Hampir setiap hari di rumah kita membancuh teh menggunakan uncang. Selepas pakai selalunya kita buang saja uncang teh.
Tapi lepas lihat perkongsian Armanshah Mohamad Tahir apa kata kita simpan terutama jika suka bercucuk tanam.
Ads
Uncang teh terpakai ini digunakan untuk menanam benih cili dan hasilnya benih cili cepat tumbur dan cantik. Caranya boleh ikut perkongsian ini.
Benih anak cili guna uncang teh
1. Saya tanam benih cili menggunakan teh uncang yg telah digunakan untuk dapatkan cili yg cantik.
Selain itu benih juga cepat tumbuh. Daun teh boleh jadi medium dan baja pada anak benih cili.
2. Caranya bubuh sedikit air dalam uncang teh yang dibuka supaya lembap sedikit. Ini kerana serbuk teh cepat kering kalau panas, lagi pun memudahkan benih bercambah.
3. Jika dah ditanam boleh guna air basuhan beras untuk siram pokok cili. Lagi subur dan cepat berbunga
4. Saya juga gunakan baja kopi, dari sisa kopi asli iaitu kopi kasar/ dan campuran baja yg berbau kopi (beli di Eco Shop)
Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Kalau tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
Tanam pokok sup dari biji benih & penjagaannya supaya kekal subur
Foto: Facebook Ardi Tani1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yg terik.
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Fenomena cuaca sekarang memang buat ramai mengeluh, di luar dah tentu panas, duduk dalam rumah pun terasa panas.
Malah dalam rumah waktu malam pun terasa bahang. Kalau ini yang dirasa sekarang penyebabnya bukanlah semata-mata kerana cuaca panas tapi juga reka bentuk rumah yang kita duduki.
Untuk yang merancang membeli kediaman seeloknya info perkongsian perunding hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad ini dijadikan panduan.
Salah satu pesannya elakkan dari membeli kediaman dengan reka bentuk bumbung yang pendek dan beliau menerangkan sebabnya.
Makin banyak rumah bumbung pendek, cantik tapi…
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
Tak sesuai dengan cuaca negara kita
1. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
2. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
3. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
4. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
5. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
6. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
7. Elakkan beli kediaman moden, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil reka bentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Reka bentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.
Kalau anda antara yang dah mencuba macam-macam produk untuk hilangkan masalah jerawat dan parutnya tapi tak juga berkesan mungkin boleh cuba cara yang dikongsi gadis ini.
Dengan hanya menggunakan tomato beku, ia jadi penyelesaian untuk masalah jerawat dan parut degil yang dialami. Paling best amalan ini juga membuatkan kulit wajahnya makin berseri.
Berikut adalah perkongsian Asha Zakaria yang boleh korang praktikkan. Mudah sangat caranya. Murah pulak tu.
Bahan hanya satu biji tomato!
Tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil!
Boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan cuma satu biji buah tomato.
Cara-caranya
Cuci dan simpan buah tomati ini dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Biarkan selama sehari. Kemudian potong dua.
Ambil sebelah dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.
Biarkan selama satu jam sebelum mencucinya seperti biasa.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...