kat Eco pun dah jual.
9. Pants hanger
Untuk hani susun botol-botol kegunaan pembersihan dan pencucian.
10. Bakul magazine holder
Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.
Tengah panas, dapat makan kelapa jeli mememang sejuk tekak. Bukan anak-anak saja suka kita yang dewasa pun sama.
Jika selalu beli di kedai makan, kali ini cuba buat sendiri sebab nak membuatnya semudah ABC. Kalau di rumah ada banyak pokok kelapa kelapa jeli ini boleh buat berniaga pula.
Boleh ikut resipi kelapa jeli yang dikongsi oleh Nora Atikah ini.
Buat kelapa jeli semudah ABC
Bahan-bahan:
10 biji kelapa muda ambil airnya
3000 ml air
Sepaket serbuk Jeli Kelapa
2 senduk gula
Bekas kecil
Isi Kelapa – dihiris
Cara membuat
1. Didihkan air Kelapa bersama air 3000ml (saya guna 3000 ml air kelapa tak campur air).
2. Masukkan gula 2 senduk, biar gula larut.
3. Gula dah larut masuk sepaket serbuk jeli kelapa.
4. Masak hingga mendidih kemudian terus tutup api.
5. Sediakan bekas kecil, letak siap-siap isi kelapa yang dihiris. Tuang air kelapa tadi.
6. Biarkan sejuk kemudian tutup bekas. Simpan dalam peti ais semalaman. Esok bolehlah di makan waktu tengah hari yang panas. Memang sedap!
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...