Sebelum ini pernah viral foto satu kemalangan melibatkan seorang remaja di Pulau Pinang yang putus kaki.
Ketika kejadian salah seorang yang membantu remaja ini telah meletakkan ais pada kaki mangsa dan juga anggota yang terputus.
Tindakan ini mencetuskan tanda tanya ramai adakah ini cara betul untuk mengendalikan anggota badan yang terputus.
Jururawat Bel Nawhen berkongsi tindakan yang perlu kita lakukan jika terlibat dalam situasi ini.
Salur darah akan mati kalau tak diurus dengan betul
Saya pernah baca cerita seorang rakan yang bekerja di jabatan kecemasan. Waktu syif yang tenang bergegar bila seorang warganegara asing hadir dengan memegang jari rakannya yang sudah terputus.
“Misi, tolong, tolong. Yinni jari kawan punya juga. Putus kena itu mesin putung kaiyu” ujarnya.
Jari yang putus itu ditunjuk-tunjuk dan disua-suakan ke muka rakan saya yang bertugas. Beberapa minit selepas itu, barulah muncul tuan punya jari. Dah mabuk darah dah.
Apa jadi pada jari yang dibawa oleh rakannya? Dah mati dah pun salur darahnya. Sebab apa? Sebab tidak diuruskan dengan betul.
Hah, anda pula, jika jumpa kes kemalangan putus jari atau anggota badan anda buat apa?
Ads
Ambil handphone dan ambil gambar? Atau angkat dan letak sebelah anggota terlibat Atau Panik dan buat-buat tak nampak Ataupun Memang tahu cara nak uruskannya.
Cara betul urus anggota badan yang terputus
Apa-apa pun jika berlaku kecemasan begini, anda jangan panik. Anda tarik nafas dalam-dalam, agar anda boleh fikir cara yang betul untuk uruskan jari/anggota tersebut supaya ia boleh diselamatkan.
Bahagian yang terputus
1. Bersihkan bahagian terputus dengan air bersih/sterile dengan berhati-hati. Air bersih maknanya air yang bersih mengalir seperti air paip.
2. Balutkan bahagian terputus dengan kain yang bersih dan telah dilembapkan dengan air.
3. Letakkan bahagian yang dibalut tadi dalam beg plastik yang bersih.
Ads
4. Letakkan beg plastik tadi dalam bekas yang berisi ais. Pastikan beg atau bekas ini bersih dan selamat untuk dibawa. Tujuannya supaya salur darah terlibat tidak mati.
JANGAN LETAKKAN AIS SECARA LANGSUNG dengan jari atau bahagian yang terputus sebab sentuhan secara langsung ini akan menyebabkan salur darah terlibat mengalami kerosakan.
Cara rawat bahagian anggota badan yang masih selamat
1. Bersihkan anggota itu dengan air yang bersih.
Ads
2. Pastikan perdarahan telah berhenti atau hentikan perdarahan dengan memberikan tekanan pada bahagian tersebut. Boleh guna kainan bersih untuk tujuan ini.
3. Tinggikan sedikit bahagian ini keatas untuk mengurangkan pendarahan.
4. Kurangkan pergerakan anggota terlibat.
5. Balut bahagian terlibat dengan kain bersih atau bandage.
Jangan letakkan ais pada bahagian ini sebab ia masih berfungsi, hanya pastikan perdarahan telah berhenti.
Bawa mangsa dan anggota/jari terputus itu ke hospital. Lagi cepat anda bawa ke hospital, lagi tinggi kemungkinan anggota terlibat boleh disambung semula itupun dengan pengurusan yang betul dan bersih.
Jika merah dan suam petanda boleh sambung
Walaupun anda rasa jari atau anggota itu boleh disambung, penilaian doktor tetap perlu dilakukan. Jika masih kelihatan merah dan suam, ia merupakan petanda yang baik.
Jangan sesekali meletak atau sapu atau titis sebarang minyak atau krim ataupun serbuk apa-apa pun selain ikut petua sebarangan. Risiko jangkitan kuman terhadap anggota boleh berlaku selain kemungkinan anggota tersebut gagal disambungkan semula.
Kereta baru, pakai kereta baru setahun dua tapi dah masuk bengkel sebab rosak. Semuanya boleh jadi jika kita jadikan selalu buat 5 perkara di bawah. Info ini dikongsi dalam satu video pengusaha bengkel kereta @altimatsaujana.
Bagi yang pakai kereta baru take note ok!
1. Tak isi minyak walau lampu dah menyala atau berkelip-kelip.
Bila minyak sudah sedikit dalam tangkai dan kita masih tak isi, ia boleh rosakkan fuel pump. Ini kerana dalam tangki akan ada habuk kotor dan bila minyak tak diisi fuel pump akan menyedut sekali habuk ini. Ia boleh menyebabkan fuel pump tersumbat dan boleh rosak
2. Selalu tekan brek tiba-tiba atau mengejut
Kena biasakan tekan brek perlahan lahan. Jika selalu brek mengejut sistem brek akan overheating, brake pad juga senang haus dan brake disc juga cepat nipis.
3. Tak panaskan enjin sebelum memandu
Kena panaskan enjin seminit atau dua minit sebelum memulakan pemanduan. Ia membantu untuk memastikan minyak diagihkan kepada seluruh enjin pada kadar yang mencukupi dan membantu enjin mencapai suhu yang optimum.
4. Abaikan bunyi pelik
Kalau ada terdengar bunyi aneh, pelik yang luar kebiasaan bawalah kereta ke bengkel untuk pemeriksaan. Ia mesti berpunca dari masalah.
5. Selalu bawak muatan berlebihan
Contohnya bawa kereta kecil seperti Axia tapi bawa muatan yang berat. Jika selalu buat ia akan menjejaskan dan memendekkan jangka hayat suspension kereta.
Ia juga menyebabkan tekanan kepada kereta dan mengganggu pemanduan.Bukan itu saja brek juga akan berfungsi dalam keadaan kurang baik. Lagi satu penggunaan bahan api juga akan lebih.
Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik. Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.
Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun. Takkan nak guna peluntur pulak kan.
Jadi berikut adalah cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor. Hanya guna tiga bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
Langkah-langkah:
1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.
Kuih pau antara hidangan yang selalu jadi jualan. Ada pelbagai inti dan boleh makan bila-bila masa. Dapat pula yang gebu-gebu, memang sedap dimakan.
Jika selalu beli, tak salah juga kalau kita belajar buat sendiri. Pau hasil tangan sendiri pastinya berbeza. Lagi best inti boleh buat apa yang kita suka.
Bagi yang nak cuba hasilkan sendiri kuih pau di rumah. Boleh ikut perkongsian Yong Anoz Yaacob. Resipi pau beliau ini telah mendapat lebih 16 ribu share sebelum ini.
1. Sediakan 2 sudu makan air suam + 1 sudu makan gula + 1 sudu makan yis. Kacau sebati bahan ini dan biarkan kembang dalam 10 minit.
4. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung + 240ml air (ikut kesesuaian tepung), uli hingga tepung sebati dan tidak melekat di tangan (dalam 10 minit).
4. Timbang doh 40g dan bulatkan.
5. Bubuh inti dan bulatkan atas tapak tangan. Lapik doh dengan kertas, saya guna cup cake.
6. Biar doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung pada banyak yis yang digunakan dan faktor suhu persekitaran).
7. Sedia untuk dikukus. Sebelum itu panaskan dulu kukusan dengan api yg sederhana hingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...