Sejak semalam tular video beberapa individu merosakkan sebuah kereta yang berada dalam kawasan rumah berikutan mahu ditarik oleh pihak bank dipercayai mempunyai tunggakan bayaran selama 8 bulan.
Tidak dapat dipastikan motif tindakan tersebut ambil namun menurut Pakar Kewangan dan Motivator, Dr Azizul Azli Ahmad, perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pemilik kenderaan.
Beliau dalam itu turut memberikan langkah yang sepatutnya dilakukan sekiranya berdepan dengan tindakan kereta ditarik oleh pihat bank akibat terdapat tunggakan bayaran.
Langkah perlu diambil jika kereta ditarik bank
Jika kereta anda ditarik oleh pihak bank kerana kegagalan membayar ansuran, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:
1. Hubungi pihak bank
Langkah pertama ialah menghubungi pihak bank yang menarik kereta anda. Anda perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai jumlah tertunggak, sebab penarikan, dan proses untuk mendapatkan semula kereta.
Ads
2. Semak baki tertunggak
Dapatkan penyata terkini untuk mengetahui jumlah tunggakan ansuran, faedah, dan yuran tambahan yang mungkin dikenakan seperti kos penarikan dan simpanan kereta.
3. Berbincang dengan pihak bank
Cuba berunding dengan pihak bank untuk mendapatkan pelan pembayaran yang lebih sesuai. Dalam sesetengah kes, bank mungkin bersedia menawarkan pelan pembayaran tertunggak secara ansuran atau melanjutkan tempoh pembayaran. Benda boleh bincang bang!
Tindakan merosakkan kereta hanya akan mengurangkan nilai kereta dan menambah hutang.
4. Buat bayaran tertunggak
Jika anda mahu mendapatkan semula kereta, anda perlu melangsaikan ansuran tertunggak, termasuk kos penarikan dan simpanan. Hanya selepas pembayaran ini dibuat, barulah anda boleh menuntut kereta anda.
Ads
5. Pertimbangkan penstrukturan semula pinjaman
Jika keadaan kewangan anda tidak memungkinkan anda untuk membayar semua tertunggak sekaligus, tanya pihak bank tentang kemungkinan menstruktur semula pinjaman, seperti melanjutkan tempoh pinjaman atau mengurangkan bayaran bulanan.
6. Jual balik kereta
Sekiranya anda tidak mampu menanggung ansuran, mungkin lebih baik untuk berbincang dengan pihak bank mengenai penjualan kereta bagi menutup baki hutang. Dalam kes ini, bank mungkin membantu menjual kereta, dan hasil jualan akan digunakan untuk membayar hutang.
Ads
7. Minta nasihat kewangan
Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menguruskan situasi ini, dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan atau kaunselor kredit yang boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak mengenai kewangan anda.
8. Jangan rosakkan kenderaan
Hutang kenderaan masih atas nama kita, merosakkan kenderaan hanya akan mengurangkan nilai kenderaan. Semakin rendah nilai, semakin besar hutang kita.
Ingat, semakin cepat anda bertindak, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan semula kereta atau mengurangkan kos tambahan. Jika tak mampu bayar, berbincanglah dengan pihak bank bukannya larikan diri atau rosakkan kenderaan sendiri.
Kereta bila dah lama guna bukan saja cat makin pudar, bahagian dalam pun sama. Ini termasuklah bahagian panel pintu kereta dan juga dashboard. Nampak kusam dan juga kotor.
Memang ada banyak saja produk pembersih yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian ini tapi kalau nak jimat kita pun boleh DIY bahan pencuci sendiri.
Dikongsi oleh Radi Apiz dengan hanya mengggunakan campuran bahan yang sedia ada di rumah iaitu cuka dan baking soda dia membersihkan panel pintu kereta yang hasilnya berkesan.
Bersihkan panel pintu kereta yang kusam guna 2 bahan dapur saja
Saya nak share tentang penjagaan panel pintu kereta. Mesti ramai yang tak kisah dengan panel pintu sebab tak nampak kotor kan. Ok tengok pada pic di bawah ni.
Ni panel pintu kereta myvi. Panel pvc nya berwarna terang. Kita x perasan kalau warna tu semakin gelap sebab melekat kotoran. Tapi bila dicuci dgn sabun khas utk pvc, berus sikit, kemudian lap dengan kain microfibre dah nampak bersih.
Buat separuh macam ni barulah nampak perbezaannya. Caranya;
1.Ambil cuka, baking soda, campurkan dan bubuh air suam.
2. Masukkan dalam botol spray kemudian spray pada panel PVC. Berus manja-manja kemudan lap dengan kain microfibre.
Selain panel pintu boleh juga buat cuci dashboard dan apa-apa PVC dalam kereta.
Dah bersungguh-sungguh mop lantai rumah tapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Frust betul. Ini memang situasi biasa bila mop lantai jenis tiles atau jubin.
Ada yang sanggup beli pencuci lantai mahal untuk pastikan dapat lantai yang licin berkilat. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun mengeluarkan wang tambahan untuk beli produk pencuci lain.
Percaya tak kita boleh guna pencuci pinggan yang memang dah ada di rumah untuk mop lantai tiles di rumah dan kesannya memang bersih berkilat. Cara ini dikongsi oleh Heze Zamri yang menurut beliau, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Tip lantai tiles licin berkilat
Sekadar sharing petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.
Petua ini dikongsi oleh saudara ibunda yang juga contractor cleaning services. Memandangkan dia tak dapat bantu bersihkan kediaman jadi dia share petua ini.
Kita memang biasa buat sambal belacan di rumah tapi bila makan di kedai Siam atau restoren Thai rasa sambalnya lebih sedap. Cukup rasa pedas, masam dan manisnya.
Cuma bila kita buat di rumah rasanya tak sama. Bagi yang suka sangat dengan sambal di kedai Siam boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi dikongsi oleh Afy Al Habibi.
Cara buat sambal belacan kedai Siam
Sediakan bahan-bahan di bawah:
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
Secubit dua ajino
Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat) TIP: Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
INFO: Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan, tak bakar macam sebelum ini.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...