
Setiap rumah pasti ada microwave. Hampir setiap hari kita gunakan alat ini untuk memanaskan makanan atau lauk pauk.
Tapi bila last kita cuci microwave ya? Kalau tak dicuci ia boleh jadi tempat bakteria berkumpul pula.
Jadi baiklah ambil sedikit masa untuk cuci, sebab cara nak cuci microwave ni teramatlah senangnya. Tak perlu guna sabun pun.
Cuma guna hirisan lemon, hasilnya bukan saja bersih tapi ia turut menyahkan bau yang tak enak.
- Ambil mangkuk isi air separuh.
- Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon
- Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit
- Tunggu 2 minit sebelum buka supaya wap air tak keluar.
- Lap microwave dengan kain bersih.
- Bau pun harum semerbak.
Sumber: NawaiHuda
Guna Botol Plastik, Kaedah Paling Senang Tanam Sayur. Tak Perlu Siram Hari-Hari, Tuai Pun Mudah

Nak bercucuk tanam tapi takde laman dan malas nak siram hari-hari. Kalau korang antara yang begini ada solusinya.
Tanam sayur dalam botol air mineral. Penjagaan cukup mudah dan tak perlu selalu siram. Caranya dikongsi oleh Theshaxfeen.
Cara paling malas tanam sayur, tak perlu siram hari-hari
1. Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja.
2. Botol ada 2 lapis, bahagian atas isi tanah kompos dan yang bahagian bawah isi air. Jadi, tak perlu nak siram tiap-tiap hari. Cuma tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang.
Untuk paras air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya boleh terendam untuk menjaga kelembapan tanahnya sebab tak pakai sumbu.
3. Potong botol jadi 2 bahagian, tebuk lubang seperti yang ada pada gambar (bertanda panah merah). Lubang yang ada pada botol lapis atas isi tanah itu fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya.
Manakala lubang yang ada pada botol bahagian bawah ada 2 lubang kecil kanan kiri di bagian atas fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan jaga buangan air yang terlebih.
4. Tutup botol boleh dibuka kalau akarnya sudah sampai bawah, medium guna tanah kompos dan baja guna NPK. Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman lebih kurang 2 minggu setelah semai.
Sukatan 1 sudu makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali, untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus dibubuhkan dalam botol isi air tu dengan jumlah 1/4 sudu makan.
5. Untuk penuaian kangkung potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah. Dalam masa 2 minggu sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya.
Bagi sawi, salad, pak choy boleh dipetik dengan cara ambil tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Theshaxfeen.
Kalau Kreatif Tayar Kereta Pun Boleh Jadi Kerusi! Modal Kecil Tapi Hasilnya Cantik

Isi Kandungan
ToggleDari tayar terpakai boleh jadi kerusi dan juga meja yang menarik yang cantik. Kalau kreatif inilah hasilnya, macam yang dilakukan oleh Ann Sue
Menggunakan sedikit saja modal, boleh dapat perabot tambahan yang unik, lain daripada yang lain. Cara menghasilkannya juga senang.
Bahan diperlukan
- Tayar kereta terpakai
- Kayu/Plywood ( dari almari terpakai)
- Span
- Kain
- Tali
- Gam
Cara membuat:
1. Terlebih dahulu bersihkan tayar.
2. Untuk membuat alas tempat duduk, ambil kayu dari almari terpakai potong bentuk bulat mengikut saiz tayar.
3. Kemudian alas kayu tadi dengan span (boleh guna span dari tilam terpakai.
4. Seterusnya balut pula alas kayu tadi dengan kain dan juga sekeliling tayar.
5. Untuk nampak lebih kemas lilit tali sekeliling tayar dan juga penutup tadi.
6. Dah siap! Boleh jadi tempat duduk/ stool ataupun meja.
Sumber: Ann Sue
‘Sulam’ Guna PVC Edging, Cara Bajet Ubah Pintu Pagar Biasa Jadi Lebih Tertutup

Buka pintu rumah, terus nampak jiran atau orang lalu lalang depan rumah. Ini situasi kalau duduk di rumah teres sekarang.
Memang tiada privacy, kalau ada bajet lebih bolehlah tukar pintu pagar atau naik tembok. Tapi kalau bajet kurang boleh juga buat tapi gunakan idea yang dikongsi oleh Azwan Azmi. Modalnya tak sampai pun RM100.
Menggunakan PVC Edging yang disulam pada pintu pagar beliau berjaya mengubah pintu pagar biasa yang terbuka menjadi lebih tertutup atau privasi.
Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang nak mencuba idea yang sama.
Sulam pintu pagar guna PVC Edging untuk pintu pagar lebih tertutup
Modal tak sampai RM100 pun dah dapat pagar privasi yang cantik. Idea datang daripada group ni jugak (Tukang Apa Hari Ini) .
Terus buka Shopee beli PVC Edging saiz 50mm. Setakat seminggu siap ni dah kena hujan dan panas, tak ada apa masalah pun.
Lepas pasang ni memang ada privasi. Nak buka pintu pun rasa tak la terbuka sangat orang nampak dalam rumah.
Saya lekatkan guna stepler je. Gunakan stepler yang No3. Kalau yang kecil biasa tu takut tak lepas. Tak perlu nak skru pun.
Lepas tu lapiskan guna paint marker untuk elak karat. Untuk pagar ni saya pakai lebih kurang dalam 150meter. Ada lebih boleh pasang kat belah belakang pulak.
Artikel berkait: Tiada Bajet Naik Tembok Boleh Guna Fence Edge Ini Supaya Kawasan Rumah Lebih Privacy
Ini link kalau nak cuba buat sendiri di rumah ya:
- PVC Edging https://shope.ee/1AiWnyL3b8 atau https://invle.co/clbbsrt
2. Stepler no 3 https://shope.ee/9UNejetW3U atau https://invle.co/clbbtdj
Sumber: Azwan Azmi